Thursday, May 14, 2009

Bunga Sundal Malam...

Apa khabar KC serta pendengar2 setia Radio RIA...

Saya & anak2 amat gemar mendengar rancangan MJ12. Setiap malam kami takkan terlepas peluang mendengar stesen RIA. Anak saya yang berumur 17 tahun ni KC memang tak rasa takut langsung bila dengar cerita2 hantu yang KC selalu keudarakan. Dia memang suka mendengar rancangan ini. Bila saja diudarakann dia pun apa lagi, terus duduk dekat2 dengan radio.

KC di sini saya nak cerita sedikit tentang hobi ibu mertua saya ni. Ibu mertua saya ni amat gemar menanam pokok. Tak kiralah dari daun pandan hingga ke pokok2 bunga yang lain. Ada pokok orkid, ros, cili padi, tomato, daun kesum, daun bawang, daun sup… Ish… Ish… Tak kira apa2 pokok atau daun, dia ni suka tanam di depan rumahnya. Kadang2 ada saudara2nya yang dari JB datang ziarahi ke rumahnya, mereka akan memberinya macam2 pokok yang agak aneh tidak terdapat di sini. Punyalah gembira kalau dia dapat pokok baru. Dia pun apa lagi sibuk dengan pasu, pasir terus tanam.

Ini lah hobi dia KC. Saya ni lah yang kena belikan dia pasir & baja jika dia pesan. Dah byk kali saya nasihatkan dia jangan tanam pokok terlalu banyak, takut nyamuk datang & boleh kena saman. Sebab apa tau KC, saya lihat dah terlalu banyak dia tanam pokok di luar rumah dia… Rasa2 ada lebih 30 pasu. Tak tahu nak kata apa dengan orang tua ini. Degil jugak. Tak serik2 dulu sampai kena saman gara2 tanam pokok sebab dalam air takungan ada nyamuk. Dah kena amaran pun masih juga degil & makin banyak pula dia tanam pokok.

Pada suatu hari, dia berkunjung ke rumah makcik saya di JB. Rumah teres berhalaman bunga di depan & belakang rumah membuat ibu mertua saya berkenankan satu pokok ni yang cantik bunganya putih tapi baunya tidaklah wangi sangat. Apa lagi KC dia pun dah berkenan. "Ambillah kalau nak pokok tu", kata makcik saya. "Bunganya tak putus2 kembang. Saya dah tak nak lagi. " Bukan main gembira sakan ibu mertua saya KC. Suka tengok bunganya yang banyak lagi putih tapi dia tak tanya apakah nama pokok bunga itu! Bahagian ni lah yang kelakar saya nak cerita dengan KC.

Setiap hari lepas azan Maghrib ibu mertua saya akan menyiram & meletak baja di pokok2 bunga kesayangannya di depan rumah. Penat membersihkan laman depan, dia tidak menutup pintu sambil menonton tv sekali-sekala melihat pokoknya di luar. Senang hatinya bila tengok makin subur tanamannya. Nak2 yang baru seminggu lepas, dia bawa pulang dari JB. Makin banyak bunganya yang kembang. Macam biasa, setelah makan malam, berkemas, dia akan tutup semua tingkap di depan. Tiba2 dia seakan ternampak seorang perempuan betul2 sebelah pokok yang berbunga lebat itu. Ibu mertua saya intip dengan membuka sedikit tingkapnya, "Eh, siapa tu… Ada orang nak amik bunga aku ke? Pencuri mana pulak ni, muka tak nampak… Eh… Siapa tu???" kata dia dalam hati.

Dia tak hiraukan sangat siapakah perempuan itu. Mungkin dia rasa tak penting sangat nak kejutkan bapa mertua saya, lagi pun dah tengah malam. Peristiwa itu berulang hampir setiap hari. Selepas tengah malam saja, perempuan berbaju putih itu datang dan berdiri sebelah pokok bunga itu. Dan pada setiap tengah malam bau bunga itu semakin harum. Perempuan itu pula sentiasa di situ. Sampai ibu mertua saya dah tak tahan, barulah dia beritahu bapa mertua saya.

Pada malam berikutnya, mereka berdua mengintai di celah2 tingkap. Alangkah terkejutnya apa bila bapa mertua saya nampak bukannya orang tetapi Cik Pon yang bertenggek di pokok bunga itu. Menyeringai taringnya. Renungan matanya yang tajam ke arah tingkap yang ketika itu kedua mertua saya sedang intai. Dengan pantas bapa saya mengheret tangan ibu mertua saya ke dapur. "Ada Cik Pon kat luar tu! Kau bawak balik pokok apa tu Neng (nama samaran ibu mertua)???" Macam nak pengsan dia bila bapa mertua kata ada Cik Pon di luar. Mengucap panjang KC. Tak terkata langsung dibuatnya. Mengeletar seluruh badan ibu mertua saya. Sampai demam2 keesokan harinya.

Besok pagi2 lagi dia suruh bapa mertua saya buang pokok itu jauh dari blok rumahnya. "Cepat buang pokok bunga itu, seram aku bila kau kata nampak Cik Pon duduk di tepi pasu bunga itu. Pokok apa agaknya ini sampai dia datang tiap2 malam. Buang saja dengan pasunya!!!" seru ibu mertua saya yang masih menggeletar ketakutan. Dia masih demam lagi agaknya. Terpaksalah bapa mertua saya buang jauh dari rumahnya. Lega rasanya orang tua itu. Hehehehe… Itulah suka sangat tanam pokok, tak kira apa jenis pokok sampai pokok harum sundal malam pun dia nak tanam. Bila saya tanya, "Mak tak nak tanam lagi pokok Harum Sundal Malam?" Dia macam fobia gitu nama pokok tu. Gitulah ceritanya KC.


Sekian terima kasih...

Dari,

Lynn - Scorpion

TERIMA KASIH LYNN!!!

1 comment:

Rabia said...

nampak sangat nak menipu. HSM
bebunga dua kali je setahun. bukan tiap
hari. buh baja pun tak boleh tiap hari nanti
pokok panas. terus gol. tNam pakai pasir ye?
ha ha ha ha