Friday, August 21, 2009

Ilmu Pengasih

Pernahkah KC & para pendengar setia MJ12 mendengar atau tahu tentang ilmu pengasih? Di sini ingin saya memberitahu bagaimana si penuntut ilmu pengasih ini mengenakan seseorang yang dia sukai atau dicintai tanpa pengatahuan si mangsa. Biasanya ilmu pengasih ini dikenakan bila cinta beliau tak berbalas, sakit hati, cemburu & hasad hati jahat… Si mangsa tak akan sedar bahawa dia telah terkena ilmu tersebut. Biar saya terangkan bagaimana salah satu cara² si penuntut ini lakukan.

Terlebih dahulu si penuntut mesti mengenal pasti wajah si mangsa yang dia hendak kenakan. Gambarkan wajah si mangsa dalam fikirannya supaya senang dia membaca mantera² jampi serapah. Salah satu caranya dia akan memulakan dengan memusing-musingkan pinggan makannya beberapa kali sambil membayangkan wajah si mangsa dengan menyebut nama si mangsa dengan mantera jampi serapahnya. Dengan cara begini si mangsa akan terbayang², rindu, angau dengan si penuntut ilmu tersebut. Mangsa akan terbayang-bayang wajah si penuntut ilmu pengasih ini. Mangsa juga tidak akan sedar setelah terkena sihir ilmu tersebut.

Cara kedua, sebelum si penuntut itu hendak tidur, bantal kepalanya ditepuk² beberapa kali, membayangkan wajah si mangsa, sambil menyeru nama si mangsa serta jampi serapahnya. Dia akan menepuk berkali-kali bantal kepalanya tak tahu lah berapa kali. Si mangsa akan resah gelisah tak boleh lelapkan mata asyik terbayangkan wajah si penuntut ilmu pengasih. Mangsa akan merasa tak keharuan, tak tentu arah selagi belum ketemu dengan si penuntut ilmu pengasih ini. Bila berjaya saja ilmunya, si penuntut seperti Raja & akan meminta apa saja dari si mangsa yang bernasib malang itu. Si mangsa tidak sedar akan perbuatan si penuntut ilmu ini kecuali berjumpa pakar untuk menyedarkan dia daripada genggaman ilmu pengasih.

Sebenarnya kisah ni bukanlah saya reka² atau cuba ada²kan cerita atau membuat sembarang andaian. Kisah tersebut telah terjadi pada diri saya sendiri. Nantilah di lain masa InsyaAllah akan saya ceritakan KC. Saya harap jika ada di kalangan kita yang menuntut ilmu tersebut, bertaubatlah sebelum terlambat kerana setiap kejahatan Allah akan membalasnya sebelum hari Kiamat. Janganlah menyiksa jiwa atau cuba memporak-perandakan rumahtangga hanya sekadar ikut nafsu & hasad naluri yang dibelenggu bisikan² syaitan & akan membawa padah pada diri sendiri.

Sekian Terimakasih KC & Pendengar² MJ12. Saya akan ceritakan kisah yang saya terkena ilmu pengasih itu jika ada kesempatan. InsyaAllah...

DrAgCutE

TERIMA KASIH DRAGCUTE!!!

No comments: