Saturday, April 18, 2009

Kisah Penanggal

Assalamualaikum dan selamat pagi KC.

Nama saya Nora. Kisah yang ingin saya kongsi ialah mengenai Penanggal. Kisah ini terjadi bukan pada saya tapi pada makcik saya sewaktu dia baru saja berpindah di sebuah rumah sewa di Telok Blangah.

Dia seorang suri rumah dan sebagai suri rumah, sudah menjadi tanggungjawab dia untuk ke pasar membeli barang keperluan dapur. Satu hari tu, dia beli sesisir pisang dan gantung pisang tu di dapur dekat dengan bilik tidur. Tiada apa yang berlaku pada malam itu cuma siangnya dia dapati ada bekas gigitan di setiap buah pisang yang ada tergantung di situ. Makcik saya terkejut dan tanya setiap ahli keluarga kalau2 mereka sengaja buat begitu. Dan sudah tentu mereka menafikannya. Perkara ini berlaku dalam 2- 3 malam berturut-turut. Jadi suatu malam tu, dalam pukul 12-1 pagi, dia menghendap, nak tahu perkara yang sebenar.

Nak tahu KC apa yang terjadi??? Dia nampak kepala makhluk yang dinamakan penanggal, dengan mukanya ibarat kelawar, hitam legam sedang menggigit pisang2 yang tergantung itu.
Menyedari dirinya diperhatikan, makhluk syaitan itu ghaib dengan serta-merta. Kemungkinan besar dia kelaparan dan memandangkan tingkap dapur rumah makcik saya terdedah tanpa jeriji dia terbang masuk dan gigit / makan pisang2 itu dalam beberapa malam sebelumnya. Sejak peristiwa itu, makcik saya tak berani membuka tingkap dapur selepas Maghrib........

Sekian,

Terima Kasih,

KC.....

TERIMA KASIH NORA!!!

No comments: