Thursday, November 11, 2010

Langsuir...

Assalammua’laikum,

AyahJo ingin mengisahkan tentang LANGSUIR. Makhluk yang sejenis dengan Pontianak tetapi lebih ganas dan lebih hodoh penampilannya. Jika Pontianak bertaring dari atas ke bawah tetapi makhluk ini bertaring dari bawah ke atas dan bersimpang-siur. Makhluk ini menyerang bukan hanya pada manusia malah juga pada binatang. Mangsa korbannya akandisedut atau dikorek isi dalamannya melalui lubang najis.

Biasanya makhluk ini jarang merasuk ke tubuh manusia. Tetapi sekiranya ada yang dirasuk, makhluk ini akan terus hinggap dan menyangkut diantara urat jantung dan hati. Salah satu sebabnya adalah kerana tempatnya yang tersembunyi dan amat sukar dikesan oleh para pengubat. Sebab lainnya tempat itu adalah tempat yang paling strategik baginya dan teramat merbahaya bagi manusia kerana seandainya makhluk ini terasa terganggu atau terancam oleh para pengubat, maka makhluk ini gunakan urat jantung manusia sebagai helah ancamannya.

AyahJo bukan pakar tetapi pernah tahu dan menyelidiki situasi sebegini. Untuk pengongsian dan pengetahuan bersama, AyahJo bongkar rahsia ini terutama bagi pengubat-pengubat kebatinan yang lebih menggunakan tenaga dalaman atau jurus-jurus tertentu supaya lebih peka dan berhati-hati dengan situasi sebegini. Pastikan dahulu kedudukan makhluk dalam tubuh manusia. Kerana jurus atau tarikan cara batin boleh mengancam nyawa manusia tersebut. Apalagi tempat sebegini apabila dijuruskan atau ditarik dengan tidak sengaja atau tanpa sedar urat tempat gayutan makhluk ini juga turut terbinasa. Sedia maklum, apabila ini terjadi maka niat penyembuhan menjadi tragedi ngeri. Wallahu a’lam.

AyahJo sering mencari dan selidik cara yang terbaik dan bersesuaian dengan setiap situasinya. Asalkan tidak lari dari aqidah serta tahu halal haramnya dalam pengubatan kita. Ingatlah niat baik diiringi dengan batas hukum-hakam dalam Islam. Jauhi rasa hati dengan was-was, pandang mata dengan kekaburan dan gerak jasad dengan kekeliruan. Kerana inipenyebab terlahirnya fitnah nafsu yang sarakah. Na’udzubillah.

Terima kasih...

TERIMA KASIH AYAH JO!!!

No comments: