Thursday, July 29, 2010

Mimpi Sedih, Kucing Mengiau & Cermin Retak...

Selamat malam KC dan semua pendengar-pendengar Misteri Jam12,

Saya hanya nak tanya tentang maknanya kalau cermin di dalam rumah pecah atau retak dengan begitu saja tanpa apa-apa sebab fizikal.

Peristiwa ini berlaku di rumah tunang saya baru saja pagi tadi. Semalam malam sewaktu dia tidur, dia telah pun bermimpi perkara sedih tapi bila terjaga tak ingat pula tentang mimpi itu. Dia cuma tahu yang mimpi itu membuat dia rasa sangat sedih. Sebelum terjaga, ada kedengaran bunyi kucing mengiau dengan kuat. Dia tersedar selepas mendengar bunyi suara kucing itu. Bila bangkit dari katil, kedengaran lagi bunyi kucing itu. Dia buka pintu depan rumahnya dan nampak seekor kucing betul-betul depan pintu. Kucing itu bukan kucing milik sesiapa, dan kucing itu memang biasa ada di kolong blok. Tunang saya tinggal di tingkat lima, selalunya kucing-kucing liar di kolong blok ni tak akan merayau hingga ke tingkat yang atas. Tingkat dua atau tiga tu ada la. Sejurus selepas itu, cermin yang terletaknya di ruang tamu retak serta merta begitu saja!!!

Saya ni orangnya tak mudah percaya perkara-perkara paranormal sebegini. Bukan tak percaya, memang saya tahu yang makhluk atau perkara misteri begini berlaku. Tetapi saya lebih suka percaya atau cari sebab logik dahulu, sebelum memikirkan dari sudut paranormal. Pada pendapat saya kalau kita terus sahaja fikirkan perkara halus atau datang dari alam yang kita tak nampak dengan mata kasar, kita akan mula rasa takut. Kadang-kadang ada sebab logika, tapi bila kita dah takut, perasaan itu akan menguasai segala logika atau sebab yang lebih nyata. Pada pendapat saya, kemungkinan cermin itu retak mungkin kerana ia merupakan cermin lama, dan mungkin suhu di dalam rumah pada ketika itu berubah dengan mendadak apabila pintu depan dibuka lalu ia pun retak. Mungkin juga ada gempa bumi di negara jiran yang tak berapa kuat untuk kita rasakan gegarannya di sini, namun untuk cermin yang lama, tenaga gegarannya walaupun tak berapa kuat mampu buat ia retak? Mungkinkah ini semuanya satu kebetulan?

Adakah alasan atau teori lain selain logik yang mampu saya berikan tentang peristiwa yang berlaku pada tunang saya?

Dari,

Aie

TERIMA KASIH AIE!!!

No comments: