Monday, January 9, 2012

Rumah Lama Di Johor Bahru...

Assalammualaikum KC dan semua pendengar MJ12,

Nama saya Nadia. Saya menetap di Johor Bahru dan sangat gemar mendengar MJ12. Kisah yang ingin saya ketengahkan adalah kisah yang berlaku tiga tahun lalu apabila kami menetap di kawasan Stulang. Ketika itu saya sedang sarat mengandung anak kedua kami dan anak pertama kami berumur dua tahun, namanya Syafiq.

Syafiq masa itu masih lagi tidur bersama kami kerana hanya kami bertiga sahaja yang duduk dalam rumah itu. Lagipun suami sering kerja sebelah malam secara sambilan untuk mendapatkan rezeki lebih memandangkan kami nak menyambut kelahiran anak kami yang kedua. Di dalam bilik kami agak kecil, dengan katil "queen size" bersama dengan meja kecil (solek) dan almari besar sudah terasa sempit, jadi kami tolak katil hingga ke hujung rapat dinding. Tiap2 malam kalau saya masuk tidur akan selalu saya tidur di luar (bukan dekat dinding) dan Syafiq akan tidur dekat dengan dinding sebab dia selalu tidur kasar. Takut jatuh katil. Kalau bersama suami, saya akan tidur dekat dinding dan Syafiq akan tidur di tengah atau kita bertukar2 tempat. Boleh dikatakan suami akan bekerja malam lima hari dalam seminggu.

Kisah saya yang pertama, pada suatu malam yang kebetulan suami tidak bekerja malam, pada pukul lebih kurang 3 lebih pagi, saya terdengar suara budak yang menangis tapi jauh sangat kedengarannya. Syafiq malam itu tidur di sebeah dinding dan saya di tengah. Pada mulanya saya fikirkan anak orang sebelah. Dalam beberapa minit kemudian, saya dengar lagi suara tangisan budak. Ini kali saya cam suara itu, itu suara anak saya Syafiq. Saya buka mata saya besar2 gosok2 mata dan cari di atas katil. Rasa panik sebab Syafiq tak ada di atas katil!

Saya kejutkan suami saya dan dia pun terperanjat dengar suara Syafiq tapi dia tak ada di atas katil. Kemudian kami hidupkan lampu dan cari satu bilik. Dah panik terpanggil2 nama Syafiq. Rupanya dia di BAWAH katil kami tapi sebelah dalam sekali sebelah dinding! Suami saya masuk bawah katil nak tarik dia keluar. Bila Syafiq dah selamat di tangan suami kami istighfar banyak2. Baca Ayatul Kursi berkali2. Hairan sangat macamana dia boleh sampai bawah katil. Nak cakap dia jatuh tak mungkin sebab suami saya ni mudah terbangun. Kalau bunyi perlahan pun dia mesti tersedar. Syafiq tak pernah pula berjalan dalam tidur. Entahlah kami pun tak ada sebarang jawapan.

Kisah kedua pula terjadi beberapa malam selepas kejadian yang pertama. Kali ini suami, sebab kepenatan, tidur di tengah dan saya tidur di hujung, manakala Syafiq tidur nyenyak di sebelah dinding. Saya tidur agak lewat malam itu kerana nak habiskan lipatan baju. Bila saya masuk tidur saya tidur pandang arah dinding. Bila dah tidur agak2 dalam sejam lebih, saya yang masih mamai dalam keadaan sedar tak sedar, terasa tangan memeluk saya dari arah belakang saya. Selalunya suami akan peluk saya. Jadi saya tak endahkan sangat. Tapi dalam berapa saat, mata saya dah hilang kabusnya dan saya mula sedar sepenuhnya suami saya berada di depan saya memandang arah dinding juga sama macam saya! Kalau gitu “siapa” yang memeluk saya???

Bulu roma saya mula meremang dan saya mula baca2 surah2 yang saya tahu dalam hati. Sebab mulut dah kaku! Badan pun dah tak boleh nak bergerak. Saya terkaku di posisi yang sama agak lama. Tapi tangan itu masih memeluk saya. Dalam keadaan ketakutan, saya sekali imbas dapat melihat tangan yang peluk saya tu. Berbulu satu tangan macam tangan monyet! Lagilah saya takut dan berpeluh2 tak boleh pekik! Tak boleh gerakkan suami! Hanya terkaku begitu cuma berdoa dalam hati. “Ya Allah lindungilah aku!” berkali2. Mungkin kejadian ni berlaku dalam berapa minit saja tapi saya rasa macam berjam2 lamanya. Tangan itu melepaskan pelukan dengan perlahan2. Barulah saya boleh bergerak dan terus kejutkan suami suruh hidupkan lampu dan saya beralih tidur di tengah. Satu malam kami tidur dengan lampu dihidupkan.

Kini kami sudah pun berpindah di tempat yang jauh dari rumah lama kami. Sekian sahaja cerita saya. Harap maaf mungkin cerita saya ini panjang lebar sedikit.

Wassalam,

Nadia

TERIMA KASIH NADIA!!!

0 comments: