Wednesday, December 16, 2009

Pengalaman Di Pasar Terapung Di Thailand

Assalammualaikum KC,

Saya Sham dan isteri, Ross, adalah peminat setia MJ12 yang selalu mendengar setiap malam. Saya ingin berkongsi pengalaman saya bercuti di Thailand dengan isteri dan kawannya pada tahun 2001. Pada ketika itu kami menaiki bot sekembalinya daripada melawati Crocodile Farm di Bangkok pada waktu 7.30 malam dan saya ternampak seekor anjing liar yang dikenali sebagai "Tasmanian Tiger / Thylacine" yang dikatakan telah pupus.

Dengan tidak berlengah saya terus memetik gambar anjing itu yang sedang berdiri di tepi rumah hijau di tepi sungai. Pada masa itu matahari masih lagi menerangi suasana di sana. Oleh kerana terlalu banyak mengambil gambar di Thailand kami membuat keputusan untuk mencuci gambar di Singapura. Apabila siap, pekerja di kedai gambar menanyakan saya tentang sekeping gambar yang diambil oleh saya. Saya yang tidak sabar untuk melihat gambar anjing itu merasa terkejut dan menghampakan apabila gambar itu tidak menonjolkan gambar anjing tetapi adalah gambar berikut:



Kalau KC ingin tahu tentang binatang itu boleh klik link di bawah:

http://www.youtube.com/watch?v=Z7dA6QScxIM&feature=related

TERIMA KASIH SHAM!!!

No comments: