Friday, January 29, 2010

Siapa Di Belakang???

Hi KC / PM,

Lihatlah gambar yang saya sertakan dalam emel saya. Apakah makhluk yang berada di belakang??? Ia mungkin menandakan bahawa mereka berada di mana-mana sahaja.

Terima Kasih.

-Aidah-


TERIMA KASIH AIDA!!!

Kisah Terjadi Pada Tahun 1994 & 2007

Hi KC,

Nama saya Fadira. Ini kisah terjadi sewaktu saya di menengah satu di sekolah YTSS.

Saya menyertai pasukan seragam NPCC. Dan pada tahun 1994, NPCC ada menganjurkan kem di sekolah. Seperti biasa, setiap kumpulan diarahkan untuk periksa satu sekolah. Saya dan kumpulan saya, diarahkan untuk membuat rondaan di sekolah pada pukul 3 pagi.

Sedang semua membuat rondaan, saya terpandang sesuatu, berdekatan dengan 'gelanggang bola jaring. Mata saya terpaku, ada seeorang wanita, mukanya bujur sirih, tanpa muka, melambai-lambai pada saya. Dengan segera, saya menggigil kesejukan. Dan saya memanggil pegawai saya, seorang lelaki Cina.

"Sir, I saw someone waving at me, within the bush at basketball court."

Saya tengok dengan beraninya dia mengambil lampu suluh, dan pergi ke tempat yang saya tunjukkan. Dia patah balik kepada saya, memberitahu tidak ada apa-apa. Saya pun dah agak. dia mesti tak nampak tetapi saya ternampak sesuatu. Setelah itu, saya diarahkan tidak membuat rondaan, dan duduk di dalam bilik NPCC bersama pegawai yang lain.

Keesokan harinya, saya pun demam panas. Saya menyuruh keluarga saya menjemput saya pulang. Baru satu malam di sekolah saya sudah diganggu. Bererti, Cik Pon itu hanya menunjukkan dirinya pada saya. Apabila saya sudah sembuh, saya terus berjumpa dengan pegawai saya, yang saya mahu berhenti dari NPCC dan mengambil keputusan untuk menyertai Tarian Melayu. Itulah pengalaman tidak dapat saya lupakan.

Pengalaman saya lagi, pada tahun 2007, bersama sepuluh orang ahli keluarga saya di sebuah kawasan perkuburan di Thomson. Sedang saya dan suami saya berjalan berhimpit untuk masuk ke dalam hutan, saya ternampak CIK PON berdiri di bawah pokok. Saya terus diamkan diri dan tunduk ke bawah, sambil memimpin erat tangan suami saya. Saya beranikan diri untuk melihat pokok tadi. CIK PON itu sudah tiada. Kalaulah CIK PON itu ketawa mengilai pada masa itu, sudah semestinya semua lari lintang-pukang. Alhamdulillah, sekarang saya sudah lali dengan benda ini semua, mendengar ia menangis di kawasan tempat meletak kereta di daerah rumah saya pada pukul tiga pagi pun sudah.

Itu saja KC. Terima Kasih.

Fadira

TERIMA KASIH FADIRA!!!

Perjalanan Misteri

Assalammualaikum KC,

Saya Wak Nanang, ingin cerita pengalaman bersama isteri, perjalanan misteri pulang kekampung di Melaka. Saya bersama isteri bertolak hari Sabtu jam 10 malam menunggang motosikal. 3 perkara terjadi dalam satu masa.

Perkara pertama yang terjadi dalam perjalanan mulanya tiada rasa apa2 yang mencurigakan. Bila sampai di satu kawasan antara Segamat dan Pagoh, saya memotong sebuah lori dengan kelajuan saya 130 km/sejam. Sebelum ini banyak kenderaan lain juga saya potong, tapi kali ini lori itu menyalakan lampu "high beam" ke arah saya kira-kira dua tiga kali. Saya tak endahkan sangat kerana saya rasa mungkin ia saja2, kedua kali dia buat lagi, saya lihatlah di cermin kiri dan kanan saya melihat belakang kalau ada apa2 yang tak kena, tapi tak ada apa2. Agak jauh sedikit, dia pancarkan buat yang ketiga kali, saya lihat lagi melalui cermin pun tak ada apa2, jadi saya teruskan perjalanan.

Bila sampai suatu kawasan, motor saya yang tadinya laju 130 km/sejam, kelajuannya jatuh mendadak ke 80km/sejam dan terasa motosikal saya berat. Enjin bunyi macam nak pecah tapi motor tak laju. Pacuan diturun dan dinaikkan pun sama juga. Dengan tak semena2 kelajuannya kembali mendadak. Saya dapat melihat jarum meter naik kepada 130 km/sejam kembali dalam kurang dalam 3 saat. Motor seperti didorong sesuatu ke depan. Saya hampir terlepas memegang, mujur saya pegang kuat, yang cukup nasib baik isteri saya pegang kuat pada saya kalau tidak pasti jatuh ke belakang.

Perkara kedua terjadi agak-agak dalam 30 saat selepas itu. Saya dan isteri mendengar seperti orang mengetuk sesuatu dengan kuat "Tok tok tok tok tok". Dalam kelajuan 130 km/sejam pakai topi keledar lagi, dengan terang kami mendengar. Saya perlahankan motor saya, ingatkan motor saya mengalami kerosakan. Cuba dengar betul2 rupa-rupanya bukan, baru saya sedar ada sesuatu yang tak kena. Saya apa lagi maki hamun kuat2, dengan serta merta bunyi itu berhenti. Dari situ saya perlahan sedikit kelajuan kepada 110 km/sejam, sebab rasa tak sedap.

Perkara ketiga selepas itu, saya melihat cahaya lampu merah belakang kereta agak jauh begitu kecil, memang rasanya cukup jauh. Seperti biasa menunggang harian, berapa saat tengok cermin kiri atau kanan. Keselamatanlah katakan. Kali ini saya toleh untuk tengok cermin kanan dalam satu atau dua saat, saya toleh ke hadapan semula. Kereta yang tadinya jauh dah ada depan mata, apa lagi saya tekan "break" depan dan belakang serentak macam nak gila. Mujur dapat kawal motor. Hanya dapat saya lihat jarak motor saya dengan kereta depan hanya sejengkal saja. Kemudian saya potong kereta itu sambil melihat pemandunya seketika, dia hanya pandang depan saja, tidak toleh pada saya yang berada di sebelahnya. Kelihatan seperti ada cahaya lampu meyuluh mukanya dari bawah nampak macam orang pakai bedak tebal. Terfikir seketika sewaktu perkara terjadi, jalan kiri dan kanan lengang tak ada lain kenderaan. Sampai kampung terkenang2 peristiwa tadi berlaku tak cerita pada orang kampung.

Besoknya balik Singapura, kawan di tempat kerja tanya saya. Hari Jumaat jadi balik kampung Melaka? Saya katakan tidak, hari Sabtu malam baru bertolak. Mereka kata pada saya, "Nasib baik abang balik hari Sabtu, kalau hari Jumaat di kawasan Segamat dan Pagoh ada kemalangan dua kereta, satu lori dan satu bas ekspres hingga menyebabkan empat orang mati. Hingga lima jam baru kita dapat lepas kawasan kemalangan itu..."

Sekian Terima Kasih...

TERIMA KASIH WAK NANANG!!!

Wednesday, January 27, 2010

Cik Pon Di Luar Tingkap???

Hi KC,

Kisah ini terjadi sewaktu malam bulan lepas, pada waktu itu sudah dekat pukul 1 pagi, adik saya memang gemar mendengar MJ12 menggunakan telefon bimbitnya dan selalunya dia akan mendengar sendiri di biliknya. Memandangkan malam itu saya belum masuk tidur, jadi dia punbaring-baring di katil saya sambil menghidupkan pembesar suara telefon bimbit. Saya pula sedang bermain permainan komputer, komputer saya terletak bersebelahan tingkap bilik saya. Pada mulanya saya tidak merasakan apa-apa pelik, tapi selang 20 minit saya rasa adik saya sudah tertidur tanpa mematikan radio, waktu itu KC pula memainkan suara Cik Pon sedang mengilai.

Tiba-tiba saya rasa sejuk dan terbau sesuatu yang wangi. Saya rasa semacam ada sesuatu yang sedang memerhatikan saya dari belakang, saya pun tidak endahkan. Selang seminit, tiba-tiba saya terdengar bunyi itik "Quack-quack", betul-betul di sebelah tingkap, tapi suaranya agak jauh. Serta-merta saya pun terperanjat dan terlompat. Bulu roma saya berdiri tegak, saya teringat, orang kata kalau bunyinya jauh ianya dekat, saya pun terus bangun lari dan terus mengejutkan adik saya. Dia terbangun dan dia katakan padan muka, "Siapa suruh kau tak nak tidur?"

Itu sahaja KC, walau saya tidak nampak, tapi merasakannya sudah menggerunkan.
Terima Kasih KC...

TERIMA KASIH!!!

Pengalaman Di Kawasan Kem Di Singapura

Salam bahagia KC dan para pendengar MJ12,

Nama saya TIFAH. Saya ingin menceritakan tentang pengalaman saya sewaktu saya berada di salah satu kem Angkatan Bersenjata Singapura. Sewaktu peristiwa itu berlaku, saya baru berusia 16 tahun dan berada di tingkatan 4. Saya memasuki aktiviti tambahan iaitu NCC LAND. Pada cuti sekolah di bulan JUNE saya disuruh untuk menghadiri satu perkhemahan di kem tersebut selama seminggu kerana tiada NCO wanita yang hadir di sana. Selama seminggu di sana saya diberikan tugas sebagai BOS (BATTALLION ORDERLY SERGEANT) untuk menjaga 5 company iaitu ALPHA, BRAVO, CHARLIE, DELTA dan FOXTROT. Dalam kelima-lima company itu cuma ada 2 kadet wanita sahaja, yang menghadiri kursus tersebut. Jadi saya diarahkan untuk tidur sebilik dengan 2 kadet wanita tadi demi keselamatan mereka.

Malam pertama semua berjalan sepertimana yang dirancangkan. Tapi, pada malam kedua ada sesuatu peritiwa yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila. Di hari kedua tersebut latihan tamat tepat pada pukul 11 malam. Selepas saya mengarahkan kadet-kadet saya untuk pulang ke bunk masing-masing, saya dengan segera pergi ke bilik mess di tingkat satu untuk cas bateri alat walkie-talkie saya. Kerana saya tidak di benarkan simpan alat walkie-talkie di bunk, setiap kali saya meletakkan set itu saya harus menandatangan supaya tiada salah sangka. Tanpa membuang masa saya terus naik ke tingkat 6 untuk memeriksa kadet wanita saya supaya mereka tidur pada masa yang diberikan kerana keesokan harinya saya tidak mahu mereka jatuh sakit kerana kekurangan tidur.

Setibanya di bilik, alangkah gembiranya saya melihat mereka sedang nyenyak tidur, mungkin kerana latihan pada hari itu amat memenatkan diri mereka. Saya pun terus mengambil baju saya untuk mandi. Tiba sahaja di depan bilik mandi, saya terdengar bunyi bising di tingkat 5. Sah suara itu datang dari kadet lelaki yang bunknya berada di tingkat bawah. Saya terus pekik ke arah mereka dan memberikan arahan kepada mereka supaya mereka tidur. Setelah menunggu selama 5 minit di situ, suasana menjadi sunyi semula. Saya terus menaiki tangga untuk menuju ke bilik air. Alangkah terkejutnya saya apabila ternampak ada budak perempuan berlari terus menuju ke dalam bilik air. Lampu di bilik air terus menyala, kalau KC nak tahu lampu bilik air di kem itu semua menggunakan kadar sensor.

Tanpa berlengah lagi, saya terus menerpa masuk ke dalam bilik air tersebut untuk memeriksa barangkali kemungkinan besar kadet perempuan saya sakit. Saya memanggil nama mereka tapi tak dijawab. Dalam hati berkata mana mungkin lampu boleh menyala kalau tak ada orang masuk, lagipun saya sendiri nampak ada budak perempuan berlari. Saya buka semua pintu bilik air itu, tapi KC cuma satu sahaja pintu yang tertutup dan saya terus memanggil nama kadet saya, sekali lagi tak dijawabnya. Bulu roma saya terus berdiri, tanpa membuang masa saya berlari keluar dari bilik air tadi dan terus pergi ke bunk saya. Kedua-dua kadet saya sedang enak dibuai mimpi. Dengan tidak mandi saya terus menarik selimut dan cuba lelapkan mata saya.

Tapi KC saya dikejutkan dengan satu kejadian lagi, alat walkie talkie yang saya cas di bilik mess tadi berada di bawah bantal saya. OC saya memanggil-manggil saya dengan berkata, "BOS BOS PLEASE REPORT TO THE MESS ROOM NOW...." Saya terperanjat apabila melihat alat itu. Jantung saya berdegup dengan kencangnya. Saya memberanikan diri saya untuk turun ke tingkat satu dan melihat siapa yang cuba mempermainkan saya. Saya menarik nafas panjang dan terus turun ke bawah sambil memegang alat set radio tadi.

Tiba sahaja di bilik mess, saya melihat alat walkie-talkie yang saya cas tadi ada di dalam bilik mess. Saya terus kejutkan OC saya dan ceritakan apa yang terjadi tadi. Saya menunjukkan alat walkie-talkie yang saya jumpa di bawah bantal. OC saya berkata dia tidak memanggil saya tadi dan dia kata alat ini sudah rosak dan tak boleh digunakan lagi. OC saya berkata yang perkara ini selalu berlaku pada askar kerahan yang tinggal di tingkat 6. Kerana tidak mahu menakutkan saya lagi dia menemankan saya naik ke bunk saya dan menasihatkan saya supaya hidupkan lampu bila hendak tidur. Saya tak dapat nak tidur pada malam itu.

Pada keesokan harinya saya demam panas dan perlu ke pusat rawatan dalam kem untuk mendapatkan rawatan. OC saya menyuruh saya pulang ke rumah tapi saya menolak arahan tersebut kerana tanggungjawab saya belum selesai. Selepas difikirkan, OC saya benarkan saya bermalam di kem itu dan menasihatkan saya untuk melaporkan kepadanya jikalau ada sebarang perkara yang aneh berlaku lagi pada malam yang akan datang. Tiada sesiapa yang tahu cerita ini melainkan saya dan OC. Walaupun usia saya sudah menjangkau 26 tahun saya masih tidak dapat melupakan peristiwa yang berlaku di kem tersebut...

Banyak persoalan yang masih menjadi tanda tanya. SIAPA PEREMPUAN YANG BERLARI MASOK KE BILIK AIR DAN SIAPA YANG MELETAKKAN ALAT WALKIE-TALKIE DI BAWAH BANTAL SAYA??? Itu sahaja KC...

Terima Kasih!

Dari: TIFAH

TERIMA KASIH TIFAH!!!

Diganggu Cik Pon Di Pasir Ris

Assalammualaikum KC,

Nama saya Wan, nama samaran, dan nama-nama yang saya sebutkan adalah nama2 samaran kesemuanya.

Peristiwa saya berlaku pada bulan Oktober yang lalu. Saya seorang pelajar yang bekerja sambilan sebagai instruktor perkhemahan. Saya dan tiga lagi rakan saya, dua lelaki dan dua perempuan kesemuanya, ditugaskan untuk menerajui satu perkhemahan kecil-kecilan untuk satu kumpulan seni. Perkhemahan tersebut berlangsung di sebuah chalet di bahagian Pasir Ris selama dua hari satu malam. Kami diganggu bertubi-tubi oleh CIK PON yang amat ganas dan degil sekali sehinggakan kami tidak dapat tidur. Beginilah ceritanya.

Saya memang seorang yang boleh merasakan akan adanya makhluk halus dan rakan saya, Mus, dia telah dilengkapi ilmu untuk mengubati orang yang disampuk dan menghalau makhluk halus. Setibanya di tempat berkenaan, saya dan Mus berasa tidak sedap hati. Setelah berbual dengan ketua kumpulan seni itu, kami pun pergi memeriksa kawasan tersebut sementara menunggu ketibaan para peserta perkhemahan kami. Apabila kami di bilik tidur lelaki, kami terkejut apabila ternampak langsir di hujung bilik bersebelahan pintu belakang itu berkibaran bagaikan ditiup angin kencang padahal tingkap dan pintu kesemuanya ditutup rapat.

Kejadian yang berikutnya berlaku pada waktu malam, tepat jam 12 malam, semua peserta dan instruktor sudah mandi dan masa untuk mereka berehat kecuali saya yang baru sahaja ingin mandi. Sebelum saya pergi ke tandas yang ditempatkan di bahagian belakang chalet tersebut, Mus berpesan supaya berhati-hati. Selepas saya mandi, saya terkejut apabila saya keluar dari kubikel, paip di basin itu terbuka padahal semua peserta tidak dibenarkan keluar dari bilik tidur mereka. Meremang bulu roma saya. Saya tutup paip lalu keluar dengan cepat.

Apabila berjalan balik ke bilik tidur lelaki, saya terpaksa lalu bilik tidur wanita dan dengan terkejutnya saya ternampak seorang peserta yang bernama Aida sedang duduk di luar betul-betul depan pintu bilik tidur mereka.

Saya bertanya, “Kenapa tidak tidur lagi???” tetapi dia hanya duduk diam. Kemudian dia mula tersenyum dan bermain dengan rambutnya, terperanjat saya dibuatnya. Dalam hati saya berkata, “Jangan macam-macam lah budak ni...” Saya tepuk bahunya dan dia tersentak lalu berkata, “Eh, apa aku buat dekat luar ni???” Saya ketuk pintu bilik tidur wanita sambil memanggil-mangil nama instruktor wanita, “Ana!! Q!! Keluar sekarang!!”

Mereka keluar dan terkejut apabila menyedari bahawa Aida sedang duduk di luar keseorangan padahal mereka tidak perasan langsung yang si Aida ni keluar. Saya pun tidak cakap banyak, suruh mereka masuk bilik tidur tetapi si Aida ini tidak dapat berjalan, dia kata kakinya bengkak sebab dia tersandung tadi. Saya memeriksa kakinya, memang betul bengkak tetapi yang peliknya apabila saya menyentuh kakinya yang bengkak itu, tiba-tiba bulu roma saya meremang sekali lagi. Saya pun bertanya, bagaimana dia tersandung, KC kami bertiga terperanjat apabila dia berkata dengan suara yang amat menyeramkan.

“Budak ini tendang akar pokok rumah aku. Tidak mintak maaf!!!”

“Q, pergi panggil Mus cepat!” kata saya.

Mus datang dan melakukan apa yang patut, syukur semuanya kembali seperti biasa. Kami tanya punya tanya, dapat tahu bahawa si Aida tengah datang bulan dan tadi dia tertendang sebuah akar pokok di kawasan chalet tersebut dan dia telah mencaci pokok tersebut. Entah mengapa dia berbuat begitu pun saya tidak tahu.

Ingatkan semuanya dah kembali seperti biasa, tetapi saya salah KC. Sekitar jam dua pagi, kesemua peserta lelaki sedang tidur nyenyak. Saya dan Mus sedang baring di atas katil sambil berbual kosong. Kami menghadap tembok yang mempunyai tingkap kecil berderet di bahagian atas tembok tersebut, kami berdua perasan ada kain putih terjuntai di tingkap tersebut, kami cuba tidak menghiraukannya tetapi Cik PON ni cuba main ganas. Dia menghilai sekuat-kuat hatinya. Kami pun pejamkan mata cuba ingin tidur. Setelah lebih kurang sepuluh saat begitu kami membuka mata dan kain putih itu sudah tiada, kami pun mencarinya. Cari punya cari, rupanya Kak PON tu sedang duduk di atas pokok yang paling hujung sekali. Kami memerhatikannya, dia kemudian terbang dari satu pokok ke satu pokok sebelum menghilangkan dirinya.

Berapa minit kemudian, saya menerima kiriman SMS dari Q untuk pergi ke bilik tidur wanita kerana ada yang tidak kena, sedang saya dan Mus berjalan, kami terdengar kesemua peserta wanita kami berteriakkan dengan kuat. Kami pun bergegas, hidupkan lampu dan bertanya apa yang berlaku.

“Ada benda main pintu dekat bilik air,” kata Q.

Saya dan Mus berjalan ke bahagian belakang bilik tidur wanita itu untuk memeriksa tandas tersebut. Kami tidak merasakan atau melihat apa-apa. Mus kemudian membaca sesuatu sebagai pelindung untuk bilik tersebut agar ia tidak diganggu lagi. Selepas itu kami menyuruh mereka tidur. Saya dan Mus duduk di luar buat sememtara untuk memastikan tidak ada apa-apa berlaku.

Sekitar pukul tiga pagi, saya dan Mus balik ke bilik tidur kami. Apabila masuk ke dalam bilik, kami terdengar suara seseorang dalam ketakutan membaca surah Ayatul Qursi. Cari punya cari, lat tiga katil dari pintu, seorang peserta lelaki bernama Zack sedang sembunyi di bawah selimutnya. Kami pun pergi menenangkan dirinya dan kemudian kami bertanya apa yang berlaku.

Katanya, “Tadi ada orang kejut aku, bile aku sedar tiada orang!!! Aku tengok dekat pintu, dekat cermin yang boleh tengok luar tu ada perempuan berambut panjang, bermata merah dan berpakaian serba putih sedang memerhatikan aku...” katanya lagi.

Kami tidak boleh tahan lagi KC, hidupkan lampu semuanya lalu kami berzikir sampai pagi.Alhamdulillah tidak ada gangguan selepas itu. Nasib baiklah perkhemahan itu hanya untuk satu malam sahaja kalau tidak saya tak tahu apa akan terjadi KC. Selepas upacara penutup perkhemahan, saya menelefon pengurus saya untuk buat rumusan.

Dia bertanya, “Ada apa-apa yang aneh berlaku tak? Aku tahu tempat tu keras...”

Saya punya bingit KC, saya maki dia berbakul-bakul kerana tidak memberitahu kami bahawa tempat itu keras dari awal-awal lagi.

Itu sahaja peristiwa saya KC terima kasih...

TERIMA KASIH WAN!!!

Monday, January 25, 2010

Kisah Loktang

Selamat malam KC & pendengar RIA.

Saya ada terdengar pada 25/12/09 KC telah menceritakan tentang Farah yang dikejar LOKTANG yang menurun! Saya ada pengalaman yang boleh dikatakan lucu sikit dan menakutkan juga KC.

Saya tinggal di daerah.... di tingkat... Jenis blok saya ni, jenis rumah yang hanya mempunyai empat tingkat dan masih belum ada lif lagi. Di sebelah hujung deretan rumah saya tu ada rumah LOKTANG yang selalunya pada tiapx2 hari Selasa, dan Jumaat pada waktu sepuluh malam ke atas sehinggalah kadang2 jam satu pagi diadakan upacara penyembahan mereka. Jadi bila semua nak turun ke bawah blok untuk membakar barangx2 penyembahan mereka, mereka harus melintasi rumah saya. Saya dah terbiasa tengok mereka lalu-lalang depan rumah saya, macam2 corak, ada biru, kuning, hitam, putih & bermacam-macam rupa. Saya ni berani dari dalam rumah saja, kalau di luar tu kirim salam saja.

Pada satu hari
selepas pulang dari hospital kira2 jam 10.30 malam, saya masih ingat hari tu hari Jumaat, bila turun dari motor suami saja saya cakap dengannya, "Eh Ba, hari ini macam sunyi saja, maknanya tak ada upacara sembahyanglah jadi mereka tak turunlah malam ni eh???'' Selalunya kalau ada upacara di bawah blok mesti orang2 mereka banyak yang berkumpul walaupun dah mlaam. Tapi suami saya cakap, "Awak jangan naik dulu, tunggu saya di tepi tangga sampai saya kembali dari melihat peti surat."

