Tuesday, March 31, 2009

Pengalaman Inah...

Salam KC,

Panggil saya Inah. Pada suatu malam sedang suami saya bekerja shif malam, saya ada menyewakan bilik pada seorang pekerja asing dari Malaysia (orang KL). Penyewa saya tidak memberitahu saya atau suami saya yang dia tak balik pada malam tu jadi yang tinggal cuma saya dan anak saya pada malam tu.

Pada jam 11.30 malam, saya sangkakan penyewa saya balik jadi saya pun ingat lega sikit hati ni bila ada orang di rumah bersama saya. Sekali KC pada esok harinya pada pukul 7 pagi penyewa saya pun balik dan meminta maaf kerana tak beritahu saya atau suami yang dia balik KL malam semalam. Jadi saya pun tanya dia, "AWAK TAK BALIK SEMALAM?" Dia kata, "TAK KAK SAYA BALIK KL SEMALAM..."

Bila suami saya pulang saya ceritakan pada dia dan dia menceritakan pada penyewa saya. Kerana apa yang terjadi malam itu, kini tiap2 kali kalau penyewa saya tak balik dia memberitahu suami saya dan saya akan tidur di rumah kakak saya di Tampines setiap kali suami saya bekerja shif malam dan penyewa balik KL. Itu sahaja cerita saya.

Terima Kasih...

TERIMA KASIH INAH!!!

Perihal Saka...

Saya mempunyai kawan jin sudah agak lama dan tidak tahu dari mana datangnya jin2 dan tujuan makhluk ini berkawan dengan saya. Tapi pernah beberapa kali makhluk ini menjelma dihadapan saya menceritakan tujuan mereka berkawan dengan saya adalah disebabkan perjanjian nenek moyang saya dengan mereka pada masa dahulu.

Masalahnya sekarang, saya hendak menghilangkan terus makhluk ini dari diri saya. Lagi pun saya tidak tahu dan tidak pecaya dengan kelebihan yang ada pada makhluk ini. Walaupun saya pernah diajar oleh makhluk ini cara2 untuk menggunakan mereka dengan hanya menyuruhkan mereka melakukan apa saja yang saya inginkan. Pernah saya mencuba tapi yang saya takuti ialah boleh menyebabkan saya kepada syirik kepada Allah S.W.T. Kerana mengikut hukum, kita hanya boleh memohon pertolongan daripada Allah S.W.T sahaja.

Saya ingin meminta nasihat bagaimana hendak menghilangkan atau menyuruh makhluk ini pulang ke tempat asal nya. Terima Kasih.


JAWAPAN:

Berdasarkan cerita tuan, maksudnya jin-jin itu datang dengan sendirinya (kerana tuan tidak pernah pun menjemput mereka melalui upacara tertentu) kerana pernah ada janji yang terikat antara nenek moyang tuan dengan mereka suatu ketika dulu. Melalui perjanjian ini, biasanya jin-jin ini akan terus bersama dengan salah seorang daripada keturunan nenek moyang tuan. Jin jenis ini dinamakan ‘saka’.

Ada tidak ahli keluarga ataupun saudara mara tuan yang menghadapi masalah yang sama? Kadang-kadang ada jenis jin yang menjaga keseluruhan keturunan itu tanpa perlu berteman dengan individu tertentu. Jika tidak ada, maksudnya mereka mahu berdamping dengan tuan sahaja.

MENJAUHKAN JIN SAKA

Jadi masalahnya sekarang adalah tuan hendak menghilangkan terus jin-jin ini daripada diri tuan. Ada beberapa cara, namun keberkesanannya bergantung juga kepada kedudukan kes yang berbeza-beza.

1. Tuan berubat kepada mereka yang ada kemahiran dalam hal berkaitan iaitu para perawat yang diyakini soleh

1. Tuan jadikan diri seorang yang soleh dengan meningkatkan ilmu, iman dan amal. Cara begini dapat membantutkan minat jin-jin yang tidak soleh. Namun begitu, jika jin-jin yang datang itu daripada jenis muslim yang soleh juga, kemungkinan mereka akan lebih terpikat lagi.

1. Tuan boleh berunding dengan jin-jin tadi dan nyatakan ketidaksediaan untuk bersahabat dengan mereka dengan cara yang baik. Dalam sebahagian kes, ada jin-jin yang sedia bertolak ansur. Pernah seorang hamba Allah cuba diajak bersahabat oleh puteri jin dari kalangan bunian. Jin wanita ini memberi syarat agar mengibarkan sehelai kain (selensang) di tepi hutan dan menyeru namanya. Hamba Allah tadi tidak melakukannya dan dia bebas sampai sekarang tanpa gangguan. Masalahnya dalam kes tuan ini sudah wujud PERJANJIAN. Sefaham saya, jika ada perjanjian mereka sukar bertolak-ansur.

1. Jika mereka ada memberi syarat-syarat tertentu ataupun bacaan-bacaan serta amalan-amalan tertentu, jangan diamalkan. Ada jenis jin yang minta kita buat kenduri setahun sekali (contohnya), sekiranya tidak dibuat maka ia akan mengganggu ahli keluarga. Cuba tidak buat sekali, tengok dulu sejauh mana kemudaratan yang mampu ia lakukan. Kalau mudarat, cepat-cepat berubat.

1. Tuan tidak perlu minta bantuan mereka. Buat tidak tahu saja.

1. Cuba cari kemungkinan ada barang-barang tertentu yang menjadi ‘tumpanagn’ mereka seperti perhiasan lama, keris warisan, cucuk sanggul, kain tiga warna, bekas-bekas tembaga, kalong, barang-barang kemas turun-temurun ataupun selainnya. Minta bantuan orang-orang yang ahli untuk membuang benda-benda ini.


KELEBIHAN JIN

Tuan mengatakan ‘tidak tahu’ akan kelebihan jin-jin itu. Biasanya ada beberapa jenis:

1. Jenis yang mengawal keluarga
2. Jenis yang mengawal rumah, harta dan tanah seperti hantu raya
3. Jenis ahli silat
4. Jenis ahli perubatan seperti bidan, pawang buaya, tabib tradisional
5. Jenis belaan untuk mengenakan orang lain seperti pelesit, bajang, hantu raya


MEYAKINI KELEBIHAN JIN

Tuan juga tidak yakin dengan kelebihan-kelebihan makhluk ini. Sebenarnya makhluk-makhluk ini memang ada kelebihan tertentu mengikut bangsanya- sebagaimana yang Allah ciptakan. Ada yang jenis bodoh seperti haiwan dan ada yang jenis bijak seperti cendekiawan. Ada yang jenis lembik dan ada yang jenis gagah perkasa. Ada yang jenis lembab dan ada yang jenis pantas ke sana ke mari. Ada yang boleh menyamar, menjelmakan diri, pandai merawat menggunakan doa ataupun bahan-bahan daripada alam semulajadi, pandai bertempur, pandai membidan dan sebagainya.

Ringkasnya mereka sama seperti manusia dan haiwan cuma mereka tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Samalah seperti kuman-kuman yang tidak dapat dilihat tetapi diyakini mampu membawa mudarat dengan izin Allah. Begitu juga dengan kesan radiasi nuklear, arus elektrik pada wayar yang terputus dan virus yang sedang berpindah dari satu telefon bimbit ke satu telefon bimbit. Semuanya tidak dilihat dengan mata tetapi diyakini kemudaratan yang mampu dibawanya dengan izin Allah. Jika anjing yang boleh dilihat dengan mata itu mampu menyakiti kita dengan cara menggigit, maka ada jenis jin yang tidak dapat dilihat itu juga boleh menyakiti kita dengan cara menggigit. Namun semuanya bergantung kepada izin Tuhan kerana Dialah punca segala gerak (*hakikat).

Pernah ada seorang sahabat membunuh seekor ular tetapi kemudiannya sahabat itu juga mati menggelepar sebagaimana matinya si ular tadi. Rupa-rupanya ular itu ialah jin. Maksudnya ada jin-jin lain yang datang membalas dendam. Selepas kejadian itu Rasulullah menyuruh para sahabatnya mengusir sebanyak tiga kali sebelum membunuh mana-mana ular di Madinah.


KURANG MAKLUMAT

“Walaupun saya pernah diajar oleh makluk ini cara2 untuk menggunakan mereka dengan hanya menyuruhkan mereka melakukan apa saja yang saya ingin kan. Pernah saya mencuba tapi yang saya takuti yalah boleh menyebebkan saya kepada sirik kepada Allah S.W.T.”

Bahagian ini agak umum pada saya. Sekiranya tidak keberatan, mungkin tuan boleh ceritakan ‘cara-cara’ tersebut dan ‘apa yang mereka mampu lakukan untuk kita’. Juga pengalaman tuan ‘cuba’ menggunakan mereka tempoh hari.


MASALAH SYIRIK

Umumnya ‘meminta bantuan jin’ dihukum syirik. Namun bagi saya ia bukanlah ‘pasti’ 100% syirik. Contohnya orang yang dapat berinteraksi dengan bangsa jin ini (kita namakan Ustaz Abdullah) meminta bantuan mereka: “Mustafa (nama jin), kamu tolong pergi cari daun sekian-sekian aku nak buat ubat kepada pesakit ini.” Lalu si jin pun pergi mencari daun yang dimaksudkan di tengah-tengah hutan pada malam hari dengan kadar segera.

Cuba banding dengan situasi ini. Kita telefon adik kita yang berada di belakang rumah, “Ariff, tolong ambil daun sekian-sekian di tepi telaga, abang nak buat ubat bagi Pak Kamal ni.”

Apakah dengan meminta bantuan sebegitu dikira syirik? Padahal beza Mustafa dengan Ariff hanyalah Mustafa tidak boleh dilihat (tapi kadang-kadang ia boleh juga dilihat oleh Ustaz Abdullah ataupun orang lain) manakala Ariff boleh dilihat (walaupun ketika bertelefon itu Ariff juga tidak kita lihat).

Apakah kerana jin sukar untuk dilihat dan dikira ‘ghaib’ maka meminta bantuan kepadanya terus dihukum syirik? Padahal Allah mencipta bangsa jin dengan kelebihan-kelebihan tertentu. Jika kita tidak yakin kelebihan-kelebihan ini seperti ada sebahagian jin yang mampu menyamar ataupun bergerak pantas, maksudnya kita telah menafikan satu perkara daripada perkara-perkara ghaib yang Allah ciptakan. Apa pula hukumnya?

Pada saya, hukum syirik ini jatuh apabila kita beriktikad bahawa yang berkuasa itu ialah si jin dan bukannya Allah. Seorang suami berkata kepada isterinya, “Leha, tolong goreng ikan.” Situasi harian begini juga boleh jatuh syirik sekiranya si suami beriktikad bahawa yang berkuasa menggoreng ikan dan menjadikan ikan itu bergoreng ialah isterinya dan bukan Allah.

Begitu juga apabila kita berasa sakit kepala lalu kita telan aspirin. Jika kita yakin bahawa aspirin itu yang menghilangkan sakit kepala kita dan bukannya Allah, hal itu syirik kerana kita sudah menghukum ada ‘dua kuasa’ yang menjadikan Allah tidak Esa.

Ada pihak menggunakan dalil-dalil tertentu untuk mengharamkan terus hubungan sesama hamba Allah iaitu jin dan manusia. Masalahnya, apa bukti yang mengatakan dalil-dalil itu mengharamkan 100% hubungan tersebut dan ia bukannya dalil-dalil yang umum?

Kadang kala ada jin-jin yang datang dan menuntut ilmu agama kepada para ulama bangsa manusia. Apakah ini juga syirik?

JIKA SAYA?

Seandainya ada jin-jin yang berminat untuk bersahabat dengan saya sebagaimana dalam kes tuan, saya juga lebih cenderung untuk menolaknya, sama seperti tuan.

Abu Zulfiqar ‘Alexanderwathern’
26 MAC 2008


Dipetik dari: http://halaqah.net/v10/index.php

TERIMA KASIH FAIZALPOLIO KERANA SUDI BERKONGSI ARTIKEL INI DENGAN KAMI!!!

Kisah Dari Pekanbaru Indonesia...

Selamat malam KC,

Saya peminat setia MJ12 dari tahun 2007. Nama saya Napagas (Tionghua Indon), tinggal di Singapura. Dulu saya fikir KC ni orang yang punya `isi `( biasanya ilmu gaib ) bisa mengendalikan acara yang seram dan penuh godaan dari manusia mahupun makhluk ghaib. Saya ada beberapa kisah yang ingin saya kongsikan dengan pendengar MJ12.

Kisah ini terjadi pada tahun 1993, waktu itu saya adalah pegawai Bank swasta Pekanbaru. Saya tinggal dengan kakak saya seorang janda anak 1. Kakak saya menyewa rumah di daerah Tangkerang Pekanbaru. Daerah itu agak sepi tapi rumah besar dan air, bekalan elektrik cukup { di daerah saya selalu terputus bekalan elektrik}. Saya tidur sendirian di kamar depan, kakak saya dan anaknya di kamar belakang. Mulai dari pertama kali pindah KC setiap malam Jumaat selalu saya mimpi buruk dicekik seorang perempuan. Kalau posisi tidur saya kaki menghadap almari pakaian, saya selalu susah bernafas, seperti seseorang sedang duduk di dada saya. Kalau ada tamu dari kampung datang tidur dengan saya hanya 1 kali saja KC.

Malam seterusnya mereka akan mengeluh, susah tidur ditarik-tarik kakinya, dan pindah tidur di hall yang besar ( tak ada gangguan }. Pertama saya fikir mungkin almari pakaian saya berhantu, saya pindahkan posisi almari itu, tetap saja jika saya tidur menghadap dinding bekas almari ada bayang putih seperti asap yang terbang dan hilang dalam tembok tersebut. Saya tak berani beritahu kakak saya KC, karena kakak saya bukan orang kaya, janda dengan anak satu, kakak saya menerima tempahan jahit baju dari ibu-ibu pejabat. Kalau pindah nanti pelanggan hilang. Tapi sebagai umat agama Buddha, saya selalu sembahyang dan saya selalu ingat dalam hati saya bahawa, kita semua makhluk hidup hanya takut dengan TUHAN. Walaupun kadang-kadang susah untuk menghilangkan rasa takut kalau sedang tidur tiba-tiba ada makhkluk yang sangat besar putih memperhatikan saya tidur dan setiap malam Jumaat akan ada nyanyian sayu seolah-olah senandung yang sangat sedih.

Sekitar tahun 1997 ada 8 orang Monk dari Thailand datang memberikan ceramah agama dan saya menghadirinya. Monk itu berbicara dalam dialek Teochew. Pertama kali saya dipanggil ke sebuah bilik terpisah, saya sangat kaget karena ketua Monk menanyakan dengan saya, "Kamu selalu diganggu oleh makhluk halus ( Orang mati melahirkan ). Kenapa kamu tidak bantu roh gentayangan itu beristirahat dengan sempurna?" Saya hairan bagaimana Monk itu tahu. Katanya dari wajah saya yang sangat lelah dan roh itu ( Pontianak ) terganggu karena kamar yang saya tidur itu adalah kuburan dia mati ( hampir 60 tahun yang lalu). Pemilik rumah itu tidak tahu itu kuburan ( zaman dulu tak ada batu nisan, hanya rumput dan hutan ) dan membangunkan rumah tanpa didoakan.

Saya pun diajar oleh Monk itu berdoa untuk menyempurnakan Roh Gentayangan (pontianak ) itu. Setiap hari KC saya akan berdoa selama 1 jam untuk makhluk itu, sampai akhir tahun 1997 tak ada lagi gangguan KC. Rumah itu serasa mulai memberi rezeki dan saya dan kakak saya mulai membeli rumah secara instalment. Walaupun tidak sebesar rumah sewa tapi kakak saya sangat bahagia.

Sekian...

TERIMA KASIH NAPAGAS!!!

Barang2 Syirik Di Pasaran...

Di bawah adalah barang2 Syirik yang sedang berada dipasaran.


Kenapa masih ada orang yang sesat dan menyesatkan???
Cuba gunakan fikiran anda yang waras, jika benar barang2 ini mempunyai 'kuasa' tertentu, kenapa si penjual hendak menjualnya eh? Gi pakai buat kegunaan sendiri lah...



FAIZAL


Mustika Merah Delima

Mustika Merah Delima
Mustika Merah Delima, suatu mustika yang sangat melegenda yang memiliki kekuatan supranatural secara alami, memiliki banyak fungsi dan manfaat diantaranya untuk kesuksesan bisnis dan melanggengkan jabatan dll. Memiliki beberapa keampuhan diantaranya anti cukur, kekabalan dan bias merah darah 5 gelas dll. Mahar Kelas I : Rp 600 Juta - Mahar MD Super : Kesepakatan

Gelang Kulit Harimau Asli

Gelang Kulit Harimau Asli Rp 6,000,000 Rp 3,000,000 |

Gelang Kulit Harimau Asli, terbuat dari kulit harimau asli ogan komering ilir.memiliki kekuatan khodam harimau berguna untuk keselamatan, kekebalan, wibawa, kharisma. jika berhadapan dengan musuh / orang yg berminat jahat maka mereka akan lari ketakutan seperti melihat 1000 harimau.



Nogo Keris ( Cuma ada 1 ) Special Edition.

Nogo Keris ( Cuma ada 1 ) Special Edition. Rp 20,000,000 Rp 6,000,000 |

Nogo Keris adalah benda gaib gabungan patung nogo dan keris cacing kanil, keris kecil ini bisa berdiri seimbang (ujung lancip dibawah, bisa berdiri diatas kaca), kemampuan berdiri keris kecil ini karena keseimbangan daya magnet alami bumi. barang ini memiliki tuah dan khasiat untuk kesuksesan dan kejayaan usaha, memiliki power kharisma dan wibawa yang sangat tinggi.



Payung Agung

Payung Agung Rp 1,000,000 Rp 350,000 |
Payung Agung, Azimat khusus kewibawaan dan pendukung karier, kharakter khodamnya mampu membuat pemiliknya selalu disegani kawan maupun lawan, ucapannya selalu di dengar org dan berwibawa, bisa menunjang karier dalam pekerjaan.

Lukisan Bertuah Ghoib / HARGA TURUN DRASTISS !

Lukisan Bertuah Ghoib / HARGA TURUN DRASTISS ! Rp 20,000,000 Rp 4,000,000 |

Lukisan Harimau putih bertuah ghoib, lukisan yang memiliki power supranatural dan aura mistis yang sangat kuat, mengandung kekuatan khodam kharisma,wibawa, kerejekian, kejayaan dan kesuksesan, membawa hoki. cocok untuk dipajang di rumah, toko, kantor dan tempat usaha. lukisan bertuah ghaib ini juga berfungsi untuk pagar ghaib dan tolak bala, anti santet dan guna2.



Cemeti ama Rasulli

Cemeti ama Rasulli Rp 5,000,000 Rp 1,000,000 |

Cemeti Ama Rosuli, cemeti yg memiliki kekuatan khodam spiritual, cocok dimiliki oleh para spiritual dan paranormal, benda pusaka ini bisa menambah tajam insting keparanormalan anda.



Sabuk Rajah Kulit Macan / Harimau

Sabuk Rajah Kulit Macan / Harimau Rp 4,000,000 Rp 2,000,000 |

Sabuk Rajah kulit macan, sabuk khusus yang terbuat dari kulit macan asli yang telah dirajah / diasma dengan tinta emas, serta dirituali dan memiliki 40 khodam multi fungsi.



Uang Asma Barokah

Uang Asma Barokah Rp 750,000 Rp 400,000 |

Uang Asma Barokah, Uang khusus yang ditelah di asma rajah khusus berisi khodam khusus penarik rejeki yang mampu menarik rejeki dari 4 penjuru mata angin, siapapun yang memiliki uang asma ini akan selalu mendapatkan rejeki dari tempat2 yang tidak disangka - sangka, usahapun akan lancar dan melimpah rejekinya. keanehan : jika uang ditaruh ditelapak tangan, maka uang akan bergerak / melipat dg sendirinya.( * Best Seller )



Jenglot Batara Karang ( BK)

Jenglot Batara Karang ( BK) Rp 25,000,000 Rp 15,000,000 |
Jenglot Batara Karang. Benda gaib yang dihuni 5 mahluk halus golongan putih. ( barang ini titipan seorang kawan spiritualis dari jogya ).

Bambu Pethuk

Bambu Pethuk Bambu Pethuk

TERIMA KASIH FAIZAL!!!

Amalan Kurafat Keturunan Mertua...

Salam pada pengunjung2 blog MJ12,

Saya dalam process penceraian. Penceraian saya di"rancang"kan oleh bapa mertua saya, seorang yang mengikut Muhammadiyyah. Telah saya perhatikan tingkah lakunya, membela ibu mertua saya, ketika mengasapkan anak saya yang baru lahir dengan kemenyan. Bapa mertua saya mengatakan bahawa asap itu untuk mewangikan budak. Bagi saya memang tak masuk akal kerana zaman moden ini kita ada bedak, sabun, dan lotion. Kalau nak wangikan budak, minyak wangi pun ada.

Tiba tiba dia mengamuk sepertinya dalam istilah Arab, ZINDIQ (orang tidak waras apabila kekufuran mereka di perhatikan orang lain.) Saya juga memerhatikan bapa mertua saya ni kerap kali "Menggeletar tangan dan kaki". Kedengaran juga yang bapa mertua saya ini ada penyakit sawan. Keluarga saya juga habis dimasukkan fitnah supaya tiada yang akan membantu saya di mahkamah syariah.
Sebagaimana ustaz saya katakan, HASBUNALLAHU WA NI' MAL WAKIL...... (cukup saja dgn pertolongan Allah )

Saya terlihat gambar ini di profil internet (bekas) isteri saya. (lihat gambar lampiran)


1) Jadi betul lah kata salah satu murid Professor Jumadi Mustar kata dia mengamalkan amalan kurafat keturunan.

2) Salah satu lagi makcik kata jin dah sebati di dalam bapa mertua awak, isteri awak didindingkan oleh bapa mertua awak supaya dia melupakan awak.

3)Lagi satu pak haji kata, mereka nak ikat kau, kau terlepas, kau dah pindah rumah, jadi mereka tarik balik anak dan isteri kau untuk umpan kau balik rumah sana.

Wallahu'alam bissawab...

Indra...

TERIMA KASIH INDRA!!!

Monday, March 30, 2009

Pengalaman Di Cornier Island...

Hi DJ KC...

Lyna di sini. Kisah ini berlaku kira2 umur saya 7 atau 8 tahun (10 tahun yg lalu). Saya sekeluarga pergi berkelah di Cornier Island (dekat dengan daerah Punggol). Kami berkelah 3 hari 2 malam. Malam pertama tidak banyak kejadian aneh cuma ibu saya melihat batu hitam yang umat2 Hindu sembah bergerak dengan sendirinya.

Pada malam kedua, sedang kami tidur, saya terjaga dan melihat ke arah laut. Saya melihat ada satu lembaga seperti manusia yang besar di tengah2 laut. Ia seperti duduk bersila di atas air. Saya tak hiraukan dan cuba untuk tidur. Tapi sekejap saya ingin sekali buka mata dan lihat lagi.
Bila saya lihat, lembaga itu makin dekat ke darat. Tiba di darat ia berdiri dan jalan seperti ingin menuju ke saya. Bila makin dekat pada saya, lembaga itu sangat besar, hitam dan biji matanya merah sekali. Saya pejamkan mata dan buka kembali saya lihat lembaga itu menuju ke sebatang pokok di sebelah kanan khemah kami, dan terus hilang.

Kami pulang keesokkan harinya. Saya tidak bilang sesiapa pun tentang apa saya lihat. Saya jatuh sakit bila tiba di rumah. Perut saya bawah pusat amat sakit bila waktu Maghrib. Ibu membawa saya ke hospital tapi tak juga baik. Jadi ibu bawa saya pergi berubat di Hougang. Datuk itu beritahu ada 5 lembaga mengekori mana saya pergi dan ganggu saya pada waktu Maghrib. Alhamdulilah selepas berubat benda itu tidak lagi mengganggu saya.

Walaupun sudah 10 tahun berlalu berlaku, kisah ini tetap segar di dalam ingatan saya.
Terima kasih.

*Lyna dari Yishun...

TERIMA KASIH LYNA!!!

Pusat Membeli-Belah Paragon...

Salam KC.

Saya suka mendengar Misteri Jam12 dan pernah mengalami beberapa perkara pelik selama bekerja di salah sebuah pusat membeli-belah di Orchard Rd. Yang peliknya, selama saya tinggal di Malaysia beberapa tahun (anak kelahiran sana), tidak pernah berlaku apa kejadian aneh pun. Saya suka keluar malam, berjalan dalam semak dan gelap. Tapi Alhamdulillah, tak ada apa-apa. Sejak tinggal di Singapura bersama ibu dan bekerja di sini, saya mengalami perkara aneh yang tak dapat diterangkan.

KC, dulu saya suka kerja petang. Kerja banyak shif. Saya suka kerja petang dan habis kerja pun sampai 2 atau 3 pagi sebab kita mesti bersihkan apa yang patut sebelum pulang. Maklumlah, kerja F&B. Tapi tak susah sebab ada transport. Kawan kerja pun banyak cakap ada benda pelik di tempat kerja kami. Saya tak hirau sangat asal benda tu jangan ganggu saya dan yang lain pun tak suka soalkan apa yang dah jadi.


Satu malam saya kerja bersama pengurus perempuan dan kawan kerja lelaki. Saya sedang rehat dan sibuk nak makan. Saya duduklah menghadap teman yang sibuk mencuci. Bilik belakang tempat kerja kami memanjang. Itulah tempat mencuci, simpan stok dan tempat kami berehat dan makan. Buka pintu menghadap meja makan kami dan terus ke kanan untuk masuk bilik pengurus dan tempat simpan stok. Nak dijadikan cerita, selesai saja makan sambil ketawa dan bercerita, saya hampir terjatuh bila bangun dan cuba melangkah ke hadapan. Saya hampir terjatuh depan sinki. Boleh terhantuk kepala dibuatnya.

Kawan saya pun ketawa mengatakan saya ni gila sebab mengikat tali kasut kanan dan kiri bersama. Bayangkan KC, buat apa saya nak ikat tali kasut dan buat diri saya jatuh?? Cantik pula tu ikatannya. Siap ada reben. Saya diam sajalah. Tiba-tiba dia pun terdiam tak kata apa. Saya cuma cakap, saya masih waras. Buat apa nak buat macam tu? Naik meremang bulu roma saya KC.


Katanya dah banyak benda terjadi di tempat kerja kami. Benda lama hilang muncul balik, barang beralih tempat, ada orang main sembunyi belakang tong sampah bila kami duduk sendirian di dalam bilik belakang. Saya beberapa kali pernah dengar orang letak telefon dalam bilik pengurus, bila tengok sebenarnya tak ada sesiapa pun. Pengurus kami pun setiap kali sendirian, sibuk mengira duit, rasa ada orang perhatikan dari belakang. Bukan seorang tapi dua. Kata mereka, bendanya besar, mata merah. Selama ni kami ingat cuma budak kecil. Sebab bila barang hilang, kita suka marah balik dan bilang secara rambang supaya dia pulangkan kembali. Tak sampai berapa minit, barang tu pun muncul. Pelik.


Satu lagi kejadian berlaku 3 hari lepas. Saya dan teman nak ke tandas. Saya ajaklah dia masuk bersama. Maaf, kawan kerja saya lelaki. Jadi kita masuk tandas perempuan bersama (harap orang lain tak buat perkara ni ya!). Saya masuk kubikel 2 dan dia masuk kubikel 4. Cepat masuk, cepat keluar, cuci tangan dan cabut. Bila keluar, kawan saya beritahu yang dia rasa ada orang sedang perhatikan dari atas. Seram sangat. Saya lagi takut sebab lepas cuci tangan dalam tandas tadi, saya terpandang cermin sebelah kanan dan ekor mata terpandang kubikel yang kawan saya masuk tadi. Ternampak ada benda putih sedang menyangkung. Kepala hitam. Punyalah seram. Lagilah Khamis malam Jumaat.


Nasib baik bila pulang, tak ada apa-apa. Jangan ingat pusat membeli-belah yang popular pun tak ada penumpang malam. Haiz, susah betul.


Terima kasih KC.

Bukan Minah Rocker (BMR).

TERIMA KASIH BMR!!!

Sejadah Bersujud???

Selamat sejahtera KC dan peminat MJ12,

Nama saya MOHD HAIR dari Kota Tinggi Johor, di bawah ini saya sertakan potongan akhbar yang mungkin dapat menjadi iktibar kepada semua pendengar @ peminat MJ12, perkara ini berlaku di Tasek Gelugor Pulau Pinang Malaysia. Mungkin KC dapat uploadkan gambar atau menceritakan kisah ini di lelaman blog MJ12.

Terima Kasih...


TASEK GELUGOR 27 Mac - Empat sekeluarga di Kampung Merbau Kudong di sini terkejut menyaksikan peristiwa aneh sehelai sejadah di bilik sembahyang di rumah mereka tiba-tiba 'bangun' dan bersujud menyerupai orang mendirikan solat.

Kejadian aneh itu berlaku ketika Yusnizam Yusop, 37, dan isterinya, Hanisah Abdullah, 41, bersama dua anaknya sedang bersiap-siap untuk menunaikan solat Maghrib petang semalam.

Hanisah mendakwa, kejadian itu berlaku ketika azan Maghrib sedang berkumandang dari masjid berhampiran dan dia serta dua anaknya baru memasuki bilik solat yang terletak di bahagian hadapan rumahnya.

Menurutnya, salah satu daripada empat sejadah di bilik itu tiba-tiba bergerak dan bangun seolah-olah seperti dalam kedudukan bersujud.

''Ketika (kejadian), azan Maghrib sedang berkumandang dan bersama anak-anak membuka lampu dalam bilik solat dan kami melihat sejadah itu bergerak dan bangun.

''Saya segera memanggil suami (Yusnizam) dan kami anak beranak tidak terkata apa-apa, tersentak dan hanya mengucap berkali-kali," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Hanisah berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 15 minit dan dia sempat merakamkan peristiwa tersebut menggunakan telefon bimbit berkamera miliknya.

Katanya lagi, selepas meneliti gambar yang diambil, dia sekeluarga lebih terkejut apabila mendapati terdapat imej menyerupai wajah manusia di tengah-tengah sejadah tersebut.

''Semasa kejadian, saya cuba memberanikan diri menyentuh dan menekan sejadah tersebut, tetapi mendapati ia 'keras' seperti kertas surih," tambahnya.

Hanisah berkata, salah seorang daripada anaknya kemudian cuba menekan sejadah itu dan ia jatuh semula ke lantai.

Sementara itu, suaminya, Yusnizam memberitahu, dia telah bertemu seorang ustaz berhampiran rumahnya untuk bertanyakan pendapat mengenai kejadian itu.

''Ustaz itu dengan tenang menjawab kejadian itu adalah sebenarnya bertujuan untuk menyedarkan dan ia menunjukkan kebesaran Allah," katanya.



TERIMA KASIH MOHD HAIR!!!

Boleh Aku Jadi Teman Kau???

Selamat pagi pendengar RIA dan Abang KC. Panggil saja saya Adik. Cerita ini berlaku semasa saya masih bersekolah di sebuah ITE. Ceritanya begini...

Kejadian ini berlaku tahun lepas semasa saya dan adik saudara saya baru sahaja habis latihan. Waktu itu jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Saya dan adik saudara saya langsung ke tandas untuk mencuci muka. Waktu itu pula hujan sedang lebat. Saya meletakkan buku saya di tepi sinki. Borak punya borak, tiba- tiba kami terdengar bunyi flush di salah satu bilik tandas.

Padahal ketika kami masuk ke dalam tandas, tidak ada seseorang pun di dalam tandas. Kami terdiam seketika. Dengan selamba, adik saudara saya berkata, "Alah dia nak buat kawan tu. Kesian dia" terus saya mencubit lengannya. Setelah selesai mencuci muka, kami terus keluar tandas untuk ke kantin. Sedang kami berjalan, baru saya teringat bahwa buku saya tertinggal di dalam tandas. Dengan berat hati, terpaksa saya ke tandas semula untuk mengambil buku saya. Saya menyuruh adik saudara saya menunggu di luar tandas. Sedang baru saja ingin menuju ke tempat sinki, saya terhidu bau wangi. Saya amati sekeliling tandas tersebut tetapi tidak ada apa-apa.

Setelah saya mengambil buku saya, tiba-tiba mata saya tertumpu pada satu sudut tandas tersebut. Abang KC nak tahu apa yang saya ternampak? Alangkah terkejutnya saya bila ternampak 'kakak' sedang menyangkung sambil menyikat rambutnya di atas salah satu batu. Badan saya terlalu lemah untuk berlari. Lalu saya membaca apa yang saya tahu. Yang memeranjatkan saya bila 'benda; itu berkata, "BOLEH AKU JADI TEMAN KAU?" sambil mengilai. Saya gagahkan diri lalu lari keluar dari tandas dan menarik tangan adik saudara saya.

Saya terus memarahi dia kerana terlanjur kata semasa di dalam tandas. Keesokkan harinya, saya tidak hadir ke sekolah kerana demam panas.

TERIMA KASIH ADIK!!!

Penampakan Roh Mangsa Sewaktu Bertugas...

Selamat pagi para pengunjung blog MJ12.

Kisah yang ingin saya kongsi ini terjadi bulan lepas semasa saya bertugas. Saya ni bertugas sebagai pegawai bomba sepenuh masa di sebuah stesen bomba di Singapura. Untuk pendekkan kisah saya ini, ketika di stesen yang saya bertugas, kami menerima panggilan kecemasan trafik pada jam 2.45 pagi. Sudah siap untuk keluar dari stesen untuk panggilan kecemasan seminit kemudian, tiba2 saya terpandang pada kanan saya di luar tingkap kereta bomba. Saya ternampak seorang wanita, berbangsa Cina berdiri tegap memandang ke arah saya dengan renungan yang menakutkan.

Raut wajahnya begitu pucat sekali dengan pakaian yang kotor & koyak2. Saya tak hiraukan akan penampakan saya itu. Bila tiba di tempat kejadian, alangkah terperanjatnya saya. Saya ternampak & dapat mengenal pasti yang mangsa terkorban di dalam kemalangan trafik itu adalah wanita yang sama saya lihat berdiri di tepi stesen memandang ke arah saya tadi. Saya tidak memberitahu pada rakan2 yang lain ketika itu & juga bila pulang ke stesen kerana tentu mereka akan kata yang saya ini mengadakan cerita sahaja.

Setiba pulang dari kerja pagi kemudiannya pada jam 9 pagi, saya asyik terpandang2 & teringat akan raut wajah wanita itu yang sering bermain di minda. Tapi nasib tak terbawa ke mimpi saya. Alhamdulilah kini saya sudah pun lupa & tak teringat2 akan wajah itu.

Terima Kasih & Selamat Pagi.

Fazli

TERIMA KASIH FAZLI!!!

Friday, March 27, 2009

Pocong Di"tangkap" Dalam Klip Video...

Hi KC,

Saya ingin berkongsi video ini yang saya dapat dari Mak saya tentang Cik Pocong yang tertangkap di dalam video di seberang.

Best Regards,

Farah...

video

TERIMA KASIH FARAH!!!

Pocongkah Itu???

Salam KC,

Gambar di bawah ini dipetik oleh kawan saya di kolong bloknya di kawasan barat...
Terima kasih...

Hafiz...


TERIMA KASIH HAFIZ!!!

Lembaga Dalam Lif!!!

Hi KC,

Panggil saja saya NAN. Kisah ni terjadi kepada abang saya sewaktu dia pulang dari kerja. Dia bekerja sebagai penghantar buah-buahan. Seperti biasa dia akan pulang menaiki MRT. Dia tidak gemar berjalan di tempat meletak kereta keseorangan. Tergerak hatinya untuk berjalan melalui tempat meletak kereta pada malam itu.

Pada malam tu dia merasa sesuatu yang ganjil. Sebelah tempat meletak kereta ialah blok yang kami tinggal. Jika kita berada di dalam lif, kita boleh nampak tempat meletak kereta itu. Bila lif tiba dan pintu lif terbuka, dia ternampak di dalam lif itu ada lembaga hitam, berambut emas, dan bermata merah melihat ke arah abang saya. Cepat-cepat abang saya lari dan balik menaiki tangga.

Untuk pengetahuan KC kami tinggal di daerah Woodlands. Sampai sekarang abang tidak tahu sama ada kenyataan atau khayalan mata dia semata-mata.

Terima kasih KC.

TERIMA KASIH NAN!!!

Kisah Seram Di West Coast...

Salam KC,

Saya ingin menceritakan kisah seram yang terjadi kepada keluarga makcik saya. Ia terjadi 10 tahun dahulu ketika sepupu2 saya masih muda. Saya percaya rumah itu berhantu.

Mereka sekeluarga dulu menetap di West Coast, di tingkat 12. Memang bermacam perkara yang pernah terjadi. Suatu malam, sepupu saya dikejutkan dengan bunyi seperti ada kain terbang di luar tingkap. Oleh kerana katil tidurnya agak dekat dengan tingkap, bunyi itu terang sekali. Beliau cuba kembali tidur tapi tetap ketakutan. Setelah itu beliau terdengar suara wanita menangis tersedu-sedan. Terketar-ketar beliau cuba mengejutkan adik lelakinya, "Man.. Man.. Maan..." Adiknya menjawab, "Diamlah, aku dengar la... Kau diam jer la..." Ternyata, kedua-dua mereka ketakutan. Mereka beranikan diri lantas lari ke bilik ibu bapa mereka.

Pernah suatu malam, suami jiran di hujung blok sedang merokok di tingkap dapur. Sedang beliau merokok, dia ternampak ada lembaga putih (mungkin Kakak), sedang duduk di atas galah di tingkap dapur makcik saya. Isteri beliau memberitahu makcik saya.

Makcik saya dulu jual kueh, jadi beliau akan berjaga untuk membuat kueh hingga larut malam. Suatu malam, sewaktu makcik saya sedang berbual di telefon, beliau ternampak makhluk yang menyerupai nenek tua, berjalan terbongkok-bongkok dari bilik beliau ke bilik anaknya. Tapi makhluk itu hilang apabila beliau masuk ke bilik anaknya. Waktu makcik saya sedang hamil, tiap2 kali selepas waktu Maghrib, perut makcik saya akan merasa sakit sekali, dan sepupu2 saya pernah terasa perut ibu mereka yng sarat mengandung itu kadangkala keras ataupun sangat lembik. Mungkin takdir Illahi, tetapi anak itu meninggal dunia dalam kandungan pada waktu akhir2 kehamilan.

Rumah itu telah lama dijual. Kerana memang sudah terlampau banyak kejadian seram, rumah itu dijual agak murah.

Sekian terima kasih.

Lily Ali

TERIMA KASIH LILY!!!

Pengalaman Di Tasik Bukit Gombak...

Salam KC & pengunjung blog MJ12,

Nama saya Haziq. Kisah ini berlaku kepada saya dan 3 orang teman saya beberapa bulan yang lalu, sedang kami duduk bersembang di tasik di Bukit Gombak. Ketika itu kira-kira pukul 9 malam. Sedang kami duduk bersembang, saya mencabar kawan saya mengambil gambar diri saya ketika membelakangi tasik. Saya ini boleh dikatakan lemah semangat. Kami melihat semula gambar yang dipetik tetapi tidak kelihatan apa-apa yang 'pelik'. Kami pun menukar tempat menghadap tasik.

Tiba-tiba bulu roma saya meremang dan terasa sesuatu yang sedang melihat diri saya. Saya mendongak ke atas lalu ternampak sehelai kain putih yang berkibar-kibar. Untuk tidak merumitkan keadaan, saya menyuruh kawan saya beredar ke blok berdekatan. Mereka bertanya-tanya tetapi saya tidak menjawab sepatah pun. Kami pulang selepas itu. Dalam perjalanan pulang, jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Saya melihat kembali gambar yang dipetik tadi.

Dengan terperanjatnya, ada bayang putih terapung di atas tasik di sebelah saya, sama seperti apa yang saya nampak di atas pokok tadi. Gambar itu masih saya simpan hingga kini. Saya bersyukur kerana kami tidak diganggu. Sekian...

TERIMA KASIH HAZIQ!!!
Tapi kalau boleh, sertakanlah sekali gambar tu agar pengunjung2 blog kita dapat melihat gambar berkenaan...

Wednesday, March 25, 2009

Acara Kuda Lompeng di Batam!!

Pada 21 hingga 22 yang lalu DJ² RIA 89.7FM dan pendengar² telah ke Batam untuk bercuti. Antara aturcaranya adalah menyaksikan tarian kuda lompeng (Kuda Kepang).
Di bawah adalah gambar yang sempat di petik. . .

Wajah dekat kuda barongan! (sama macam lion dance)


Lelaki di atas sedang bersedia untuk makan bara api!
Lelaki ini sedang bersedia untuk makan kaca!

Aksi makan kaca dengan lebih dekat lagi

Hantu Di ICU!!!

Hi KC

Evil Chipmunk di sini. E.C ada pengalaman yang ingin dikongsikan. Cerita ini berlaku pada malam ketiga tahun baru cina tahun ini. Pengalaman ini bukan E.C yang mengalaminya tetapi ibu E.C sendiri. Pada pagi tahun baru cina, Ibu E.C telah dihantar ke salah satu hospital di kawasan Barat Singapura. Pada mulanya ibu meracau-racau, badannya lemah sangat. Hanya boleh baring dan matanya tidak boleh dibuka langsung. Ingatkan dirasuk, namun selepas pakcik saya yang pandai dalam benda ghaib ni datang ke rumah, dia berkata ini bukan kes kerasukan lalu dia mencadangkan ibu E.C dihantar ke hospital.

Sampai di hospital, doktor mengesahkan ibu E.C menghidapi kencing manis. Kami terperanjat E.C padahal dia sangat menjaga pemakanannya. Entahlah, kalau Tuhan dah takdirkan ada penyakit itu, jaga macamana pun tetap sakit jugak. Wallahua'lam. Ibu dihantar ke ICU tahap yg tinggi. Tak ingat pulak apa nama dia. Kata doktor kadar gula ibu terlampau tinggi sampaikan meter kencing manis tidak dapat mengesan berapa tinggi. Malam hari kedua ibu sudah ok sikit daripd pagi tadi. Dia sudah boleh menggerakkan badan.

Pada hari kedua, paginya kencing manis ibu menurun dan dia sudah boleh berbual seperti biasa. Bila ibu di wad yang biasa di hospital, ibu menceritakan bahawa, pada malam hari kedua, ketika ibu sedang tidur, ibu terasa bahawa ada sesuatu melintas di hadapannya. Beliau keseorangan dalam bilik ICU itu. Bila ibu membuka mata dia ternampak seekor kucing warna coklat2 air yang tidak menjejak tanah melintas di sebelahnya. Sampai sahaja di sana, kucing itu tukar kepada seorang wanita. Kata ibu, dia tak nampak wajah wanita itu kerana wanita itu berselendang dan membelakangi ibu. Wanita itu duduk di atas kerusi yang berada di sebelah sinki. Ibu kata, ibu menjerit dengan kuat dan akhirnya ibu tidak sedarkan diri.

Itu saja KC..
Selamat bertugas & sentiasa hati2

Salam,

EVIL CHIPMUNK :)

TERIMA KASIH EVIL CHIPMUNK!!!

Ke Mana Dia Menghilang???

Selamat pagi KC dan semua pendengar misteri jam 12.

KC, hari itu, kira kira satu atau dua minggu yang lalu , saya pergi ke rumah saudara saya dengan adik saya, Sakeena(nama samaran) di kawasan Bedok. Kami ke sana untuk mengambil adik saya yang berusia 5 tahun . Kami tiba di sana kira-kira jam 10 malam . Sebelum kami pulang , kami dijemput masuk ke dalam rumah saudara saya. Kami berbual bual hingga kira-kira jam 1.30 pagi. Saya pun beritahu saudara saya, bahawa saya mahu pulang ke rumah kerana keesokan paginya saya bertugas.

Kami pun pulang menaiki teksi. Tiba sahaja di kolong blok saya, adik saya yang berusia 5 tahun berkata "Abang, kenapa perempuan tu asyik tersenyum-senyum pada saya? Rupa kalau cantik, tak apa." Saya pun toleh ke belakang dan melihat seorang gadis sedang duduk di tepi tangga, menangis seorang diri. Tangisannya makin lama, makin kuat. Bulu roma saya meremang. Kami menunggu lif, begitu lama sekali. 1 minit seperti 1 jam! Kami pun bercadang untuk naik tangga. Apabila kami pusing ke belakang, adik saya yang berusia 10 tahun ini pula berkata, "Abang, perempuan tadi pergi mana?!" Saya terperanjat, KC! Baru tadi kami dengar tangisannya. Takkan, dia menghilang begitu saja???

Kami pun terus naik tangga. Saya dengar seperti ada orang mengikut saya dari belakang. Apabila saya toleh, tak ada orang pun! Saya mendengar lagi, saya lihat ke bawah, saya terlihat ada rupa seperti pontianak yang sedang menjenguk saya. Saya terpekik macam orang gila. Adik adik saya terkejut. Saya terus pulang ke rumah, basuh kaki, terus masuk ke dalam bilik. Malam itu, saya tak boleh tidur.

Idris...

TERIMA KASIH IDRIS!!!

Roh Gentayangan Di ICU...

Selamat malam DJ KC,

Nama saya Mel, [nama samaran].

Di sini saya ingin berkongsi kisah yg berlaku beberapa tahun yg lalu bersama arwah ibu saya. Peristiwa ini terjadi di sebuah hospital di daerah timur semasa arwah ibu saya mengalami sakit kuat, susah untuk bernafas dan masalah penyakit kencing manis hinggakan beliau dimasukkan ke WAD ICU.

Pada hari ibu saya dimasukkan di ICU dia masih sedar KC, tapi keesokan hari beliau tak sedar hingga lewat jam 9mlm. Saya masih ingat lagi perkara pertama yg beliau minta apabila sedar adalah untuk pulang ke rumah. Tapi beliau tak mengatakan sebab2 nya hanya asyik merayu pada saya. Seperti biasa saya tak endahkan rayuan ibu kerana beliau belum pulih. Perkara ini berulang setiap hari saya menziarahinya. Apa yg terjadi KC, ibu saya akan tidur pada siang hari dan hanya bangun jam 9 mlm bila saya nak pulang.

Saya tak syak apa2 hinggalah pada hari ketiga di mana jururawat memberitahu yg doktor akan menukar ibu saya ke wad biasa. Tetapi jururawat bertanya kenapa ibu saya tak tidur malam dan selalu memicit bell memanggil mereka hingga ke pagi. Saya hairan kenapa perkara ini berlaku kerana ibu saya memang tak ada masalah tidur malam. Saya pun bertanya pada ibu saya apa masalah beliau hingga tak tidur malam?

KC nak tahu apa beliau menjawab,” Mel tiap2 malam ada nyonya tua rambut putih panjang berpakaian hospital berjalan2 di katil emak. Nyonya tua tu berdiam diri cuma pandang muka emak dan angguk2”. Saya terdiam KC tak tahu apa nak cakap dan terus memberitahu jururawat apa yang ibu saya ceritakan pada saya. Saya makin terkejut apabila dia memberitahu mungkin itu adalah roh nyonya tua yang baru meninggal sebelum ibu saya ditempatkan di situ. Mayatnya masih berada di mortuary kerana tak ada sesiapa yg tuntut. Mungkinkah itu “roh gentayangan” yang berada di wad ICU.

Wallahu'alam bissawab...
Sekian KC Terima Kasih...

TERIMA KASIH MEL!!!

Fakta Sebenar Jin Di Gua Hira..

Errmmm...
Gambar jin di Gua Hira' tu tak betul...
Mari kita bongkar kebenarannya.. jom lihat gambar2 kat bawah ni:


Versi asal Gambar Jin di Gua Hira yang pernah menggemparkan dunia sekitar tahun 1990-an, yang kemudiannya dilaporkan palsu pada tahun 1996 menerusi Fortean Times "Strange Days #1".



Versi jin yang cuba diperbaharui oleh sesetengah jin bertopengkan manusia, tetapi berjaya dipatahkan. Gambar lanjutan tidak disiarkan untuk menjaga air muka orang terbabit.



Lokasi sebenar ukiran jin ini ialah di Cheddar Showcaves & Gorge, Somerset, England.



Kebenaran terbongkar.




Di Ceddar Showcaves and Gorge terdapat sebuah gua gelap dipanggil Crystal Quest yang menjadi tarikan pelancong. Di Crystal Quest inilah terdapatnya pelbagai ukiran jin atau lebih tepat, goblin.

TERIMA KASIH FAIZAL POLIO!!!

Kisah Diganggu Pontianak Di Toa Payoh...

Selamat pagi kepada KC dan para pendengar MJ 12,

KC, nama saya Man (nama samaran). Saya ingin menceritakan tentang kisah seram yang terjadi kepada abang saudara saya dua tahun yang lalu. Abang tinggal di kawasan Toa payoh Lorong 4 bersama ibu bapanya dan isteri dan satu anaknya. Pada masa itu, ada kemalangan di kawasan itu iaitu ada wanita yang meninggal dunia kerana terjun diri dari HDB flat. Kejadian itu terjadi dua hari sebelum keluarga abang saya diganggu oleh makhluk halus.

Selepas dua hari setelah kemalangan tersebut, abang saya baru sahaja pulang dari kelas agama pada hari jumaat. Pada masa itu, waktu di situ sangat sepi dan amat gelap kerana sudah waktu malam di kolong blok itu. setelah abang meletakkan keretanya di carpark. Kira-kira jam 11 malam, dia berjalan di kolong bloknya. Tiba-tiba, dia mendengar bunyikan kasut perempuan di belakangnya. Dia pandang belakang tetapi tiada satu orang di belakangnya. Remang bulu romanya.

Dia menaiki lif hingga ke tingkat 5 untuk ke rumahnya. Bulu romanya masih remang. Sebelum masuk rumahnya, dia membaca surah-surah yang tertentu supaya makhluk itu tidak dapat memasuki rumahnya. Dia masuk rumahnya dan tutup pintu. Rumah nya amat gelap. Dia ingin melihat istrinya yang baru melahirkan cahaya mata yang pertama.Tetapi dia masih tidak sedap hati. Dia melihat tingkapnya. Dengan terkejutnya, abang melihat seorang wanita di luar tingkap dan juga mendengar bunyi kasut tadi. Nasib baik tingkapnya tidak transparent.

Abang membaca doa dan solat sunnat untuk dapat dilindungi oleh makhluk halus itu. Dan dia masuk tidur. Pada malam itu, dia bermimpi. Dia bermimpi seorang pontianak sangat buruk muka dan badannya. Seperti akar kayu dengan rambut yang panjang dan kusut. Dia berkata' berikan anak kau kepada aku! Aku hendak anak kau!' Abang saya menjawab bahawa dia tidak mahu memberi anaknya kepada pontianak itu. Dia tersedar dari tidurnya dan terus melihat anaknya yang sedang tidur nyenyak. Dengan tak semena-mena, kakinya menjadi bengkak dan sakit sangat. Dia tidak dapat menahan sakitnya sehingga dia harus berjalan dengan sebuah tongkat.

Akhirnya, dia berjumpa dengan doktor. Yang peliknya, doktor mengesahkan tiada apa-apa pada kaki abang saya. Dia berjumpa dengan ayah saya. Ayah saya membaca doa dan memberikan air do'a kepadanya. Sakitnya semakin berkurangan. Gangguan itu tidak menhantui mereka lagi hingga ke hari ini.

Itu saja KC.

Terima Kasih.

TERIMA KASIH MAN!!!

Tuesday, March 24, 2009

Makhluk Di Tempat Letak Kereta Mid Valley Megamall...

Hi KC,

Nama saya Anisah dan saya ingin berkongsi dua petikan gambar yang saya dapati dari teman dipercayai telah bersebar juga melalui internet.

Perhatikan di tiang F15 ada kelibat budak kecil yang memakai serba putih.

Benar atau tidak, saya pun tidak boleh pastikan kebenarannya.

By the way, saya tak pernah lepas dari mendengar rancangan misteri jam 12, very addictive. Sudah menjadi ibarat bedtime story saya... Hehee...

Keep up the good work KC!

Terima kasih. :)



TERIMA KASIH ANISAH!!!

Pengalaman Seram Di Pasir Ris...

Selamat malam KC.

Saya Siti. Saya ingin berkongsi pengalaman seram yang pernah saya lalui tahun lepas. Kejadian ini berlaku di Pasir Ris.

Ceritanya begini KC. Pada malam itu saya pergi ke rumah anak murid saya. Setibanya saya di depan pintu rumahnya, saya dapati rumahnya amat gelap dari luar celah pintu. Sedang saya menunggu pintu dibuka, saya pun mengetuk pintu rumahnya lalu memberi salam.

Tiba-tiba KC, saya terdengar suara nenek tua yang menjawab salam saya. Suaranya agak garau KC.

"Waalaikumsalam".

Berderau jantung saya. Saya pun pusinglah sekeliling, saya dapati tiada satu orang pun KC. Apalagi, saya pun terus langkah seribu lah menuju ke arah lif untuk turun. Setibanya saya tiba di depan lif, saya mendapat panggilan dari ibu anak murid saya KC. Lega hati saya bila dia telefon saya.

TERIMA KASIH SITI!!!

Misteri Kuku Panjang...

Selamat malam KC, saya ni pendengar mj12 tapi kadang2 tak dapat nak mendengar kerana terpaksa bekerja keesokan harinya.

Ok KC, saya ada cerita waktu saya kecil dahulu, kira2 umur saya dalam 10 tahun. (Kisah ni berlaku pada tahun 1992 di rumah lama saya) Maaf kalau terlalu panjang.

Pada satu malam (malam jumaat) pukul 2 atau 4 pagi (sorrylah tak berapa ingat) saya terasa nak terkucil. Jadi saya pun bangun. Rumah saya ni tandas di dapur jadi terpaksalah ke sana. Saya ni memang penakut, maklumlah baru 10 tahun kan. Jadi saya hidupkan lampu dapur, terus ke bilik air. Bila dah habis lepaskan hajat, saya lari masuk ke bilik saya (selepas mematikan semua lampu tadi yang dihidupkan).

Bila saya meletakkan badan di tilam (saya tak mempunyai katil jadi tidur di atas tilam di lantai). Saya rasa takut/seram yang teramat sangat. Macam ada yang tak kena. Kemudian saya terdengar bunyi tapak kaki di luar ruang tamu tapi bunyinya lain macam. Tak seperti manusia kerana ianya seperti tap...tap...tap satu persatu tapi dengan cara perlahan. Saya dengar tapak kaki tu dari ruang tamu menuju ke bilik saya. Jantung dah berdegup-degup tapi yang hairannya bunyi tu berhenti di depan pintu saya (saya tidur tak pernah tutup pintu).

Saya cubalah nak baca apa2 yang tau tapi macam terkunci mulut ni. Tak berani nak buka mata kalau2 ternampak sesuatu. Kemudian saya dengar macam ada orang sedang mengerakkan barang2 di dalam bilik saya. Apa lagi, saya ambil bantal dan tutup kepala. Tapi pada saat itulah perkara yang tak boleh saya lupakan terjadi. Saya rasa ada kuku yang panjang / tajam sedang menggaru leher saya!!!!!!! Ya Allah saya tak taulah bagaimana nak luahkan perasaan ngeri pada waktu tu.

Saya masih tutup mata saya erat2 dan menepis leher saya lalu meletakkan tangan saya di leher sehingga saya tertidur. Nasib baik keesokkan harinya takde apa2 bekas yang kelihatan di leher saya. Saya memberitahu emak saya tapi dia hanya mengatakan yang itu adalah perbuatannya. Saya tak percaya emak saya kerana dia tak pernah memelihara kuku panjang dan saya menunjukkannya ke tangan beliau bahawa beliau takde kuku yang panjang pada masa tu. Saya rasa emak tak mahu menakutkan saya tapi saya yakin pada malam itu ada "sesuatu" yang mengganggu saya dan itulah pengalaman ngeri yang saya tak dapat lupakan hingga ke hari ini.

Terima kasih.

Sekian,

Peanut.

TERIMA KASIH PEANUT!!!

Kak Pon Melambai Pada Kami...

Selamat pagi KC,

Nama saya AKID (nama samaran),

Saya ingin mengongsi pengalaman saya di Teck Whye Garden yang berlaku setahun yang lalu.
Semasa itu saya dan dua lagi teman saya sedang lepak di Teck Whye Garden pada jam 12.30pagi.

Kami sedang bermain gitar tiba-tiba,seorang teman saya yang bernama DANIEL, terdiam lalu dia terbau tempat kami lepak berbau sangat wangi. Lalu dia berkata pada saya, "Eh! kau ada bau tak apa yang aku bau?". Dan saya jawab, "Tak, aku tak bau apa-apa pun. Apa yang kau bau?" Dia kata, "Aku bau tempat ni wangi semacam ahhh..." Saya pun berkata padanya "Ah! Kau diam-diam aje lah. Jangan tegur dan fikir apa-apa..."

Sebenarnya KC, saya sudah pun tahu yang tempat itu ada sebuah pokok yang Kak Pon duduk.
Dan ramai orang beritahu saya nama Kak Pon itu ialah FATIMAH. Kami bertiga pun meneruskan bermain gitar dan kami tak fikir apa-apa pasal bau itu. Sekitar jam 1 lebih pagi, kawan saya DANIEL terperasan di depan pokok yang berkenaan ada seorang gadis berpakaian putih dan berambut panjang lalu dia renung gadis itu. Tiba-tiba DANIEL menepuk peha saya dengan perasan takut lalu saya tanya "Kenapa? Apasal dengan kau?". KC nak tahu muka kawan saya pada masa itu bertukar menjadi pucat sepucat-pucatnya. Dia langsung tidak boleh berkata apa-apa kerana dia dalam ketakutan lalu dia menunjuk ke arah pokok berkenaan. Saya pun melihat ke arah yang dia menunjuk.

KC nak tahu apa yang saya nampak? Saya ternampak Kak Pon itu berdiri di sebelah pokok itu memerhatikan kami bertiga sambil melambai tangannya ke arah kita. Apa lagi KC, kami bertiga pun beredar dari situ.

Keesokkan harinya, DANIEL memberitahu saya yang pada mulanya muka perempuan itu lawa sangat sehingga dia tidak boleh lepas dari pandangan. Tiba-tiba dia lihat wajah yang lawa itu dengan perlahan bertukar menjadi hodoh dan seolah-seolah muka perempuan itu hangus terbakar. Sekarang kami tidak lagi lepak di tempat itu.

Itulah pengalaman saya.

TERIMA KASIH.

TERIMA KASIH AKID!!!

Mayat Berdiri...

KC,

Saya dapat email ini dari seorang teman buat tatapan KC & peminat MJ 12.


Ayie Punggol



Subject: DEAD MAN STANDING..... > Read the story first!!

August 19, 2008
Puerto Rico corpse kept upright for 3-day wake A Puerto Rican man has been granted his wish to remain standing even in death.

A funeral home used a special embalming treatment to keep the corpse of 24-year-old Angel Pantoja Medina standing upright for his three-day wake. Dressed in a Yankees baseball cap and sunglasses, Pantoja was mourned by relatives while propped upright in his mother's living room.

His brother Carlos told the El Nuevo Dia newspaper the victim had long said he wanted to be upright for his own wake: 'He wanted to be happy, standing...'

The owner of the Marin Funeral Home, Damaris Marin, told The Associated Press the mother asked him to fulfill her dead son's last wish. Pantoja was found dead Friday underneath a bridge in San Juan and buried Monday. Police are investigating.




TERIMA KASIH AYIE!!!

Mohon Perhatian...

Untuk para pengunjung blog laman MJ12, kami di sini ingin memohon agar anda menjaga adab dan tatasusila di ruangan Shoutbox yang telah kami kembalikan semenjak minggu lalu. Kami telah mengingatkan kepada anda semua berkali-kali agar kata-kata kesat tidak digunakan dan jangan menggunakan ruangan Shoutbox ini untuk kepentingan peribadi seperti mempromosikan agenda-agenda sendiri yang tiada kena mengena dengan ruangan MJ12. Ini termasuk menceritakan tentang lelaman peribadi anda mahupun memberi nombor talipon anda buat tatapan umum. Kami di pihak MJ12 tidak akan bertanggungjawab ke atas segala gangguan yang akan anda alami dari orang-orang yang tidak dikenali, sekiranya anda tidak mahu mengikut nasihat kami.

Lagi satu perkara. Setiap apa yang diketengahkan adakalanya di-forward kepada kami oleh teman-teman pendengar dan bukan direka oleh mereka. Diharap kalau ingin memberi komen-komen yang negatif, jangan sampai mengaibkan dan menjatuhkan maruah orang lain. Ingatlah segala apa yang diketengahkan, tiada sesiapa yang boleh mengesahkan kebenarannya. Mungkin ia benar, mungkin ia hanya direka2. Terpulang pada anda untuk membuat keputusan mempercayai atas dasar kebijaksanaan anda. Dan akhir sekali, hormatilah sesama pendengar dan pengunjung lelaman ini kerana tanpa perkongsian cerita, lelaman ini tidak akan wujud.

Fikirkan dan jangan memaksa kami untuk menarik semula ruangan Shoutbox ini...

Monday, March 23, 2009

Adakah Ini Malaikat???

Salam para pengunjung blog MJ12,

Gambar yang disertakan ini telah dihantar kepada kami oleh seorang pendengar bernama Norita.

Ceritanya telah disampaikan oleh seorang jemaah yang telah melakukan tawaf di tingkat dua bangunan Masjidil Haram sewaktu musim Haji yang lalu. Sewaktu menunggu waktu Subuh, beliau telah mengambil peluang untuk mengambil gambar jemaah-jemaah yang sedang melakukan tawaf mengelilingi Ka'abah di aras bawah. Semasa mengambil gambar, beliau dikejutkan dengan pancaran yang begitu kuat seperti kilat.

Memikirkan bahawa kameranya telah rosak, beliau menoleh melihat jemaah-jemaah lain di sekelilingnya tetapi tiada seorang pun yang bergerak atau melihat ke arahnya sepertimana kalau sesuatu terjadi, tumpuan akan diberikan kepada seseorang itu. Kerana tiada apa-apa yang berlaku, beliau pun memeriksa semula kameranya. Alangkah terperanjatnya beliau melihat gambar yang telah dipetik, merupakan makhluk putih yang bersayap. Mungkinkah ini malaikat ciptaan Allah SWT??? Wallahu'alam bissawab...


TERIMA KASIH NORITA!!!

Pertemuan Dengan Jin...

Selamat pagi KC dan para pendengar Mj12.

KC panggil saya dgn nama Ila sudah. Cerita ini megenai abang saya yg terjumpa dgn jin tiga tahun yg lalu. Percaya atau tidak pertemuan pertamanya ialah pada siang hari.

Ia berlaku sewaktu abg(Ngah) saya sedang duduk bersembang dgn temanita nya di kolong block daerah Tampines. Sedang asyik bersembang, abg saya terlihat lembaga hitam (jin) sedang menyangkung di belakang temanitanya. Lembaga itu bercakap dgn abg saya, "Aku akan ambil nyawa engkau ". Abg saya terperanjat lalu pengsan. Temanitanya tidak dengar atau nampak apa2 pun jadi temanita nya pun terkejut apabila abg saya tiba2 pengsan. Mujurlah temanita abg saya itu nurse. Tidak lama kemudian abg saya sedar lalu menangis teresak-esak mcm budak kecil. Dia memberitahu temanitanya apa yg dia nampak dan dengar. Lalu dengan cepat temanitanya menelefon rumah saya untuk memberitahu ibu saya. Ibu saya menyuruh temanitanya bawa abg saya ke hospital dan ibu akan berjumpa dgnnya di sana.

Setibanya di sana ibu melihat muka abg sangat pucat dan badannya begitu panas sekali. Dia juga nampak begitu lemah. Setelah doktor berikan rawatan, suhu badannya yang panas kembali reda dan abg saya sudah beransur sihat. Hanya pening2 sahaja. Dia juga dibenarkan pulang pada hari tu juga. Bukan itu sahaja KC, benda itu ikut abg saya pulang.

Pada malam itu, sedang abg saya sedang berehat di biliknya, dia terdengar ada suara org sedang bernafas dengan kuatnya sekali. Hanya dia seorang yg di dalam bilik itu. Abg Long saya yg tua ada di luar menonton tv. Abg (ngah) saya yg didalam bilik terpandang ke arah belakang pintu biliknya. Dia ternampak makhluk hitam seperti budak kecil tetapi badannya berbulu sedang menyangkung dengan kepalanya tertunduk ke lantai. Abg saya tidak berupaya untuk membaca apa2 pun. Dia hanya pejamkan mata lalu tertidur. Rupa-rupanya abg saya yg tua yg sedang menonton tv diluar juga terdengar suara hembusan nafas seseorang tetapi datangnya dari dapur. Pelik kan?

Malam itu juga, ayah saya termimpi akan tangan hitam dan berbulu yang amat besar sedang berada di depan tingkap rumah saya. Tingkap rumah saya ni panjang KC, lebih kurang 5 kaki panjang. Jadi tangan itu betul2 di hadapan tingkap rumah saya. Ayah saya ini boleh dikatakan pandai juga dalam hal2 sebegini. Kerana sejak hari itu, setiap kali dia memasuki bilik abg saya, bulu romanya meremang. Dia tahu benda itu ada di rumah kami. Diendekkan cerita, ayah saya melaungkan azan, solat dan mengaji di bilik abg saya tiap hari. Syukurlah, benda itu sudah tiada lagi. Tetapi kini, abg saya itu boleh melihat mahkluk halus sejak kejadian itu.

Terima Kasih KC.

TERIMA KASIH ILA!!!

Gempar Jumpa Ular Berkaki Empat...

Kisah ini dihantar kepada kami oleh pendengar bernama Ita...

GOWA - Penduduk Gowa di Sulawesi Selatan gempar setelah menemui seekor ular berkaki empat yang lengkap dengan lima jari di kakinya, lapor akhbar Bali Post semalam.

Kejadian di Sungguminasa kelmarin itu ditemui oleh seorang anggota calon wakil rakyat, Muh Hatta Hamzah Karaeng Gajang ketika beliau berada di pejabat partinya. Ketika kejadian, Muh Hatta sedang bermain domino namun beliau hanya menyedari kehadiran ular itu beberapa minit kemudian.

Ular berkenaan berukuran 15 sentimeter panjang itu berjalan dan tidak menyusur seperti biasa.
Muh Hatta yang terkejut melihat reptilia itu kemudian menyimpannya di dalam sebuah balang setelah mendapati haiwan itu jinak dan unik. - Agensi



TERIMA KASIH ITA!!!

Pengalaman Di Jurong West...

Assalamualaikum KC dan para pendengar MJ12,

Kc boleh panggil saye Efa saja. Selama ni, Efa tak pernah percaya dengan makhluk halus ni semua, mungkin kerana Efa sendiri belum pernah melihatnya. Tapi kejadian ini berlaku kepada Efa pade bulan Disember, tahun lepas.

