Thursday, November 19, 2009

Penampakan Pocong & "Kakak"

Selamat malam KC...

Di sini saya ingin berkongsi sebuah cerita bersama para pendengar MJ12. Pada hari Jumaat yang lalu, saya bersama tiga orang rakan saya telah pergi ke tanah perkuburan orang2 Islam di Singapura. Tibanya kami di luar perkuburan, jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Kami pun masuk dan memberi salam.

Baru beberapa langkah, bulu roma saya mula naik. Tapi saya tidak mahu fikir apa2. Di sebelah kiri kami ada sebuah makam dan surau. Semasa berjalan, tiba2 salah seorang daripada kawan saya bersuara, "Oiii ini tak kelakar tau..." Kami pun bertanya apa yang tak kelakar? Dia pun berkata, "Korang tengok sebelah kiri tepi surau sebelah, lampu kecil yang berwarna kuning". Lampu kuning itu tidak begitu terang, alangkah terkejutnya kami apabila melihat lembaga putih itu dan sah itu adalah pocong KC. Ia berdiri tegak dan ikatan di atas kepala nya pun terlihat jelas. Kami berhenti berjalan dan memperhatikannya. Selepas itu kami pun jalan menuju ke dalam lagi.

Semasa berjalan ke hadapan sedikit, di sebelah kanan kami ada sebuah pokok yang besar dan sangat seram. Rantingnya terburai seperti tidak terurus. Kami pun berjalan perlahan-lahan sambil melihat kiri dan kanan. Tiba2 kami terdengar bunyi seperti benda jatuh dari atas pokok ke semak samun. Terkejut kami dibuatnya. Kami pun menyuluh lampu suluh ke tempat yamg kami dengar tadi. Tapi tidak ada apa2 pun. Sampai di hujung perkuburan terletak sebuah lagi makam. Kami pun duduk sebentar dan berbual-bual. Kami bebual sesama sendiri dan berkata jikalau apa2 berlaku atau ternampak benda2 yang aneh, jangan lari.

Selepas beberapa minit kemudian kami pun beredar dari situ, keluar berjalan mengikut jalan yang kami masuk. Setibanya di surau tadi, kami pun jalan menghampiri tempat masuk surau itu. Di hadapan surau itu, terletaknya pokok besar yang saya sebutkan tadi. Kami pun duduk sekali lagi dan memperhatikan pokok itu. Semasa kami sedang berbual sesama sendiri, tiba2 kawan saya terlihat sesuatu di pokok itu. Lalu dia memberitahu kami. KC nak tahu, tidak kami sangkakan kami lihat kakak yang menghingap di atas pokok itu. Dengan tiba2 bulu roma saya terus remang. Dengan jelas kami lihat kerana pokok itu tidak begitu jauh di hadapan kami. Tetapi kami tidak dapat melihat wajahnya. Kami hanya dapat lihat kain putih dan rambutnya yang begitu panjang.

Syukurlah pada hari itu tidak ada apa2 yang berlaku pada kami. Itu sajalah yang saya ingin berkongsi bersama para pendengar Misteri Jam 12. Terima Kasih Dan Selamat Malam.

Daripada,

Rockstar

TERIMA KASIH ROCKSTAR!!!

No comments: