Selamat tengah malam KC,
Cerita ini telah diceritakan oleh arwah ibu saya. Kejadian ini berlaku sewaktu keluarga kami tinggal di rumah kampung di Lim Chu Kang sekitar tahun 50-an dulu. Pada masa itu saya belum dilahirkan lagi. Kejadian berlaku sewaktu ibu saya menjaga kakak dan abang saya yang masih kecil di dalam rumah. Tiba-tiba ibu terlihat seekor ular sawa datang ke arahnya. Serta-merta ibu mengambil kakak dan abang saya dan lari keluar rumah untuk meminta tolong. Jiran-jiran ibu datang dan beramai-ramai membunuh ular sawa itu.
Pada malam hari, ibu telah bermimpi. Seorang lelaki yang berusia memarahinya secara lembut dan memberitahu yang ular sawa itu adalah dirinya. Datuk kepada ibu saya yang telah meninggal dunia. Moyang saya datang kerana ingin melihat cicit-cicitnya secara dekat.
Terima kasih,
Seri
TERIMA KASIH SERI!!!

0 comments:
Post a Comment