Sepupu Efa akan kahwin dan rumahnya di Jurong West, dekat dengan Jalan Bahar, yang dikatakan keras oleh ramai orang, tapi saye taklah fikir yang bukan2. Pada malam Sabtunya, dah penat rewang2, saye duduk di luar rumah tempat majlis diadakan. Di sebelah majlis tu adalah tempat tapat pembinaan, jadi orang tak boleh lalu-lalang di situ. Bila saya sedang duduk di situ, sedang minum air, mate saya asyik terpandang ke arah tembok yang bersebelahan dengan kawasan tapak pembinaan tu dan pelamin pengantin. Tiba-tiba, saye ternampak dua lembaga hitam, seperti seorang wanita dan seorang budak. Saye terkejut KC, tapi saya ingatkan tu orang biasa lalu-lalang di situ. Maklumlah, tengah ngantuk kan. Tiba-tiba, saya terdengar suara budak menangis, saye tengok saudara saya yang lain, yang juga sedang duduk di situ, mereka macam tak dengar apa-apa.

Saya punya "pandai", saye pergi ke tempat belakang, nak tengoklah apa benda tu. Alangkah terkejutnya saya, di tempat yang sama, ada seperti kakak cantik memegang tangan budak perempuan yang mukanya sangat seram KC. Saya pun lari pergi ke bapa saya. Bapa tanya, "Kenapa kau pucat ni?" Saya tak boleh kata apa-apa, tapi asyik tunjuk dekat arah yang sama. Bapa pun berikan saya air, baca-bacakan sikit, dan lepas tu barulah saya tenang. Itulah pengalaman saya.

Terima Kasih.

TERIMA KASIH EFA!!!

Taman Jurong...

Apa Khabar KC,

Saya BudakNakal dan saya pernah menghantar cerita kepada KC. Kejadian ini betul berlaku di Taman Jurong pada tahun 1998. pada ketika itu sya sedang manjalani perkhidmatan negara. Hari itu hari Jumaat malam Sabtu.

Saya 'book out' selepas jam 9 selepas menjalani 1 exercise. Saya ditumpangkan oleh seorang kawan hingga Paya Lebar Mrt. Tapi apa entah dalam ingatan saya, saya menaiki bus pulang ke Jurong East. Oleh kerana hari telah larut malam saya pun menaiki bus yang pertama datang iaitu no30 menghala ke Jurong. Saya pun turun di Taman Jurong kerana hendak menaiki bus 98 ke Jurong East. Jam pada waktu itu menunjukkan jam 12.30 malam.

Menyangka 98 sudah tak ada lagi, saya pun mengambil keputusan untuk berjalan pulang. Saya pun jalan memotong blok hingga sampai di jalan raya berhadapan Jurong Lake. Apabila saya toleh ke belakang, saya nampak susuk tubuh memakai kain putih. Semacam ada cahaya yang keluar darinya. Lembaga itu seakan akan terapung. Kalau manusia biasa kepalanya akan turun naik sedikit bila berjalan. Ini tidak, lembaga itu sedang 'gliding' kearah saya.

Jarak lembaga itu sudah dalam 50m jauhnya. Nasib baik ada teksi lalu dan saya terus menahannya. Saya naik teksi dan lihat ke belakang. Lembaga it sudah hilang. Itulah KC pengalaman saya di Taman Jurong dan kalau ada peluang saya akan hantar kisah pengalaman saya lagi.

Terima Kasih

Your 1 'n' only.....

BudakNakal

TERIMA KASIH BUDAKNAKAL!!!

Saturday, March 21, 2009

Gambar Misteri Di Haw Par Villa...

Hello KC,

Gambar ni dipetik bila kita di Haw Par Villa beberapa waktu dahulu... Cuba anda zoom in ke bulatan yang telah saya buat... Pada saya ia kakak dan kuntilanak tapi suami saya cakap kakak dan pocong... Ia menjadi suatu misteri untuk kami sehinggakan kita tak jadi terus untuk melihat dengan lebih lanjut... Terima kasih...

Ashidah...


TERIMA KASIH ASHIDA!!!

Thursday, March 19, 2009

Selamat pagi KC.

Saya ingin menceritakan pengalaman yang terjadi kepada saya semalam. Nama saya Fasyah. Pengalaman ini berlaku di Choa Chu Kang. Tepi blok saya memang ada bukit. Bukit itu agak tinggi. Memang selalu ada bunyi anjing, dah biasa kita dengar.

Ada sekali sewaktu saya menonton tv di ruang tamu, anjing tu menyalak. Saya pun keluar ke koridor untuk menjenguk. Ada 2 ekor anjing berwarna putih dan hitam. Saya pun masuk balik ke rumah. Memang kecoh blok ini KC tentang anjing tu. Hari2 menyalak. Saya sedang dengar Misteri Jam 12 semalam. Memang selalu tiap2 malam saya tak pernah lupa untuk mendengarkan Misteri Jam 12 tapi semalam sesuatu berlaku.

Sedang seronok saya mendengar KC berbual, saya terdengar ada bunyi tangisan bayi di korridor rumah saya. Pada mulanya saya pun tak hiraukan sangat, ingatkan itu cuma perasaan saya tapi semakin lama semakin kuat dan terperanjat pulak saya apabila anjing itu pun mula menyalak. Tersentak saya dibuatnya. Saya pun baca apa yang saya tahu, berzikir dan segalanya lalu saya pergi menghendap dari tingkap bilik saya. Terperanjat saya dibuatnya apabila yang ternampak sebuah perempuan yang sungguh cantik berdiri di depan tingakap itu sambil memerhatikan saya.

Saya dengan segera tutup langsir tingkap itu. Saya pun terus duduk sambil mendoa dan berzikir dengan kuat. Selepas 5 minit saya perhatikan bahawa anjing itu dah tak berbunyi. Saya pun dengan segera ambil selimut dan tidur dengan segera. Itu sahaja.

Terima kasih KC

TERIMA KASIH FASYAH!!!

Hantu Di Hotel Batam???

Assalamualaikum KC,

Saya ingin mengongsi pengalaman kami ketika kami bercuti ke Batam beberapa hari lepas pada tanggal 14/03/09 hingga 16/03/09. Kami menginap di sebuah hotel di daerah Sei Jodoh. Ia berlaku ketika kami berada di hotel tersebut.

Pada mulanya kami telah "book" dua bilik Executive Superior with SEA VIEW. Bila kami check-in, pekerja hotel berkata cuma satu bilik yg sudah siap jadi kami pun naik dulu sementara tunggu bilik lagi satu siap. Bila sampai, ibu 'complaint' dgn mengatakan "Eh, kenapa bilik ni mcm bau2 pacai eh?" Sementara suami saya pula mukanya mengerut ketika membuka BARFRIDGE di bilik tu. Dia kata "kenapa aisbok ni bau bangkai?". Kami yg lain2 tak kisah sangat maklumlah baru masuk hotel kan. Ada yg tour dlm bilik, ada yg duduk2 di atas katil. Suami dan bapa pun bercadang utk menukar bilik, ambil bilik yg lagi satu dan kensel bilik yg kedua. Jadi ramai2lah masuk satu bilik.

Kami pun beralih ke bilik baru, ada balcony utk tempat rehat2.
Pada malam pertama, suami, bapa, kakak, abg dan temanitanya telah terlihat sesuatu berwarna putih berterbangan ketika sedang berbual-bual di balcony. Ketika itu saya dan ibu sedang berurut di bilik. Tiba-tiba suami masuk dah berbisik kepada saya mengatakan yg mereka telah terlihat sesuatu. Saya pun meng-iya kan aje. Setelah selesai barulah kami berbual bual tentang apa yg sudah terlihat. Ibu, kakak dan saya pun duduk di luar sambil menanti untuk melihat benda putih tu tapi tak kelihatan. Kami pun beralih masuk tidur.

Pada keesokkan harinya, ibu telah berkata yg pada malamnya ada sesuatu yg aneh yg berlaku namun kita tak berapa ambil endah. Malam kedua pula, sebelum tidur saya dan suami keluar untuk mencari makan di tepi-tepi jalan. Apabila pulang ibu mengatakan bahawa anak saya yg berusia 4thn telah berkelakuan lain seperti biasa. Bila anak saya tidur, dia seperti tidak dpt tidur lena, kejap2 nangis. Tiba2 dia menunjukkan jarinya ke arah balcony, tidur balik dan nangis lagi. Kali kedua dia menunjukkan ke arah sebelah kanan iaitu ke bilik sebelah. Memang dari balcony kami dapat lihat bilik2 yang lain2.

Anak pun menangis lagi, dgn badan yg penat dan mata yg ngantuk, saya seolah-olah macam bingitlah, kenapa nak tidur nangis aje.
Saya pun dengan nada tinggi bertanya pada anak saya, "Yan, kenapa ni asyik nangis2 je, Yan nak apa?!" Dengan terperanjatnya, anak saya menjawab dengan garang "Tak mau cakaplah, Mama tak mau cakap!!!" Saya pun tersentak, dalam hati bertanya kenapa eh anak aku macam ni? Suami pun apalagi baca apa yang patut. Alhamdulillah KC, selepas 15 minit, anak saya pun dah boleh tidur. Lepas tu pulak KC, temanita abang saya pula menangis, dia kata di pintu balcony tu mcm seolah-olah ada kepala. Ibu pun merapatkan langsir dan kami cuba tidur. Satu malam KC, saya hidupkan Surah Yasin yang saya simpan dalam hp. Inilah kali pertama dan terakhir saya akan ke hotel tersebut.

Saya ada lampirkan gambar kami yang ketika itu di gym hotel. Pada masa itu kira2 tengahari. Lepas saya pulang, temanita abang saya pun email saya gambar ni yg menunjukkan ada tangan dibahunya dan bayangan kain2 putih di sebelahnya.

Sekian terima kasih.

Sharilyn



TERIMA KASIH SYARILYN!!!