Jadi saya pun tunggulah. Bila ternampak suami dari jauh menuju ke arah saya, saya pun gatal menaiki tangga dahulu. Tiba2 bila saya dah naik setengah dari tangga tingkat satu, beberapa orang turun dengan memberi isyarat kepada saya bahawa benda itu nak turun!!! Saya pun mendongak dan apa lagi dengan pantas turun ke bawah semula sampai terseliuh dan jatuh tergolek! Punyalah sakit badan dan rasa malu. Saya dengan cepat bangun & tuju ke arah suami yang masih berjalan & yang menurun tadi tu pun jalan menuju ke arah tempat sembahyangnya.

Saya beritahu suami, saya dimarahinya kerana tak dengar nasihat. Lepas tu, saya ingat dah habis, suami pun cakap, "Dah... Naik cepat!!!", tapi saya ni masih terhencut-hencut di tingkat dua, maklumlah baru jatuh. Apabila saya nak naik ke tingkat menuju ke rumah, saya lihat suami menyerong ke tepi seolah-olah nak memberi jalan pada seseorang, di tepi suami ada dalam 5-6 orang dalam hati berkata, ''Apasal suami aku ni tak masuk rumah lagi???" Dia pun panggil saya, "Cepat Ma!!! Cepat naik!!!''.

Saya dah agak rupanya ada lagi satu yang nak turun ke bawah. Saya tanya suami, ''Apa? Ada lagi ke apa''!?" Bila saya tanya suami, dia pun muncul, kali ni yang warna biru pula dengan mukanya yang menakutkan. Bila menurun, dengan terjelir-jelir lidahnya. Apa lagi, bila nampak saja, saya pecut semula ke bawah untuk lindungi diri di salah sebuah rumah di tingkat 2 sambilx2 terjenguk-jenguk tengok sama ada dia dah melepasi saya ke belum.

Apabila saya pasti dia dah turun, saya dengan pantas kilat naik & memarahi suami kerana tinggalkan saya ke belakang. Suami saya ni jenis kuat semangat, tak takut dengan benda2 gini, kerana dia dah lali bertentangan mata dengan mereka semua. Lainlah saya yang baru setahun lebih kerana ini perkahwinan kedua saya, jadi baru dapat sesuaikan diri dengan suasana dan aktivitix2 di daerah rumahnya setelah berumahtangga dengannya.

Lagi satu kisah, pernah sekali tu apabila sedang lungsuri jaluran siber dan suami di dalam bilik sedang nyenyak tidur, saya terpandang ke luar koridor seakan-akan ada orang berpakaian putih berjalan dengan pantas menunduk ke bawah. Saya apa lagi , terus pandang ke lain dan mematikan komputer saya lalu masuk tidur. Besok beritahu suami, dia cakap biasalah kalau dah ada rumah yang ada berhala di sebelah kita, makhluk2 yang tak diundang mesti datang tak dijemput. Nasihat saya pada sesiapa yang nampak ada Loktang yang menurun atau mengadakan upacara, cubalah tenang & kalau boleh jangan gabra. Itulah pengalaman lucu & menakutkan saya.

Terima kasih,

Lady K.(bukan nama sebenar)

TERIMA KASIH LADY K!!!

Pocong di Kolam Macritchie!!!

Salam KC,

Saya ada satu kisah yang ingin diketengahkan bersama. Tetapi maaflah, mungkin cara saya menyampaikan cerita ini mengelirukan sesiapa yang membacanya.

Kejadian ini berlaku ketika saya menghadiri sebuah perkhemahan sempena cuti sekolah. Pada malam hari pukul satu pagi, kami diarahkan untuk ke Kolam Macritchie kerana pada malam itu, kami harus menjadi pegawai perhentian untuk peserta2 yang akan menjalani aktiviti berjalan malam. Ketika itu, waktu sudah menunjukkan pukul 2 lebih pagi. Saya telah diberikan perhentian bersama tiga lagi rakan saya, dan perhentian kami adalah yang keempat dan tempatnya agak dalam dan gelap. Kami tunggu sehinggalah kesemua peserta2 tersebut menamatkan perjalanan malam mereka. Memang seram keadaan di dalam hutan tersebut KC.

Sewaktu saya melangkah masuk ke dalam hutan tersebut, memang bulu roma saya dah meremang, hati rasa tak sedap. Rasa mcm nak patah balik. Tapi, saya kuatkan semangat, dengan berbekalkan Ayat Kursi sebagai pendinding kemudian masuklah & duduk di perhentian kami. Mula-mula, memanglah tak ada apa apa. Selang beberapa minit, saya terdengar suara wanita bergurindam "Hmmmm... Hmmmmmm..." Entah lagu apa pun saya tak tahu KC tapi yang penting, ia cukup2 menyeramkan.

Saya buat endah tak endah, tak tegur dan teruskan berbual2 kosong bersama tiga lagi rakan saya. Tiba2, ada bunyi ranting patah2 seperti ada orang yang memijaknya dan bunyi itu datangnya dari arah kanan saya. Jalan di sebelah kanan saya itu, memang tidak digunakan untuk perjalanan malam tersebut. Saya pelik, siapa yang berjalan di sebelah saya tadi? Bunyinya semakin lama, semakin kuat. Sekali lagi, saya buat tak tahu sahaja.

Selang beberapa jam selepas kejadian misteri itu, saya berdiri membelakangkan semak-samun, dan di belakang semak-samun itu pula ada banyak pokok2 besar. Saya rasa, betul2 rasa ada benda yang dicampakkan ke arah saya dan terkena badan saya. Saya tak bohong KC, benda yang terkena badan saya adalah ketulan batu2 kecil. Semakin lama, semakin banyak dan kuat pula batu2 itu dilontarkan. Apa lagi, saya pun lari ke arah kawan2 saya yang semuanya sedang berdiri jauh di hadapan menunggu peserta2 kem.

Bila dah dekat dengan mereka, saya ternampak ada sekujur tubuh berdiri tegak dibalut kain putih betul2 di belakang rakan saya sebelah pokok. Rasanya macam nak pengsan melihat makhluk pocong itu, tapi saya kuatkan semangat dan baca Ayat Kursi supaya benda itu tak boleh dekat. Baca punya baca, pocong itu masih berada di tempat yang sama. Saya buat tak tahu dan mulut terus membaca ayat2 suci. Sekejap2, saya tengok ke arah pokok tersebut dan benda tu masih ada lagi. Lama benda tu di situ. Sehinggalah perjalanan malam sudah selesai, sekitar jam lima lebih pagi dan saya lihat lagi, benda tu dah hilang. Memang cukup menyeramkan kerana ini merupakan pengalaman pertama berdepan dengan pocong.

Terima kasih kerana mengenengahkan kisah saya dan selamat malam.

Dari,

ZeeHyra

TERIMA KASIH ZEE!!!

Cik Pon Di Boon Lay Avenue

Assalamualaikum KC dan juga salam kepada pendengar MJ12 yang dihormati,

Kisah yang Kak Su nak kongsi sama adalah kisah yang dialami oleh teman Kak Su. Ianya berlaku tika dia menetap di rumah lamanya (Boon Lay block 1**) sebelum berpindah ke rumah baru.

Pada malam tu teman Kak Su baru pulang dari kerja. Seperti biasa setiap kali pulang dari kerja, dia pasti akan membersihkan diri terlebih dahulu. Oleh kerana malam tu terasa amat bahang sekali, dia membuka pintu agar angin luar yang dingin dapat masuk ke ruang tamu.

Tika teman tadi berdiri di pintu pagar menghadap ke luar (sebab teman tinggal di tingkat satu), dia terpandang seperti ada sebuah basikal di depan perkarangan rumahnya, kira2 tiga meter jauh jaraknya. Teman Kak Su ni pulak berani orangnya, terdetik di fikirannya untuk mengambil pulang basikal tadi.

Tapi ketika teman Kak Su berjalan menuju ke arah basikal tu, baru separuh jalan dia memberhentikan langkahnya. Rupa2nya 'basikal' tadi adalah makhluk Cik Pon. Makhluk tu berada di dalam keadaan seperti sedang bersujud, tak pasti kenapa begitu, dan kata teman Kak Su lagi, dengan perlahan dia berjalan ke belakang untuk kembali semula ke rumahnya. Bila saja teman Kak Su sampai di depan rumahnya, makhluk itu terbang, cara terbangnya menyenget dengan diiringi hilaian ketawa yang mengerikan.

Sememangnya ramai penduduk di situ pernah terserempak dan ada pula yang diganggu. Suami Kak Su pernah mengalaminya juga dengan pengalaman yang berbeza, begitu juga Kak Su sebab kakak pernah tinggal di blok yang sama. Mungkin di lain masa kakak kongsi kisah yang lain pula.

Terima kasih KC...

TERIMA KASIH KAK SU!!!

Friday, January 22, 2010

Makhluk Di Pintu Masuk

Assalamualaikum KC,

Ayah dan Ibu saya gemar mendengar Misteri Jam 12, umpama didodoi dengan kisah-kisah seram hingga terlena. Bagaimana pun, saya dan adik bongsu saya turut serta mendengar, baru 2 malam sahaja kami turut serta.

Cerita saya... Bagi diri saya sendiri ia, misteri sebab hanya saya sahaja yang mengalami.

Kami tinggal di Barat Singapura, kawasan terpencil, dan kecil...

Ini terjadi 3 tahun lepas, waktu itu adik-adik lelaki saya gemar keluar di tengah malam, katanya tak boleh tidur malam, jadi lepak di bawah, di mana ada kawasan taman kecil. Di sini tiada kolong blok. Ketika itu cuti sekolah. Sedang saya tidur, tiba-tiba terdengar pintu hadapan dibuka dan dilepaskan, saya tahu itu pasti adik-adik saya, tidak lama kemudian terdengar lagi pintu dibuka dan ditutup rapat. Bilik saya, bilik pertama, berdekatan dengan pintu masuk.

Entah mengapa, perut saya memulas kesakitan. Saya pun bangun. Saya ni takut tidur seorang diri dalam gelap, jadi saya selalu bertemankan lampu neon. Saya lihat jam tepat 3 pagi, waktu yang tepat untuk Solat Tahajjud dan sebagainya... Saya pun ke tandas, ruang tamu gelap, kami sekeluarga selalu hidupkan lampu dapur, itupun saya yang meminta. Setelah saya masuk ke tandas, dah selesai, saya pun keluar cuci muka, entah mengapa kaki saya jalan perlahan sangat-sangat... Mata pula berlegar di tepi ruang tamu, saya melihat ke modem kerana saya selalu pesan adik-adik untuk matikan kalau tidak menggunakan Internet.

Sedang saya ingin beralih pandangan ke hadapan, saya ternampak satu makhluk duduk di sisi pintu, tubuhnya kecil, duduk memeluk lutut, saya sangkakan adik saya yang nombor 3, hampir sahaja saya ingin memanggilnya, benda tu pusing melihat saya dan senyum!!! Tetapi KC, giginya tajam-tajam. Dengan tidak fikir apa-apa, saya lari masuk ke bilik dan istighfar. Sebenarnya saya pun keliru, dalam keadaan tidak mengerti, saya terus beristighfar dan lenakan diri saya.

Keesokan hari, saya tidak memberitahu keluarga saya, tapi saya berpesan dengan adik-adik, "Kalau nak keluar malam, boleh, tapi tolong kakak, nak masuk rumah, beri salam dan baca Al-fatihah" Alhamdulillah, KC itulah pertama dan terakhir... Kini, ruang tamu pun terpaksa lampunya dinyalakan sepanjang pagi kerana saya...

ASYIDAH

TERIMA KASIH ASYIDAH!!!

Kisah Ketika Berumur 14 Tahun

Assalamualaikum KC,

Terima kasih kerana memaparkan cerita saya ini kepada para pendengar.

Kisah ini berlaku pada tahun 2003, terjadi kepada diri saya bersama teman2 saya. Kisahnya begini, waktu itu saya berumur 14 tahun, saya ni sering sahaja keluar bersama kawan2 tak kira siang atau malam. Ibu saya selalu memarahi saya, agar tidak keluar malam, tetapi saya tidak mengambil peduli.

Suatu hari, saya bercadang untuk ber'adventure' dengan kawan2 lepak saya, lalu mereka pun bersetuju kerana inilah yang pertama kali kita berbuat demikian. Malam tersebut, saya, bersama tiga orang kawan perempuan serta seorang teman lelaki, melakukan perjalanan malam di pantai East Coast. Tiba2, seorang dari kawan saya merungut, katanya perut beliau sakit, jadi terpaksalah kami berhenti di sebuah kawasan, yang teramat2 sunyi. Sedang kami mencari tempat duduk, tiba2 yang sakit perut menegur sesuatu, katanya "Eh korang, bau tak??? Busuknya... Bau apa ni???" Saya pun menjawab, "Diam ajelah" dan sesaat saya diam ada suara yang sayu kedengaran.

Kami semua terdiam, dengar punya dengar, seperti orang meminta tolong. Kami pun mencari dari mana datangnya suara itu, yelah, manalah tahu jika benar2 ada orang yang ingin bantuan. 10 minit berlalu namun, suara itu masih kedengaran, tetapi setelah kami mencari, datangnya bukan di darat tapi dari laut, takkan ada orang yang kelemasan? Makin lama makin kuat tetapi tidak kelihatan sesiapa pun di situ. Tidak ada seorang pun berada di tempat tersebut. KC, saya ni sememangnya seorang yang penakut, tetapi terpaksa beranikan diri, saya pun berkata kepada teman2 agar kita beredar dari situ secepat mungkin, agar selamat pulang ke rumah.

Kami pun bersurai. Sampai di rumah, jam menunjukkan sekitar 4.30 pagi. Selesai membersihkan diri, saya pun tidur. Saya tak sedar bahawa saya tidur selama 3 minggu. Bila saya bangun, muka pucat, badan lesu, dan ada lebam2 di tangan, kaki, dan luka di muka. Saya tanya kepada ibu saya, mengapa saya jadi begini. Ibu pun bercerita. Keesokan hari selepas itu, saya disampuk. Paginya ibu mengejut saya, saya bangun terus lari ke dapur duduk di bilik air selama 3 jam lalu mengilai2, dan yang peliknya, saya merangkak di merata tempat termasuklah tembok rumah saya. Saya tidak berjalan tetapi merangkak sahaja.

Saya berkelakuan begitu selama seminggu lebih, selepas itu, saya semakin berkeras, saya menumbuk tingkap dapur saya sehingga pecah, saya memakan makanan kucing dan terus menerus mengilai dan kadang2 saya menangis. Ibu berusaha mencari beberapa pakar untuk membantu saya tetapi tidak ada perubahan sehinggalah salah seorang yang pakar dalam hal begini bantu saya. Dia membaca doa2 kepada saya dan adalah cara2 yang lain itu selama 7 hari 7 malam turut2. Sehinggalah saya pulih.

Saya dirasuk hantu laut, yang ingin mendampingi saya. Hantu laut ini memang susah hendak dikeluarkan kata pakar itu. Kerana saya ini seorang yang lemah semangat, ia dengan mudah memasuki badan saya, ternyata ia lah yang suara meminta tolong itu. Peliknya kawan saya yang tegur tak terkena. Saya juga tidak sedar, dan saya rasa bagaikan sedang tidur, padahal saya telah dirasuk. Saya serik dengan kejadian tersebut, ia juga telah mengajar saya bahawa, nasihat ibu harus dipatuh, kalau tidak sendiri yang susah. Inilah pengalaman saya dan harap2 pada semua yang mendengar, janganlah sekali2 pergi "adventure" jika anda seseorang yang lemah.

Terima Kasih,

Blackrose Angel

TERIMA KASIH ANGEL!!!

Kisah Sewaktu Menjalani Perkhidmatan Negara Di Tekong

Selamat malam KC,

Peristiwa seram saya berlaku ketika saya menjalani Perkhidmatan Negara di Pulau Tekong sekitar akhir tahun 1980an.

Kawan saya dan saya sedang melakukan tugas "guard duty" di Camp 1. Waktu itu sudah jauh malam dan di kem itu tidak ada seorang rekrut pun kerana latihan 3 bulan mereka sudah tamat kecuali pegawai-pegawai yang bertugas di "Guardroom". Jadi giliran kami untuk melakukan perondaan di kem itu.

Setelah selesai ke "Checkpoint 1", kami meneruskan ke "Checkpoint 2" – iaitu tempat makan bagi anggota Muslim. Sedang kami membuat catatan, saya rasakan seperti kami diperhatikan dan bulu roma saya mula berdiri. Saya beritahu kawan saya apa yang saya rasakan dan saya mulai rasa tidak sedap mulai dari itu. Sesudah itu kami meneruskan tugas kami ke "Checkpoint 3".

Untuk kami menuju ke "Checkpoint 3", kami harus melintasi satu kawasan lapang dan pada malam itu cuaca baik sekali dan kelihatan langit diterangi dengan bintang-bintang. Ketika kami asyik mendongak ke langit, tiba-tiba terlihat satu cahaya terang terbang dari arah kanan menuju ke tempat yang ingin kami tujui – "Checkpoint 3." Cahaya itu berbentuk seperti bola yang amat terang sekali dan berkelipan nampaknya. Kami hairan benda apa itu agaknya dan selepas itu kami sedar ianya datang dari tempat yang baru kami selesai tadi. Patut ah bulu roma saya dari tadi asyik berdiri saja.

Melihat kejadian tadi, kami berdua berhenti sekejap dan berbincang apakah yang harus kami lakukan? Memandangkan tidak ada cara lain, saya sarankan jika kita melihat sesuatu nanti, terus pekik dan lari dengan sekuat-kuatnya dari tempat itu. Semakin dekat kita ke situ semakin seram saya rasakan.

Lebih kurang 50 meter dari "Checkpoint 3" itu, ada satu bangunan untuk kami berteduh sementara dan berhenti seketika. Pada masa itu hati saya betul-betul rasa tak sedap. Seperti kami diperhatikan. Berat untuk saya meneruskan langkah saya pada masa itu. Mulalah kami membaca apa yang kami tahu dan memulakan langkah ke "Checkpoint 3" itu. Dengan kayu dan lampu suluh yang kami ada, kami berjalan perlahan menuju ke tempat itu dan setiap langkah yang saya ambil, bulu roma saya semakin meremang. Saya belum pernah merasakan perasaan seram yang begitu dasyat sekali.

Di mana kami menyuluh lampu, di situlah mata kami merayau. Kami menoleh ke kanan…….. Ke kiri……. Depan…….. Kanan……. Kiri……. Sungguh seram. Memang seram sangat tempat itu. Tidak ada satu bunyi pun. Sunyi yang mengerikan. Menggerunkan.

Kira-kira 20 meter kami hampir sampai ke tempat itu, lampu suluh kawan saya tiba-tiba buat hal. Mula rosak. Dia pun cuba untuk membetulkannya dengan mengetuk lampu suluh itu tapi tak berjaya. Semasa itu dia berdiri di kanan saya lalu memusingkan badannya ke kiri untuk menanyakan saya sesuatu.

Masa itu saya rasakan semua rambut di badan dan kepala saya berdiri tegak sekali macam kena listrik. Meremang bulu roma saya yang teramat sangat. Jantung saya berdebar-debar. Tangan dan kaki menggeletar. Mulut tak tahu apa lagi yang dibaca. Ketakutan yang keterlaluan akhirnya terjadi apabila kawan saya memusingkan badannya itu, tiba-tiba saya nampak mukanya mendongak ke atas belakang saya dan tercengang. Terperanjat…. Terpaku…. Saya lihat mukanya berubah seakan-akan dia nampak benda yang seram dan menakutkan.

Melihat kawan saya begitu, apa lagi, kami pun pekik kuat-kuat dan lari laju meninggalkan tempat itu. Terus kami ke "Guard House" dan tidak mengejutkan pegawai yang lainnya, takut-takut mereka pula akan diganggu dan kami terus tidur.

Keesokan hari itu saya bertanya kepada kawan saya, apa yang dia nampak? Mati-mati dia tidak mahu beritahu saya dan banyak kali saya bertanyakan soalan itu bila kita berjumpa, dia juga tidak mahu kasi tahu. Entah lah…mungkin dia ada sebabnya tersendiri.

Suatu hari selepas lebih 5 tahun kejadian itu berlaku, saya terserempak dengan dia di salah sebuah stesen MRT dan ajukan soalan yang sama. Dia masih berdegil untuk tidak mahu memberitahu saya. Masa itu saya benar-benar hendak tahu sepenuhnya dan dengan suara yang agak tegas saya memaksa dia untuk menceritakan.

Alangkah terperanjat dan seramnya saya apabila dia beritahu, yang apa dia nampak itu adalah hantu yang lebih tinggi dari saya, bermata merah yang tajam renungan dan tangan yang seakan-akan mahu mencekik saya dari belakang!

It saja KC cerita seram saya. Terimakasih.

Dari Mohamad...

TERIMA KASIH MOHAMAD!!!

Wednesday, January 20, 2010

Peristiwa Memancing Udang

Assalamualaikum KC,

Saya ada sebuah kisah terjadi pada minggu lepas. Saya seorang yang suka memancing. Jadi, sedia maklum laut sedang bergelora. Saya pun mengambil keputusan untuk memancing udang sahaja. Dipendekkan cerita, saya kebetulannya diajak oleh kawan saya untuk memancing udang di jambatan di Kayu Ara Pasong, Pontian Johor.

Pada mulanya kami cuba nasib di jambatan Kampung Parit ******, tapi disebabkan hanya kami berdua dan malam pula, kami mengambil keputusan untuk berpindah ke jambatan lain. "Segan" pulak sunyi2. Tiba sahaja di jambatan lagi satu, ada juga dua, tiga orang sedang memancing. Saya pun apa lagi, terus pasang umpan. Selepas memasang umpan saya pun campakkannya ke dalam. Biasanya saya gunakan batu ladung yang agak kecil. Keadaan agak gelap.. jadi bila kita baling umpan, hanya bunyi percikan air sahaja yang menentukan bahawa umpan sudah jatuh ke dalam air. Biasanya tiga saat dah sampai air. Begitulah seterusnya banyak juga udang yang saya dapat. Saya pun berkata pada kawan saya, "Habis umpan ni kita balik la... " Ada lagi umpan tu. Orang lain dah balik tinggal kami berdua.

Kali ini, saya baling umpan. Jangkaan 3 saat dah pun lepas tetapi bunyi percikan air masih tidak kedengaran. Kawan saya pun tegur, "Jauhnya kau baling, boleh ajar aku???" Saya pun cakap boleh tapi saya hairan, kenapa 15 saat mencuba dan masih tak ada bunyi percikan air sedangkan tali masih terhulur?! Saya sudah tak sedap hati, hampir habis tali keluar dari mesin pancing, tiba2 putus. Selepas tu kedengaran hilaian seorang perempuan. Kawan saya dah mula berbisik2, "Cik Pon tu..." Saya pun apa lagi, terus kemas semua peralatan dan bergegas ke kereta, masuk "Gear Satu", tekan minyak dan kami cabut. Rupa2nya KC, umpan yang saya baling tadi, sangkut kat Cik Pon. Sampai di jambatan kampung sebelah, saya terus buang mesin pancing saya. Balik rumah saya cuci kaki, baca Ayat Kursi, terus tidur...

Itu kisah saya KC... Terima kasih...

Dari Azuan a.k.a wantanabe
Shimano Components (m'sia) Sdn Bhd

TERIMA KASIH AZUAN!!!

Pengalaman Di Gunung Pulai...

Assalammualaikum KC dan para pendengar Misteri Jam 12,

Apa yang ingin saya cerita sebenarnya ialah mengenai satu kisah yang bersangkutan dengan alam JIN. Ini ialah pertama kali saya kongsi pengalaman RAHSIA saya ini pada umum. Inilah secebis dari kisah lengkapnya iaitu peristiwa yang terjadi pada tahun 1995, merupakan hari Sabtu selepas Subuh. Kami satu kumpulan dari Singapura seramai 9 orang semuanya, menganjurkan sebuah wisata sesama kita, tetapi masih lagi di bawah umur.

Kami mulakan perjalanan dengan menaiki motor berkonvoi ke Gunung Pulai. Sebenarnya ramai orang2 tua di Pontian (Johor) bercerita tentang perkara2 aneh dan pelik yang memuskyilkan kami dan ramai orang yang sesat ketika dan bila berada di Gunung Pulai. Jadi tujuan kami adalah untuk menjejaki dan memburu tempat2 misteri tersebut dan itu adalah kegemaran saya sejak dulu lagi iaitu "Jungle Tracking Activities". Sesampai kami di tapak kaki gunung dan dalam perjalanan kami memulakan "trekking", macam2 perkara aneh dapat dilihat di Gunung Pulai. Terlalu Banyak untuk dirungkai. Selain itu, selama perjalanan kami, kami seperti dipantau sesuatu. Seringkali teman2 terperasan ada 'benda' mengekori kami.

Di suatu kawasan puncak yang sangat tinggi, kawasan itu seperti ada sesuatu yang menarik perhatian dan kami rasa terpanggil untuk mengetahui. Semasa 'memantau di kawasan yang lebih tinggi, tiba2 kami semua ada terdengar suara2, "...Ada orang datang!!... Ada orang datang!!" beberapa kali. Suasana kali ini sungguh sayu seperti suasana sebuah perkampungan dan bunyi kereta atau lori yang kedengaran. Malangnya, bila sampai betul2 di kawasan tersebut, tiada suatu pun kereta atau lori malah kampung sekalipun, dan masing2 mula berfikir, di atas gunung yang sangat tinggi beratus meter dari paras laut, mana ada kampung, lori dan kereta??? Keadaan jadi sunyi sepi. Kami pun cari tapak berkhemah yang strategik serta mengemas beg masing2, hidupkan unggun api dan semua teman2 bekerjasama menaikkan khemah dan sebagainya yang patut sebab sampai pun dah masuk Maghrib masa tu.

Pada pukul 9 malam, kami mengadakan sedikit permainan "GERAK". Pelbagai permainan "GERAK" kami mainkan, sehinggalah masa berjalan dengan pantasnya. Akhirnya setelah puas kami 'bermain, permintaan khas dari beberapa orang teman ialah permainan "GERAK TRANSFER" yang mana mereka mahu saya jadi, "PENERIMANYA" manakala mereka cuba masukkan sebilangan JIN ke dalam badan saya. Masing2 nak 'test power'. Untuk yang pertamanya, mereka masukkan 3 ekor JIN sekaligus dengan 3 orang 'PENANGKAP' yang berlainan. Pada masa itu, saya dah berubah menjadi seekor binatang yang ganas, merangkak dan menyeringai bercampur-campur watak dan sebagainya (kerana 3 ekor sekaligus). Masuk no.4, saya dah jadi JIN pemalas dan menggantuk, masuk no.5 dan 6, saya dah pun menjadi JIN yang ingin menentang, macam pendekar pun ada.

Sampai masuk yang no.7, saya menjadi seorang "PEREMPUAN," malah cara dan perilaku menunjukkan saya seorang "GADIS" yang mana sedang menangis terisak-isak. Akhirnya teman2 semua menenangkan saya dan mahu menggeluarkan semula "SEMUA JIN" tersebut. Dalam kepayahan tersebut, ada juga yang nakal, masukkan lagi 2 ekor JIN dan menjadikan kesemuanya 9 ekor. Pada masa itulah saya mengamuk, (BENDA) itulah yang mengamuk sebenarnya. Siap mencabar seorang demi seorang teman untuk berlawan dan memanggil semua kalangan JIN di atas pokok untuk menyerang mereka semua. Jadi panick sekejap. Semasa sesi untuk mengeluarkannya itu, mereka menindih tangan dan kaki saya sedemikian rupa supaya saya tidak meronta dengan begitu TERUK.

Apabila salah seorang teman "mencabut" keluar JIN itu, maka terasa seperti sebuah batu 'BESAR' yang bergolek melalui belakang badan dan terus bergolek melalui tengkuk hingga ke atas kepala. Saya masih lagi menangis terisak-isak dan kadangkala jadi liar dan marah, setiap kali menyebut,"MAYANGGG....MAYANGGG,cjangan kacau adik aku... Aku bunuh kamu semua malam niii!!! Adakala pula saya menjerit dengan suara yang garau, "Kerahkan semua turunnn... Kita musnahkan mereka malam niii...!!!" sambil menuding jari ke atas pokok. Beberapa kali saya termuntah semasa proses pengeluaran 'benda' tu, memang sungguh seksa. Maka kami menggunakan kemahiran masing2 utk mengetahui tempat apakah itu dan terbukti itu adalah kampung "BUNIAN" iaitu tempat tinggal JIN di mana dikawasan itu adalah di antara kerajaannya dan istananya.

"Suatu Lembaga" mendatangi kami berpakaian serba hitam seperti pahlawan Melayu. Saiz susuk tubuhnya agak besar tinggi, dua kali ganda manusia biasa. Mukanya kurang jelas dan hampir tak nampak langsung."DIA" mengucapkan salam dan kemudian berkata, "Jangan melakukan kerusakan, kezaliman, kehinaan dan kekotoran di 'Taman Mayang' seorang PUTERI di kawasan dalam Gunung Pulai dan senantiasa berligar di kawasan "TAMAN" dalam Gunung Pulai itu... " Kawasan mana??? Kami masih kurang pasti...

Legendary Ghost Hunter...

TERIMA KASIH GHOST HUNTER!!!

Misteri Bomoh Hitam

Salam KC,

Saya dahulu menetap sementara di kawasan utara dari tanah seberang iaitu di Kedah. Di sini saya ingin menceritakan sebuah kisah benar datangnya dari pakcik angkat saya. Kira-kira 10 tahun lalu, pakcik angkat saya datang ke rumah Pak Rani untuk memintanya mengubati penyakit anaknya yang terkena ilmu hitam.

Siti (bukan nama sebenar) merupakah anak pakcik angkat yang sulung. Pada mulanya Pakcik agak keberatan kerana inilah kali pertama dia berhadapan dengan situasi yang sedemikian. Penyakit yang terkenaSiti sememangnya sukar untuk diubati. Kata Pak Rani setakat nak tengok-tengok tu bolehlah dan segala ikhtiar dan usaha itu segala-galanya bergantung kepada kehendak dan izin Allah.

Apabila Pak Cu memasuki rumah Pak Lah, matanya terus terpandang kepada sekujur tubuh yang terletak di tengah-tengah ruang tamu. “MasyaAllah…” Rasa sayu dan terkejutnya bukan kepalang. Ita yang terkenal dengan kecantikannya boleh berubah dengan sebegitu rupa. Kecantikannya telah berubah menjadi wajah yang pucat lesi. Matanya menjadi bulat, lengannya menjadi terlalu kecil sebesar buluh runcing. Beliau hanya mampu mengerang kesakitan. Namun apa yang lebih menyedihkan lagi apabila Pak Sani memasuki rumah pakcik angkat, dia menyaksikan perut Siti yang lebar sebesar tempayan. Perutnya itu semakin membesar sehingga tidak mampu lagi ditampung oleh badannya yang sekecil itu. Siang dan malam hanya mendengar rintihan kesakitan..

Dipercayai Siti pernah menolak cinta seorang pemuda kerana pemuda itu khabarnya seorang pengedar dadah. Pemuda itu merasa kelakiannya tercabar lalu menyimpan dendam apatah lagi bila mendengar Siti telah bertunang dengan seorang pemuda yang selama ini menjadi musuhnya. Namun bagi Pak Rani yang tinggi ilmunya, dari kali pertama dia memandang tubuh Siti, dia sudah tahu sememangnya Siti telah terkena ilmu hitam. “Memang sah Siti terkena ilmu ‘Lubang Jarum’. Ilmu ini selalunya datang dari bomoh-bomoh Siam bagi mereka yang inginmelaksanakan niat jahat.

Pak Rani berpendapat, penyakit Siti itu bukan sembarangan kerana daripada wajahnya yang pucat dan badannya yang kurus kering itu terjadi akibat daripada semua darah telah berkumpul di bahagian perut. Jika tidak berhati-hati boleh mengancam nyawa. Atas dasar simpati dan perikemanusiaan, Pak Rani terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk mengubati Siti kerana ia memerlukan proses yang agak rumit. Usaha Pak Rani ialah membaca surah Yassin sebanyak 3 kali setiap malam selama 3 malam berturut-turut.

Dalam proses Pak Rani membaca ayat-ayat tersebut, banyak kejadian aneh telah berlaku pada Siti. Siti meracau-racau mengatakan Pak Rani ingin membunuhnya namun Pak Rani tidak menghiraukan kata-kata Siti itu. Setelah membaca Yassin selesai, ia dihembuskan ke dalam air dan kemudian air Yassin itu disapukan pada celah ibu jari Siti. Pada masa sama Siti meraung sekuat hati.

Untuk malam berikutnya, Pak Rani membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali iaitu sebanyak bilangannya selama 3 malam berturut-turut. Ayat-ayat tersebut dibaca dengan tertib mengikut tajwid yang betul. Dalam proses itu, Siti meraung-raung, matanya bertukar menjadi merah dengan urat-urat kelihatan merekah. Ketika air surah Yassin disapukan di kepalanya, rambut kelihatan gugur sehingga kulit kepalanya jelas kelihatan. Sukar untuk dibayangkan betapa dahsyatnya penderitaan yang dialami oleh Siti. Pak Rani masih meneruskan usahanya selama 3 malam.

Setelah sampai di rumah pakcik angkat, dia mendapati keadaan Siti semakin serius dan teruk. Pada malam itu, usahanya agak berlainan sedikit di mana dia terpaksa menggunakan kemenyan, kapas dan buluh runcing yang dikerat bukunya. Ketika Ayat Kursi dibaca sebanyak 120 kali, Siti bangun dan meronta-ronta mengamuk dan ingin mencekik semua orang yang ada pada malam itu. Keadaan rumah menjadi kelam-kabut. Pak Rani segera mengambil air surah Yassin lalu disimbah kepada Siti, barulah dia rebah kembali kepada asalnya. Namun selepas itu, Siti kembali mengamuk dan mengigit lengannya sehingga beberapa bahagian lengan terkoyak. Setelah selesai membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali, Pak Rani melakukan ikhtiarnya yang terakhir.

Pak Rani mengambil kapas yang dibasahkan dengan air surah Yassin dan dikepal sambil membaca ayat-ayat penyembuh. Kapas tersebut digumpal sehingga menjadi bulat dan kemudian disumbat pada hujung pangkal buluh. Pak Rani mencurahkan air surah Yassin perlahan-lahan ke dalam buluh tersebut sehingga penuh. Dia membakar kemenyan dan mengasap buluh tadi sambil membaca ayat penyembuh. Siti semakin kuat meronta-ronta dan ketika itu atap rumah yang terletak setentang dengan tempat baring Siti tercabut dan terpelanting tiba-tiba.

Pak Rani tahu yang merempuh atap tersebut ialah sejenis makhluk halus yang digunakan bagi melaksanakan niat jahat tersebut. Pak Rani nampak seekor beruk besar dan bertaring panjang sedang merempuh atap sehingga tercabut. Wajah Siti kelihatan berubah dan dia sudah mampu menyebut dan memanggil ayah dan ibunya.

Segera Pak Rani memanggil pakcik angkat saya untuk menyatakan sesuatu. Bagi Pak Rani, apa yang perlu sekarang ini ialah berserah dan berdoa sahaja kepada Allah agar Ita dipanjangkan umur. Ini memandangkan penyakit Ita sudah amat kritikal. Setelah mendapat keizinan pakcik angkat, Pak Rani meneruskan ikhtiarnya. Dia mengambil buluh runcing tadi lalu ditiup sambil membaca ayat-ayat suci. Seketika kemudian kapas yang ada pada hujung buluh runcing tadi tercabut dan terjatuh bersama air surah Yassin.

Di saat itu, Siti meraung kesakitan dan darah mengalir keluar dari kemaluannya. Darah hitam pekat busuk itu bercampur dengan ulat-ulat yang cukup meloyakan. Ia terlalu banyak sehingga memenuhi ruang tamu. Pak cik angkat saya mengajar Siti supaya mengucap dan ingat kepada Allah. Seketika kemudian, Siti menghembuskan nafasnya yang terakhir. Seluruh isi rumah ketika itu meratap hiba dengan pemergian Siti yang sungguh menyedihkan itu. Ayam dan itik di bawah rumah habis mati bergelimpangan pada keesokkan harinya disebabkan termakan ulat beracun yang keluar bersama darah Siti malam itu. Siti telah selamat dikebumikan dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh nya.

Menurut Pak Rani, mereka yang mengamalkan ilmu ‘Lubang Jarum’ ini telah melakukan perkara yang paling terkutuk iaitu mengambil surah Yassin dan mengelap najis padanya setiap kali membuang air besar selama 7 hari berturut-turut. Satu lagi benda yang digunakan ialahmendapatkan tuala wanita yang masih terdapat darah haid. Surah Yassin yang disapu dengan najis tadi dibakar dan disapukan pada tuala wanita tersebut. Kemudian kedua bahan tadi diberikan kepada bomoh untuk dijampi dan dipuja.

Sekian..

Yang benar,

Puteri Kayangan...

TERIMA KASIH PUTERI KAYANGAN!!!

Monday, January 18, 2010

Santau Terkena Pada Arwah Datuk

Kepada DJ KC,

KC, lapan belas tahun dahulu pada umur saya dua tahun atuk saya telah terkena sesuatu yang dikatakan Santau. Ibu sayalah yang menceritakan kisah ini kepada saya. Kisahnya begini. Atuk saya bekerja di salah sebuah hospital. Jadi kejadian itu berlaku pada waktu beliau bekerja shif malam. Biasalah KC, orang yang bekerja pada waktu malam biasanya akan tidur pada tengahari kan? Begitulah apa yang atuk saya lakukan. Sebelum dia tidur, dia ada perasan semacam akan ada yang tak kena saja, jadi ibu kata pada atuk, "Dahlah, bapak tu nak kerja malam, rehatlah.. Mungkin itu rasa sementara saja." Atuk pun merokok dan teruslah berehat. Dengan tak disangka, atuk telah tidur melepasi waktu solat Maghrib yang Ibu kata tidak pernah beliau lakukan. Selalunya akan tidur waktu 2 petang dan paling2 lambat pun pukul 5.30 petang dia sudah bangun, tapi pada hari itu ada sedikit kelainan.

Apabila atuk bangun, dia terus muntah darah. Ibu kata muntah yang banyak sehinggakan harus Ibu & Bapa saya menelepon pihak ambulans dan menghantar Atuk saya ke hospital Toa Payoh kalau tidak silap saya. Ibu pun menelepon pakcik yang agak arif dalam perkara2 ini, dan dia teleh memaklumkan kepada kedua Ibu & Bapa saya ada orang tidak puas hati dengannya. Cukup dalam masa 2 minggu. Atuk saya telah menghembuskan nafas yang terakhir. Entah siapa orangnya pun saya tidak tahu kerana waktu itu saya masih kecil lagi. Cuma apa yang saya harap, jika betul ada orang yang menganiayai atuk saya bertaubatlah & semoga roh Atuk saya akan dicucuri & dirahmati selamanya. Amin
...

Terima kasih kerana mengongsi kisah ini.

Wan...

TERIMA KASIH WAN!!!

Cakap Besar Bawa Padah

Assalamualaikum KC,

Terima kasih kerana SUDI membaca email ini. Saya Pak Cik Habib dari Johor Bahru. Setiap malam saya mendengar rancangan MJ12. Setelah sekian lama hari ini tergerak hati saya untuk berkongsi pengalaman yang saya alami kira-kira 34 tahun yg lepas. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1976. Kala itu saya berkhidmat dalam Tentera Laut di Raja Malaysia di mana pusat yang kami berada terletak d WOODLANDS SINGAPURA.

Setiap malam minggu sudah menjadi kebiasaan saya & kawan2 akan ke JB untuk tujuan makan, menonton wayang & aktiviti2 lain. Pada satu malam kawan2 saya yang balik dari JB (Pada masa tu saya tak keluar) heboh becerita kepada saya bahawa di bandar JB sekarang ada PONTIANAK. Saya tak percaya dan bertanya kepada kawan2, "Kat bandar mana ada pontianak???" Nak di jadikan cerita pada malam minggu berikutnya saya pergi menziarah ke rumah ibu saudara saya yang terletak kira2 5 km dari bandar JB. Sampai di rumahnya kira2 jam 9 malam. Oleh kerana sudah lama tak ke sana, banyaklah perkara2 yang dibualkan bersama. Termasuklah cerita tentang pontianak di bandar JB.

Saya dengan bangga menyatakan pada mereka (Saudara saya), "Mana ada hantu kat bandar??? Saya tak percaya itu cerita karut!!!" kata saya. Mereka beriya-iya benar menyatakan perkara itu betul. Kami berbual hinggalah jam 12 malam. Mereka mengajak saya tidur di rumah. Saya bersetuju kerana tiada bas selepas jam 12 malam. Saya tidur bersama sepupu lelaki saya satu bilik. Tatkala baru hendak terlelap (antara tidur & jaga) tiba-tiba saya nampak dekat pintu bilik yang jaraknya 2 meter dari saya seorang perempuan cantik berambut panjang memakai baju kebaya serta membawa beg tangan, tersenyum memerhatikan saya. Tiba-tiba secara otomatik mulut saya bertanya "Bila sampai?" dalam masa yang sama bulu tengkuk saya meremang.

Dia hanya tersenyum tanpa berkata sepatah pun. Saya mula rasa takut dan cuba berpaling pada sepupu saya dan dalam masa yang sama perempuan itu menghampiri saya dari pintu dia bergerak menuju saya tapi bukan berjalan sebaliknya melayang dan saya cuba sedaya-upaya berpaling ke sepupu di sebelah saya bila saya dapat berpaling saya merasa dia sudah berada di sebelah saya kerana terasa angin di belakang. Saya cuba mengangkat tangan untuk memanggil sepupu saya tapi rasa tangan saya lumpuh seketika. Dalam masa yang sama saya dapat rasa tangan perempuan tadi yang amat sejuk seperti air batu mengusap belakang saya dan merayap hingga ke tengkuk saya cuba memanggil sepupu saya.

Saya menjerit sekuat hati tapi tiada maklum balas. Saya membaca Ayat Kursi dan menjerit lagi tiba2 sepupu saya mengejutkan saya dan bertanya kenapa? Saya ceritakan apa yang berlaku. Sepupu saya bangun dan cuba menghidupkan suis lampu bilik. Amat menghairankan tiba-tiba lampu bilik tidak boleh dihidupkan dan tiba-tiba kami terdengar d luar rumah angin kencang beserta ribut. Sepupu saya bergegas pergi mengejutkan ibu-bapanya d bilik atas. Semua lampu dihidupkan kecuali bilik tidur kami yang tak bernyala. Selepas itu azan Subuh terdengar berkumandang. Saya tak tidur hingga ke pagi. Peristiwa tersebut menjadi pengajaran buat saya bahawa jika kita bercakap besar KITA AKAN DI UJI. Terserahlah pada para pendengar untuk menilai apa yang saya ceritakan ini. TERIMA KASIH KC.

Assalamualaikum...

Wa'alaikumussalam... TERIMA KASIH PAKCIK HABIB!!!

Pengalaman Di Seletar

Apa khabar KC?

Kisah saya alami ini memang seram sangat-sangat dan tak dapat dilupakan. Kisah ini terjadi tika saya pulang dari kerja lewat malam kerana berjumpa dengan "client". Biasalah saya ini kerja sebagai PR banyak berjumpa dengan "client". KC, rumah saya di Sengkang dan setiap kali saya akan ke kerja dan pulang dari perhentian bas yang sama di mana di belakang semak samun dekat dengan sebuah tempat meletak kereta bertingkat, itu pun saya harus jalan ke hadapan dan lat 3 blok baru flat saya.

Saya harus tembus semak samun yang memang ada kaki lima berteduh untuk ke kawasan tempat meletak kereta bertingkat. KC bayangkan jam 11 malam, sunyi sepi, tempat tu pula jarang atau memang tak ramai orang lalu. Kenderaan pun kurang. tika saya melintasi jalan ke lampu trafik berdekatan dengan Seletar Hills, saya terperasan di tepi jalan dekat kawasan perdalaman semak ada seorang wanita tua, badan bongkok berambut panjang beruban, berbaju putih panjang berjalan tertunduk bawah, jalan perlahan, seakan terhoyong-hayang. Jelas KC sebab saya ni mata tajam, benda kecil pun saya nampak.

Saya berhenti seketika, tak nak jalan kerana saya takut sangat. Saya menelepon pakcik saya yang tinggal berdekatan dengan blok saya agar beliau menjemput dan menghantar saya pulang. Di perhentian bas itu tak ada orang, memanglah sedikit sebanyak ada kenderaan yang lintas lalu tapi hanya Tuhan saja tahu KC betapa seram keadaan tu. KC bila pakcik menjemput saya pulang, dia menyuruh saya diam, jalan terus dan jangan toleh ke belakang, serta baca apa yang patut. Saya ikut kata pakcik. Bila saya sendiri masuk semak samun, meremang bulu roma saya, bau busuk yang dapat saya hidu.

Saya tak nak pandang belakang tapi seolah-olah ada orang mengerang dan bunyi kicauan burung kedengaran. Hairan malam pun ada burung ke? Saya ingat bila pakcik dah hantar ke rumah, kejadian itu berhenti. Setelah saya mandi, makan dan mahu tidur, baru nak terbaring ,terdengar ada orang mengerang dalam bilik air berhadapan bilik saya. Sama seperti yang saya dengar di semak tu. Pada hari itu ibu saya tiada di rumah, dia dan kakak belum pulang dari JB kerana membeli-belah. Saya suruh pakcik saya datang rumah, temankan saya sampai mak pulang. Mujur masa tu pakcik ke kedai kopi dan baru je nak naik lif. Nasib baik pakcik nak temankan saya, tetapi ketika nak tunggu pakcik datang, suara mengerang tu tiba-tiba berada di depan bilik saya, amat kuat sekali.

Secepat kilat saya meneleponl pakcik, "Cik Yem, benda tu benda tu kat depan bilik ira!!!" Pakcik pun cakap :" Jangan khuatir aku ada kunci, kau jangan kemana-mana, jangan buka pintu bilik, kau hidupkan aje ayat ayat di PC kau." Saya apa lagi terus menghidupkan sekuat-kuatnya sampai pakcik ketuk pintu bilik saya. Syukurlah, pakcik ada, saya tak matikan lampu bilik, sebab takut sangat dan saya tak tidur sampai mak balik. Bila mak balik, saya ceritakan kisah ini padanya dan kakak. Mereka tau kerana mereka kata ini perkara pernah mereka dengar dari jiran-jiran. Kakak saya dan saya terus tidur.

Dari Irah Terisky..

TERIMA KASIH IRAH!!!

Friday, January 15, 2010

Cermin Meja Makan Pecah Dengan Sendirinya

Hi, KC,

Nama saya Noro. Saya ingin menceritakan kisah misteri saya yang berlaku 7 tahun yang lalu. Saya mempunyai kakak ipar yang tinggal di Johor. Kebiasaan kami kalau hujung minggu, kami suka bersantai d rumahnya, kerana ia terletak di daerah perdalaman berdekatan dengan tasik dan dikelilingi oleh pokok-pokok buah-buahan.

Di pendekkan cerita, kami selalu sampai tengahari (hari minggu) dan pulang selepas jam 8 malam. Entah kenapa malam hari itu, kami berborak2 sampai lupa masa, bila sedar dah pukul 11:30 malam. Kami pun bersiap dan pembantu saya tak macam biasa, dia diam saja memeluk anak tunggal saya yang ketika itu berumur 5 tahun sambil masuk ke dalam kereta. Untuk keluar ke jalan utama, kami harus merentasi tanah yang berlekuk2. Walaupun dekat untuk menuju keluar, tapi kerana jalan tak rata, ia makan masa 10 minit untuk keluar.

Yang hairannya, isteri, anak dan pembantu saya semua duduk diam saja di dalam kereta sehingga sampai di rumah. Keesokan harinya selepas anak saya pulang dari pra-sekolahnya, pembantu saya menelepon saya memberitahu bahawa anak saya demam panas. Kami pulang dan mendapatkan suhu badannya teramat panas, tapi yang hairannya, anak saya tak macam budak sakit, lari sana sini, buat hal apa yang dia selalu buat. Malam tu kami bawa dia ke KK hospital, yang pelik lagi dia tak demam.

Kisah anak saya demam, diketahui oleh ibu mertua saya dan dia pun datang ke rumah pada malam itu. Macam biasa dia akan solat dan baca surah Yasin di bilik anak saya. Selepas abang ipar saya menjemput ibu mertua saya pulang, kami anak-beranak pun makan di ruang tamu menonton tv. Kami tersentak bila terdengar satu ketukan yang teramat kuat dan lepas terdengar pecahan kaca. Saya bergegas untuk mencari di mana datangnya bunyi ketukan itu (semasa tu tempat di meja makan saya gelap, lampu tak dinyalakan). Terlihat meja kaca makan saya retak seribu. Selepas tu, bulu roma saya remang. Anak saya mula menangis dan cakap "kakak di tepi tv". Saya dan isteri hairan, pembantu saya tercegat di pintu bilik anak saya, dengan muka dia yang pucat.

Saya bertanya dia kenapa dia kelihatan macam ketakutan. Isteri saya pun cuba pujuk anak saya yang sedang menangis. Pembantu saya bergegas ke dapur sambil memanggil saya. Dia pun menceritakan pada saya, semasa pulang dari rumah kakak ipar saya, dia terlihat "Cik Kak" di atas rumah kakak ipar saya, dia berasa takut lalu terus masuk ke dalam kereta. Saya rasa "kakak Cantik" itu mengikut kami pulang...

Saya menelepon ibu mertua saya dan dia pun bergegas datang semula ke rumah saya. Pada pendapat saya, kerana ibu mertua saya membaca surah Yasin, "Ia" merasa marah dan memecahkan meja makan kaca saya. Tapi saya rasa sungguh musykil, bagaimana benda ghaib boleh melakukan perkara yang sebegitu? Meja kaca saya ni, jenis kaca tebal. Tak mungkin dengan satu ketukan boleh pecah. Suhu badan anak saya semakin panas. Abang ipar syorkan kami menemui pakar pada malam itu juga. Bila sampai di rumah pakar itu, anak saya menangis-nangis tidak mahu masuk ke rumah pakar itu. Bila akhirnya dipujuk baru anak saya nak masuk ke rumah. Bila dilihat oleh pakar, ada "Kakak cantik" berdamping dengan anak saya. Ia berlaku semasa kami pulang dari rumah kakak ipar saya di Johor.

Alhamdulilah, semasa itu dapat diusirkan si "Kakak Cantik". Apabila terdengar suara mengilai di luar rumah, sungguh menakutkan. Pada malam itu, semua tidur di ruang tamu saya, sampai keesokan harinya. Esoknya, saya menelepon kakak ipar saya dan menceritakan apa yang terjadi. Dia memberitahu memang tempat di luar rumahnya memang ada kelihatan "Kakak Cantik", biasanya ia tak mengganggu cuma penampakan saja. Boleh jadi kerana anak gadis saya dia suka pasal tu dia nak berdamping. Alhamdulillah, kejadian itu tak berulang kembali.

Terima-kasih KC

dari Noro

TERIMA KASIH NORO!!!

Lembaga

Assalamualaikum KC,

Saya BandBoyz. Cerita ni sudah hampir 2 tahun berlalu. Saya berasal dari Johor Bahru dan ingin berkongsi pengalaman saya semasa bekerja sebagai pembantu gerai. Biasalah kerja macam saya ni balik tak tentu, kadang2 sampai pukul 1.00 pagi, itu pun kalau habis jualan. Maklumlah kerja dengan orang, terpaksa ikut sajalah.

Dipendekkan cerita pada satu hari tu, saya balik hampir pukul 2.00 pagi sebab nak kemas semua barang. Saya pegi kerja hanya dengan berbasikal saja, sebab rumah saya tak berapa jauh dari tempat saya bekerja. Saya pun bersiap2 untuk pulang ke rumah sebab jam sudah pukul 2.00 pagi. Jalan menuju ke rumah saya pulak sunyi. Kalau nak tahu rumah ni memang ke dalam sikit dan lorong rumah saya berdekatan dengan rumah kosong. Semasa saya lalu kawasan lorong rumah saya hati saya dah rasa lain macam je, maklumlah pukul 2.00pagi, semua dah tidur dan cuma cahaya bulan saja menyuluh jalan.

Sampai di depan rumah kosong tu tiba-tiba basikal saya terus tak boleh gerak. Hati dan otak saya dah terfikir macam-macam masa tu. Saya pun toleh ke arah rumah kosong tu . Tiba-tiba terperanjat saya apabila saya terpandang seperti ada sesuatu sedang memerhatikan sambil mencangkung di atas tembok rumah kosong tu. Saya terpaku melihat lembaga tu. Matanya merah bersinar gigi taringnya panjang. Saya baca apa yang terlintas di fikiran saya, ada dalam 20 minit juga saya terpaku di situ sambil memandang ke arah lembaga tu. Sampailah lembaga itu hilang dari pandangan saya barulah basikal saya pun boleh bergerak. Saya terus masuk rumah basuh kaki ambik air sembahyang dan tidur.

Keesokan harinya saya ceritakan dengan arwah mak saya dengan apa yang saya nampak. Mak saya cakap, mak pun pernah nampak benda tu juga. Selepas tu saya terus berhenti kerja sebab tak berani balik lewat malam.

Terima kasih...

Saya harap MJ12 terus kekal, Amin...

AMIN!!! TERIMA KASIH BANDBOYZ!!!

Pengalaman Di Hotel Ipoh

Selamat malam KC dan pendengar MJ12,

Saya ada pengalaman yang ingin saya ketengahkan. Pengalaman ini mengisahkan saya bercuti bersama keluarga di LANGKAWI. Kisah ini berlaku pada tahun JUN 2004. Saya dan keluarga menaiki dua van untuk ke sana kerana rombongan saya ada tiga keluarga. Perjalanan kami dari Singapura ke Langkawi dengan menaiki van tentulah jauhkan, jadi apa yang kami buat, kami bercadang untuk menginap di sebuah hotel tiga bintang yang terletaknya di IPOH. Nama hotel berkenaan itu (.........).

Sampai saja kami di situ, kami pun turun dari van dan saya lihat muka masing2 begitu penat dan mengantuk, maklumlah perjalanan jauh, itu baru kami yang tidak memandu, apa lagi yang memandu van tersebut sudah tentu lebih penat dan mengantuk dari kami. Jadi saya pun berkata, "Dah penatkan??? Lagi tak tau amik bilik eh???". Jadi saya, bapa dan juga yang lain2 masuk ke hotel untuk mendapatkan bilik masing2. Kaunter resepsi hotel itu terletak di tingkat atas. Sedang bapa saya membuat pertanyaan di kaunter, kami pun tunggulah untuk mendapatkan kunci masing2. Kami rasa seronok sebab bilik di tingkat atas kelihatan begitu besar dan cantik. Sementara menunggu, bapa saya bertanya kepada saya, "Mi berapa bilik nak amik ni???" Saya pun sambut jawab, "4 bilik bolehlah pak, kita boleh kongsi2, alah untuk malam ni je."

Tapi rupa-rupanya bilik kami terletak di tingkat bawah di besmen. Hai apa nak buat terpaksalah terima sebab dah terlalu penat sangat. Kami ramai2 pun turunlah ke bawah. Alangkah terperanjatnya saya KC, bilik kami yang terletak di bawah begitu sunyi dan sepi, seperti kelihatan hotel satu atau dua bintang bayangkan. Yg hairannya tiada sesiapa di situ kecuali keluarga kami sahaja. Dengan tidak berlengah kami pun masuk ke bilik masing2. Saya satu bilik dengan isteri dan anak2 serta kedua adik ipar saya. Untuk pendekkan cerita, malam itu saya tak dapat tidur, sedangkan keluarga saya nyenyak pula. Saya pusing ke kiri dan kanan pun tak dapat lelapkan mata.

Tiba-tiba suasana di dalam bilik menjadi terang dan saya terlihat rupa-rupanya pintu tandas terbuka. Saya tertanya pada diri sendiri, "Pintu tandas tu tutup apa tadi???" Jadi saya pun bangun terus tutup pintu itu lalu saya baring semula di katil. Tidak lama kemudian dalam beberapa saat saja, pintu tandas itu terbuka lagi dengan luas. Saya terperanjat ingatkan adik saya ke tandas. Saya pun menjenguklah ke arah adik saya rupa-rupanya dia sedang tidur. Saya dah mula rasa tak sedap hati. Siapa pula yang main dengan pintu ni??? Bayangkan, tiba-tiba saya ternampak seorang perempuan berpakaian serba putih berdiri betul-betul di depan tandas itu!!! Dengan rambutnya begitu panjang dan kusut masai tunduk ke bawah saja sambil menangis terisak-isak. Kali ini saya dah tak berani untuk tutup pintu itu lagi lalu saya menutup muka saya dengan bantal terus tidur sampailah ke pagi.

Keesokan paginya saya menceritakan kepada ahli keluarga saya tentang kisah ini, rupa-rupanya bapa dan makcik saya pun mengalami perkara yang sama seperti apa yang saya alami pada malam tersebut. Kami pun dah tawar hati untuk pergi ke hotel itu lagi. Itu saja pengalaman yang dapat saya kongsi bersama.

Terima kasih KC...

Amy Qarau ~

TERIMA KASIH AMY!!!

Wednesday, January 13, 2010

Benda Apa Yang Melintas???

Salam KC,

Kak Wati ingin menceritakan suatu peristiwa yang tak dapat kakak lupakan hingga hari ini.
Kak Wati bekerja sebagai tukang masak di sebuah kilang di kawasan Jurong. Kakak akan bertolak dari rumah pada pukul 4.30 pagi untuk ke tempat kerja. Kak Wati memandu kereta. Dalam perjalanan untuk ke tempat kerja, Kak Wati akan melewati Jejantas Sungai Tengah.

Pada suatu hari itu, sedang kakak melewati jejantas itu, sesuatu benda melintas depan kereta kakak seakan-akan anjing, tapi yang hairannya, kalau anjing, kenapa ia boleh melintas secepat kilat? Dan berwarna hitam.

Sehingga saat ini, ia menjadi tanda tanya kepada kak Wati. Kerana waktu siang harinya, Kak Wati tak pernah nampak anjing di kawasan itu walaupun sering pandu lalu di situ...

Dari,

Kak Wati ( CCK)

TERIMA KASIH KAK WATI!!!

Gambar Dipetik Di Luar CHIJMES

Assalammualaikum KC dan semua peminat setia Misteri Jam 12,

Saya Nur di sini ingin berkongsi gambar pelik yang saya petik 2 tahun lalu semasa saya bekerja di CHIJMES sebagai seorang pelayan. Gambar ini dipetik sewaktu saya pulang dari kerja dan ingin berjumpa teman baik saya yang bernama Farid. Dia baru sahaja bertemu dengan nahas jalan raya ketika dia menaiki motornya. Alhamdulillah, teman saya selamat dan tidak cedera malahan motornya sahaja yang remuk.

