Monday, March 12, 2012

Pengalaman Di Hospital Lama Changi...

Assalamualaikum KC,

Cerita ini berlaku seminggu yang lepas pada hari Sabtu malam Ahad. Saya ada pengalaman yang ingin saya berkongsi bersama pendengar. Nama saya Shana. Ceritanya bermula apabila abang saya merancang untuk pergi berjalan-jalan pada malam itu. Memandangkan ada dua kereta pada tika itu, kami sekeluarga pun ikut bersama. Adalah dalam sepuluh orang yang ikut sama, termasuk ibu saya juga. Tergerak hati saya mencadangkan agar kami pergi ke Hospital Lama Changi.

Sejurus sampai di sana kami pun meletakkan kedua kereta betul-betul di hadapan pintu pagar besi hospital itu. Di situ kami semua senyap sambil menantikan, mana tahu ada suara yang menyeramkan atau sebagainya. Kami sampai di sana sekitar jam 12 tengah malam. Kami mengambil keputusan untuk beredar dari situ setelah setengah jam berlalu, memandangkan tiada apa yang dapat kami lihat atau dengar. Sedang kami hendak masuk kereta, kakak saya terasa ibaratkan ada benda yang dilempar ke arahnya, seolah-olah macam ranting kayu dari kawasan hospital itu. Kami pun apa lagi, tidak jadi naik kereta malahan semua keluar semula untuk memerhatikan apa sebenarnya yang telah terjadi.

Sekitar sepuluh minit kemudian, alangkah terperanjatnya kami ternampak susuk badan wanita berpakaian baju gaun berwarna merah di atas bumbung hospital itu sambil bermain-main bersama rambutnya dengan tangisan yang amat sayu. Beliau seperti memanggil kami. Aduhai, apa yang menyeramkan lagi apabila kami ternampak dua biji mata berwarna merah betul-betul di hadapan salah satu kereta kami. Ia kemudian bertukar menjadi seekor kucing, dan kemudian bertukar menjadi seekor itik yang besar lalu hilang dari pandangan kami semua.

Kami pun apa lagi, baca apa yang kami tahu dan masuk semula ke dalam kereta dan terus bergerak dari situ. Seram juga, tapi menambahkan sikit pengalaman kepada diri kita semua...

TERIMA KASIH SHANA!!!

2 comments:

nasir hamzah said...

wah berani betul...

http://blognasirhamzah.blogspot.com/2012/03/penumpang-misteri-di-stesen-minyak.html?showComment=1332599613925#c9114465108902546670

AbgBboy said...

Setahu saya old changi hospital ni tidak dibenarkan masuk. Saya dan tiga rakan saya ingin memasuki old changi hospital tetapi ditangkap oleh AETOS. haha plan kami gagal.