Monday, September 17, 2012

Pengalaman Menaiki Teksi Di Bandung

Hi KC,

Apa khabar KC, nama saya Liza. Begini cerita saya. Pada tahun ini, bulan Julai, saya dan suami telah ke kota Bandung untuk berjumpa teman2 lama di sana. Teman2 saya ni memang orang2 berasal Bandung. Perhubungan kita sungguh rapat sekali dan ini adalah kali kedua kami melawat teman2 disana. Pada hari ketiga saya dan suami di kota Bandung, saya telah dijemput teman untuk makan malam di rumah mereka. Bual punya bual, tak sangka dah pukul 12 tengah malam. Lantas kami meminta diri pulang ke hotel. 

Memandangkan sudah jauh malam, kami menolak pelawaan teman kami untuk menghantar kami pulang ke hotel, kerana tidak mahu menyusahkan mereka. Dan agak jauh juga dari rumah mereka ke hotel kami, terus teman kami menolong untuk memanggil teksi lokal di sana. Bila teksi tiba di perkarangan rumah mereka, kami pun meminta diri.

Sedang kami berada di dalam teksi tersebut, saya tidak sangka rupanya pemandu teksi tersebut, telah memutar siaran cerita2 seram dari rancangan radio lokal Bandung. Hahahaha. Saya terus teringat KC dan MJ12! Terus saya beritahu suami, "Eh dekat Bandung pun ada Misteri Jam 12 lah!!" tapi ni versi Indonesia. Kalau dah di Indonesia, pasti lagi seram, kerana orang2 di sana masih lagi mengamalkan ilmu hitam. Kami pun berbual kosong dengan pemandu teksi, antara topik yang kami berbual adalah mengenai rancangan seram di stesen radio ini. Saya dengan bangga memberitahu dia mengenai rancangan Misteri Jam 12 di Singapura, tetapi pemandu teksi itu kata cerita hantu ni dimana2 asalnya pun memang seram. Siapa tak seram kalau dah ceritanya mengenai tahyul, syaithan, ilmu hitam dan sebagainya? 

Sedang kami rancak berbual adalah satu topik tu membuat kami semua ketawa dengan terbahak-bahak! Pemandu teksi ni rupanya lucu orangnya. Sedang kami ketawa, tiba2 dari dalam rancangan radio yang berkumandang di dalam teksi itu, kedengaran ada suara yang mengilai tidak henti2... "TIDAK MUNGKIN INI!!!" jerit pemandu teksi itu. Saya terus menjadi panik. Pemandu teksi terus menarik brek kecemasan. Saya dan suami manjadi panik lagi! Saya dah menutup muka saya dengan kedua-dua tangan dan tak mampu nak cakap apa, kerana sangat takut... Pemandu teksi itu beristighfar panjang dan berkali2.

Kami masih tidak tahu kenapa dia berhentikan teksi dengan mendadak. Dia meminta maaf kepada kami berulang kali dan sambung memandu teksinya ke kedai runcit Circle-K (sama seperti kedai 7-Eleven di sini) yang berdekatan, memandangkan di kawasan situ masih lagi ada orang2 melepak dan mempunyai cahaya yang lebih terang. Suami saya bertanya, "Eerrr... Kenapa ni Pak? Apa telah terjadi?" Pemandu teksi tadi terus menerangkan, "Ibu, Bapak... Saya minta maaf sekali lagi. Saya sungguh panik bila kedengaran ada suara mengilai dari dalam radio, sedangkan sebenarnya saya sudah mematikan radio apabila saya mahu ngomong sama Ibu dan Bapak..."

LONGGAR lutut saya!!! Semacam saya tidak mampu nak teruskan perjalanan. Kami semua tidak tahu kenapa ia boleh terjadi begini. Pemandu teksi itu yang merupakan pengikut setia program misteri di radio itu mengatakan dia tidak pernah mendengar hilaian yang begitu mengerikan, kerana hilaian yang kami dengar itu seperti ada 'echo', dan dia sungguh hafal sekali bunyi efek suara dari rancangan itu, tapi itulah pertama kali dia mendengar efek bunyi hilaian dari radio tersebut. Apatah lagi dia mengaku dia sudah mematikan radio itu, jadi lebih selesa berbual dengan kami.. Bagaimana suara itu boleh muncul dari radio teksi itu bila radio itu pun memang tidak ada cahaya ia telah dihidupkan semula???

Setibanya kami di hotel, saya terpaksa makan pil penenang saraf untuk menenangkan hati saya. Saya tak tahu apa lagi yang boleh menenangkan hati saya! Apa pil yang ada saya bedal saja. Suami saya sampai sapu Vicks di dada dan tambah lagi minyak cap kapak di kepala. Entahlah, fikir2 balik, kelakar betullah... Keesokan harinya, suami saya pula demam. Dia memang penakut sikit tapi saya penakut banyak!

Terima Kasih...

Yang benar,
 
Liza

TERIMA KASIH LIZA!!!

1 comment:

About Bali said...

Travel to Bali is very good to booking from Bali Hotels Accommodation. You will find something natural around the island. Exploring the island of Bali, and Best deal of indonesia bali hotels and Bali Luxury Hotels. Check also special deals on Bali Resorts in Kuta Bali Hotels, Seminyak Hotels, Legian Hotels , Nusa Lembongan Hotels,
Nusa Dua Hotels ,and Sanur Hotels. , Ubud Hotels.Or if you want to get holiday in Phuket, you can book from Phuket Hotels , Patong Hotels , Bandung Hotels booking online,and Istanbul Hotels Turkey for Istanbul Turkey Online reservation.. Thank You.