Saya memang suka mengambil gambar tak kira di mana hanya untuk menyimpan buat kenangan. Saya sudah menyimpan gambar ini agak lama di telefon bimbit, dan baru sahaja muat naik gambar ini di Facebook saya. Ketika saya dan teman saya memuat-naikkan gambar ini, tiba-tiba dia perasan sesuatu di dalam gambar saya, seperti ada sesusuk tubuh wanita di tingkap.



Cuba KC perhatikan gambar yang saya tandakan dengan bulatan merah. Sama-sama kita nilaikan apakah jelmaan di sebalik gambar yang dipetik 2 tahun lalu di luar CHIJMES dekat dengan tempat saya bertugas dahulu. Terima kasih kerana memaparkan artikel dan gambar saya ini dan salam sejahtera.

Assalamualaikum...


Yang benar,

Nora G


Wa'alaikumussalam... TERIMA KASIH NORA!!!

Di Sampuk Di KL

Bro KC,

Kejadian ini berlaku November tahun lepas semasa saya dan isteri bercuti di Kuala Lumpur. Kami menginap di salah sebuah hotel berhampiran dengan Suria KLCC. Seperti biasa yang sering saya buat, saya masuk bilik hotel, ambil wuduk dan azankan bilik tersebut. Pada malam pertama kami tidur dengan nyenyak tanpa sembarang gangguan.

Pada malam kedua, kami pulang ke hotel pukul 1230 malam setelah membeli-belah. Masuk bilik hotel saya terus ke balkoni untuk melihat suasana di luar bilik hotel tanpa memikirkan apa-apa. Selepas itu saya pun mandi dan baring di atas katil. Niat di hati hendak menonton bola pasukan favorit saya tapi entah macamana mata saya menjadi sungguh ngantuk lalu saya pun tertidur.

Untuk pendekkan cerita, pada esok pagi, isteri saya tanya pada saya. "Semalam you tak rasa apa-apa?" Saya menggelengkan kepala dan bertanya, "Kenapa?" Isteri pun memberitahu, "Semalam pukul 3 pagi you meronta-ronta macam orang sesak nafas. Mulut berbuih-buih dan mata you jadi putih. Seluruh anggota badan you menjadi tegang dan keras. I takut dan terus telefon reception untuk meminta tolong. Pintu bilik I buka untuk pekerja hotel tapi tak ada satu pun yang muncul!"

Terkejut saya mendengar cerita isteri saya. Saya periksa bantal tidur dan terbukti ada kesan air liur bercampur dengan darah sedikit. Baru saya tahu KC, pada jam 5 pagi saya terbangun untuk ke tandas, badan saya semua sakit2 dan urat-urat tegang. Saya cuma fikir mungkin terlalu banyak sangat jalan sana-sini. Rupanya saya disampuk. Saya terus menelefon bapa di Singapura dan memberitahu dia apa yang berlaku. Bapa berkata saya telah disampuk.

Sebenarnya panjang cerita ni cuma saya ada sunting sana sini. KC, mungkin benda tu rasa marah bila saya mengazankan bilik hotel tersebut, seolah2 saya menghalau dia dengan paksa. Kata bapa, kita boleh azan bila kita hendak menetap di tempat itu buat selamanya tapi kalau untuk sementara apa yang boleh kita lakukan ialah dengan membaca Ayat Kursi, Al-Fateha, ketiga-tiga Ayat Qul dan jangan lupa solat.

Terima kasih KC...

Danial

TERIMA KASIH DANIAL!!!

Monday, January 11, 2010

Kawasan Perkuburan Di Pulau Sarimbun

Salam Sejahtera KC,

Saya telah berkongsi bersama awak tentang Pulau Sarimbun kelmarin dalam rancangan MJ12 dan tentang kawasan perkuburan di pulau itu. Waktu saya sedang bekerja, saya sempat mengambil gambar pulau tersebut. Gambarnya agak jauh tetapi saya sudah menandakan di mana kubur itu berada menerusi bulatan di dalam gambar. Inilah gambar yang paling dekat saya boleh petik. Kalau lagi dekat nanti tersangkut pula bot saya...


Sekian,

Imran Said

TERIMA KASIH IMRAN!!!

Ibu Bela Hantu Raya

Selamat Malam para pendengar Misteri Jam 12,

Nama saya Mia. Pengalaman saya sama dengan cerita hantu raya yang pernah tayangkan di Singapura. Ibu saya membela hantu raya dan saya adalah anak tunggalnya. 2 tahun yang lalu, saya disahkan hamil 2 bulan lebih. Isteri mana yang tak gembira mendapat berita ada janin di dalam rahim? Bila saya jejakkan kaki saya ke dalam rumah bonda, baru nak beri salam, bonda dah berkata gini dengan suara yang memang bukan dia. "Kalau kau sayangkan janin tu, kau gugurkan ia atau ia digugurkan dengan cara kasar."

Dalam hati saya berkata, "Gugurkan dengan cara mana-mana sama je. Tetap janin dihapuskan." Saya nangis dan lari ke kereta. Suami kejar saya. Suami saya datang peluk saya dan berkata, "Mungkin ibu stres, jangan hiraukan sangatlah sayang..." Sedang saya memeluk suami, saya terlihat, ada wanita muka dia tidak boleh diterangkan dengan jelas di sini. Bajunya putih macam dicuci dengan klorok. Rambutnya Afro dan kusut masai. Bila terlihat, saya genggam baju suami dan sembunyikan muka saya di badan suami. Saya tidak ingin menceritakan kepada suami. Bila sampai di rumah suami, saya pun pergi ke tandas untuk bersihkan diri. Selepas itu baring di sebelah suami. Dengan perlahan-lahan, saya terlelap.

Saya bermimpi terlihat wanita yang saya lihat tadi, menekan perut saya seperti membuat CPR. Saya bangunkan diri dari mimpi itu dan pekik. Suami tersedar dan bertanya. "Sayang, kenapa ni? You mimpi eh?" Bila saya nak cakap, saya rasa basah di seluar. Saya selak kain, saya terperanjat melihat darah yang banyak sangat. Suami tukar seluar, ambil beg saya di almari. Dia menggantungkan beg saya di lengan dan mendukung saya ke kereta, terus menuju ke NUH.

Beberapa hari kemudian, saya berjumpa dengan makcik saya iaitu, kakak kepada ibu. Dia mengatakan ibu memelihara Hantu Raya. Itu sahaja ceritanya KC. Saya tidak ingin orang tahu kisah selanjutnya sebab ramai yang sudah tahu kisah ini. Terima Kasih banyak2 sebab berkongsikan cerita saya.

Assalamualaikum.

Wa'alaikumussalam... TERIMA KASIH MIA!!!

Misteri Makhluk Di Sebalik Sekolah

Hai KC,

Saya Ibrahim. Saya berjalan-jalan bersama tunang saya menaiki basikal bermotor di daerah Bedok sekitar pukul 0100 pagi. Kita melalui satu sekolah dan berehat di pintu belakang sekolah tersebut. Saya nak ambil gambar pintu belakang sekolah sebab sekolah itu adalah sekolah lama saya dulu. Ada yang tak kena semasa saya mengambil gambar itu. Gambar2 ini yang saya petik tadi. Apa yang saya nampak seperti pocong tapi saya kurang pasti.



TERIMA KASIH IBRAHIM!!!

Wednesday, January 6, 2010

Pengalaman Saka

Salam KC,

Saya ingin berkongsi pengalaman mengenai saka. Saya telah berjumpa dengan seorang pakar kerana ingin mengetahui sama ada saya mempunyai saka pada pukul 2.00 petang hari Sabtu lepas.

Semasa sesi rawatan itu, pakar menyuruh saya tenangkan fikiran. Saya pun menutup mata (saya telah ditemani oleh suami ketika itu). Pakar membaca doa dan saya rasa suaranya tersangat kuat. Pada masa yang sama di dalam fikiran, saya didatangi seorang lelaki tua berjubah putih. Dia memarahi saya dengan lembut dan bertanya mengapa saya melakukan ini semua. Saya terasa sedih teramat sangat sehingga menitiskan airmata. Setelah pakar selesai membaca doa barulah saya berani membuka mata.

Pakar memberitahu yang 'dia' berada di dalam darah saya. 'Dia' telah dipanggil oleh salah seorang moyang saya. Pakar menyuruh saya 'membersihkan' diri dengan melakukan banyak amal ibadat dan jangan sekali2 meminta pertolongan dari dia. Apabila saya memberitahu pakar yang saya boleh melihat makhluk ghaib, pakar menegaskan yang manusia tidak boleh melihat makhluk ghaib. Tuhan telah menciptakan mereka ghaib, jadi apabila saya dapat melihat bermaksud itu bukan dari saya tetapi dari saka yang di dalam badan.

Terima kasih KC

Mawar Putih

TERIMA KASIH MAWAR PUTIH!!!

Permainan "Spirit of the Coin"

Hi KC,

Salam sejahtera. Saya Shalini dari Johor Bahru antara peminat Misteri Jam 12.

Saya ada beberapa pengalaman yang seram yang memang benar-benar wujud. Buat pengetahuan semua, saya belajar di sekolah berasrama penuh di Johor Bharu. Saya rasa anda semua mesti pernah dengar tentang "Spirit of The Coin". Permainan ini memang benar-benar wujud dan saya serta rakan-rakan saya ingin bermain permainan ini dan tidak percaya dengan makhluk-makhluk halus. Oleh itu, kami telah bermain permainan in selama dua hari.

Hari pertama kita bermain, memang kita bercakap atau berhubung dengan makhkuk halus. Hari kedua, semasa kami asyik bermain, tiba-tiba diut syiling yang kami guna terkeluar dari kertas. Makhluk halus itu dah marah. Kami bersusah payah dan dengan perasaan takut telah memasukkan duit syiling itu ke dalam kertas A4. Selepas terkena dengan perkara ini, kami tidak berani bermain benda itu lagi. Kami pun baliklah bilik masing-masing dan tidur. Bilik saya didiami 3 orang. Belakang katil saya, iaitu hujung bilik saya, memang kosong. Tidak ada barang. Asrama saya dikelilingi hutan yang tebal dan juga kubur Cina dan kubur Melayu.

Semasa saya baring nak tidur, memang saya tidak dapat melelapkan mata. Tiba-tiba saya terdengar bunyi anjing menyalak. Saya sempat tengok jam. Ia menunjukkan pukul 1 pagi. Kemudian, saya rasa seperti ada seseorang berdiri di belakang katil saya. Bunyi anjing menyalak semakin kuat. Saya memang takut hendak berpusing. Bulu roma saya dah naik. Saya pun terus tarik selimut dan tutup seluruh badan saya. Saya memang tidak dapat buka mata saya.

Tiba-tiba selimut saya ditarik. Saya rasa ada seseorang berdiri di sebelah saya. Tak tahulah siapa. Saya rasa tangan saya dipegang kuat dengan erat. Semacam ada orang pukul tangan saya. Saya tidak dapat nak buka tapak tangan saya. Saya cuba membuka mulut memanggil kawan sebilik saya yang tidur di sebelah saya, tetapi mulut saya terkunci. Macam ada orang menahan mulut saya supaya tidak boleh bercakap. Saya menangis. Apa yang saya dapat buat, saya bacalah ayat-ayat suci yang saya tahu. Selepas beberapa kali saya baca ayat-ayat suci barulah saya boleh buka tapak tangan saya dan boleh buka mulut bercakap.

Pada keesokan hari saya dah menceritakan kejadian ini kepada rakan-rakan saya. Malam itu, mereka pun adakan bacaan surah Yasin di asrama. Saya tidak tahu apa yang mengganggu saya. Mungkin makhluk itu nak masuk ke dalam badan saya. Saya tidak tahu sama ada kejadian yang wujud ini berkaitan dengan "Spirit of the Coin" yang kami main. Di sini cuma saya nak nasihatkan kepada semua orang, tolonglah percaya pada permainan ini dan jangan sesekali cuba bermain permainan yang mencabar ini, terima kasih... Salam sejahtera...

TERIMA KASIH SHALINI!!!