Sunday, February 1, 2009

MAYAT SUMPAHAN AISHAH!!

Aishah (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis kampung yang pemalu. Dia berhijrah ke ibukota sekitar tahun 1984. Aishah mengalami sejenis penyakit di mana matanya sangat sensitif terhadap cahaya yang terang. Sebab itulah Aishah sentiasa memakai kaca mata hitam. Dan Aishah paling pantang jikalau ada sesiapa yang mengambil gambarnya. Kerana dia sensitif terhadap 'flash' yang dikeluarkan oleh kamera. Cahaya yang terang akan menyebabkan Aishah mengalami migrain yang teruk.


Pernah sekali kilang tempat Aishah bekerja mengadakan jamuan tahunan. Jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar tiba-tiba terpetik gambar Aishah. Lantas Aishah terus mengalami sakit kepala yang teramat sangat sehingga berbuih mulutnya menahan kesakitan. Dia meronta-ronta di atas lantai sehinggalah pihak ambulan sampai. Selama 3 hari Aishah ditempatkan di hospital di dalam bilik yang istimewa di mana lampu dipadamkan dan hanya dibuka bila perlu. Jurugambar tersebut juga datang melawat Aishah dan meminta maaf kepadanya.Sejak hari itu Aishah telah berhenti kerja. Doktor membekalkannya beberapa jenis ubat-ubatan dan disuruh agar berehat untuk satu jangkamasa yang lama. Dia hanya duduk di rumah sahaja dan hanya keluar pada waktu malam di mana cahaya tidak begitu terang untuk membeli makanan.


Teman serumah yang simpati dengan keadaan Aishah mengizinkannya tinggal sementara di rumah tersebut tanpa perlu membayar sewa sehingga dia benar-benar sihat untuk pulang ke kampung.Setelah sebulan, kini Aishah sudah sihat sepenuhnya. maka tibalah masa untuk Aishah pulang ke kampung.
Pada malam itu Aishah keluar dari rumah untuk menuju ke stesen bas. Dalam perjalanan dia telah diculik oleh 4 lelaki yang menaiki sebuah kereta. Dia dibawa ke sebuah rumah kosong dan diikat kaki dan tangannya ke sebuah tiang. Aishah menangis meminta simpati. Pakaiannya ditanggalkan satu persatu dan dirogol secara bergilir-gilir. Salah seorang dari perogol tersebut mengeluarkan kamera untuk mengambil gambar perbuatan terkutuk itu. Aishah merayu supaya gambarnya tidak diambil. Dia cuba menerangkan mengenai keadaan penyakitnya yang sensitif terhadap cahaya. Namun penjahat tersebut tidak menghiraukan rayuan Aishah. Kali pertama gambar diambil, lampu flash yang menyilaukan itu menyebabkan penyakit Aishah datang kembali. Kepalanya sangat sakit. Dia menjerit-jerit kesakitan dan pada masa yang sama masih dirogol oleh 4 lelaki durjana tersebut.Gambar diambil dengan bertubi-tubi. Setiap kali lampu flash tersebut terkena matanya, kepalanya merasa bagaikan dihiris-hiris. Itu belum dikira dengan kesakitan diperkosa dan penderitaan psikologi yang dialaminya ketika itu. Darah mula mengalir melalui hidung, telinga dan matanya. Setelah menderita diperkosa selama 4 jam, Aishah dibawa ke atas sebuah jambatan. Dan dia dicampak hidup-hidup dalam keadaan sakit kepala yang kronik dan badan yang lemah tidak bermaya.


Sebelum dicampak Aishah sempat berkata, "Sesiapa yang melihat gambarku yang diambil tanpa rela, aku akan seksa mereka di dalam mimpi dengan kesakitan yang sama yang aku alami. Aku sumpah. Dalam matiku sekalipun, celakalah mereka yang melihat gambarku!"


Lat beberapa hari mereka (4 perogol) melihat kembali gambar Aishah gadis yang mereka rogol dengan segera satu persatu terkena sumpahan MAYAT AISHAH!! Tiga diantara mereka meninggal dunia dengan kemalangan yang teruk dan seorang lagi cedera parah.


Lelaki itu akhirnya deberkas oleh pihak berkuasa dan semua gambar-gambar Aishah yang diambil ketika dirogol diserahkan kepada pihak polis. Pihak polis menahan lelaki ini di dalam lokap dan terus menjalankan operasi mencari MAYAT Aishah.


Lelaki yang ditahan itu akhirnya mati di dalam lokap kerana menghantukkan kepalanya sendiri ke dinding ekoran dari sakit kepala yang tidak tertahan lagi.


Selepas 2 hari, mayat Aishah ditemui terapung di sungai. Dia dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan dikenalpasti identitinya.Doktor yang menjalankan bedah siasat mengambil sekeping gambar mayat Aishah untuk direkodkan.

Apabila flash kamera tersebut memancar, jantung Aishah kembali berdegup buat seketika. Dan kedengaran mayat tersebut seperti berteriak toloooong!!! Tolooong saya!!! Sakit... Sakit...

Perkara ini sangat memeningkan doktor itu.Selepas gambar mayat dicuci, doktor tersebut ditemui mati kerana overdose makan ubat penahan sakit.

AWAS!!!!!

Gambar ini bukan untuk yang lemah semangat, wanita hamil atau anak kecil!!!!

Sekiranya anda ingin lihat ia adalah atas kemahuan anda sendiri dan bukan di paksa.

Blogger ini dan RIA 89.7FM tidak akan bertanggung jawab atas apa jua kejadian misteri yang berlaku kepada anda.


AWAS!!!! AWAS!!!! AWAS!!!! AWAS!!!! AWAS!!!!


6 comments:

iicha's said...

menyesal btol tngok nie gmbr taw..takot terbawak bawak nanti nk tido..tak tahu luh if my boyfie zaid dngar today misteri jam12..I think u shud see dis blog to anione who now bout dis blog..

Bujang Selamat said...

Fuyoooh! Real lah gambar ni!
Poweeer!
Keep it up MJ12!
Good research!

boyanmetal said...

Al Fateha kepada arwah. Kes ini dari Singapura ke dari seberang?

snfie said...

this pic aku tgk pun kat http://www.gambarmisteri.blogspot.com. U all try to go to that website. Banyak lagi gambar2 misteri u all boleh tgk. To KC tanks bro for tis website. Thumbs up bro for MJ12. Sunyi hidup aku tanpa MJ12. Request adakan MJ12 7days/wk. Hehehe

Chikanoz said...

Gambar BRUTAL..GEREK!! Kip up da gud work MJ12!!

Anonymous said...

tak seram pun...ada gambar yg lebih teruk dari ni yg aku pernah tengok